TAKUTNYA SUSUIBU BERKURANG DI BULAN PUASA.....
Memang ini adalah antara cabaran seorang ibu menyusukan anak, khasnya yang beragama Islam yang perlu menjalani bulan Ramadan. Biarpun ramai yang takut akan keadaan ini, namun ramai juga kenalan saya yang telah menjalani puasa mendapati susuibu mereka tidak berkurang sepanjang bulan Ramadan.
Saya ingin share beberapa tips-tips yang boleh diamalkan semasa bulan puasa ni.. Semua ni saya dapat dari pembacaan dari laman web dan sharing dari kawan-kawan.
Tips #1
Jangan Skip Sahur. Seperti kita ketahui, bersahur membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk menjalani puasa di siang hari. Bersahur menghalang simptom kelaparan, pening, kurang selesa dan membantu penghasilan susuibu terus berjalan lancar.
Tips #2
Fokus pada quality makanan. Anda perlu mendapatkan nutrien yang penting. Pastikan karbohidrat adalah cukup. Terutamanya yang kaya dengan fiber seperti Brown rice, whole grain. Makanan ini membantu membekalkan tenaga juga kaya dengan vitamin B dan fiber.
Tips #3
Minum air secukupnya. Air sememangnya penting untuk melancarkan fungsi tubuh badan. Bagi yang mengamalkan supplement, cuba penuhi keperluan air yang disarankankan di waktu malam ya. Cuba elakkan minuman bergas dan berkaffein kerana ini akan menyebabkan penyerapan nutrien terjejas.
Tips #4
Makan banyak sayuran dan buah-buahan. Seperti kita ketahui, sayuran dan buah-buahan adalah kaya dengan vitamin, mineral, fiber yang membantu ketahanan tubuh badan dalam menentang penyakit. Ingat jika kita sakit, penghasilan susuibu mungkin kurang lancar.
Tips #5
Buat Sesi mengepam seperti hari biasa di tempat anda bekerja. Jangan skip ya.. Jika skip sesi mengepam, ia akan mengurangkan penghasilan susuibu.
Tips #6
Tambahkan sesi Direct feed atau sesi mengepam pada waktu malam. Ambil peluang untuk mengepam pada masa tidak berpuasa iaitu di waktu malam.
Pam sebelum tidur dan sebelum bersahur. Jika baby anda menyusu secara lansung dari anda, pam di sebelah breast semasa baby menyusu.
Tips exclusif: Minum air sebelum mula mengepam atau menyusukan anak.
Tips #7
Relax semasa mengepam atau menyusukan anak. Jangan terlalu stress bila mengepam. Cuba fikir tentang baby, cium baju baby, dengar suara baby melalui telefon dan lain-lain lagi.. Ini semua meransang penghasilan hormon menyusu.
Tips #8
Makan milk booster dan/atau supplement. Ini adalah optional. Bergantung pada induvidu. Namun bagi saya, amat penting kerana ia membantu memenuhi lopong-lopong nutrisi yang tidak dapat dipenuhi. Dan membantu meningkatkan kesihatan siibu..
(sumber: momslittleones, baby center, dan lain-lain bahan bacaan penyusuan)
Itulah beberapa tips yang mampu saya kongsikan disini.
Jika anda berminat dengan supplement, selain set penyusuan 3M yang sangat popular tu... tiga ni sangat2 sesuai diambil semasa bersahur dan berbuka...
SET TRIPLE GEM
Meal shake - Membekalkan Vitamin harian dan membuat rasa kenyang
ESP - Energizing Soy Protein, Memberi tenaga dan membuat rasa kenyang
So, sekian sahaja untuk hari ini ya. Jika nak tahu lebih info pm sahaja...
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
No comments:
Post a Comment