Monday, 15 July 2013

MASALAH PENYUSUAN SUSUIBU : SUSU TIDAK CUKUP


Hi again.. Hari saya telah membaca satu artikel berkenaan masalah penyusuan yang common dikalangan ibu-ibu menyusukan anak.. Saya sendiri pun pernah menggalaminya.. Ingin sekali saya share info ni dengan ibu-ibu semua ya...


Sebagai ibu yang baru menimang cahaya mata, anda semestinya menginginkan yang terbaik untuk anak anda. Sudah pasti anda sangat gembira apabila baby anda mula menyusu dan menerima pemberian susuibu yang tidak terhingga nilainya. Tetapi, apa yang akan berlaku jika anda pula yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk si baby anda?

Mesti tensionkan?? mesti ada yang sampai menangis-nangis.. he he macam saya dulu...






“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”

Untuk menghasilkan susu ibu yang secukupnya, anda perlu bermula awal....
Penyusuan susuibu sebaik-baiknya bermula dalam jam pertama kehidupan baby anda. Penyusuan pertama bukan sahaja akan memastikan bayi anda berasa stabil dan selesa, tetapi ia juga merupakan permulaan penghasilan susu, pembinaan rutin penyusuan dan penghisapan.
Disinilah isyarat atau ransangan pertama pada payudara dan ia akan dihantar ke otak untuk melepaskan dua jenis hormon iaitu hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin merangsang payudara untuk menghasilkan susuibu.
Oksitosin merangsang pengaliran susu.
Untuk menghasilkan lebih susu, lebih banyak hormon penyusuan diperlukan. Dengan menyusu anak anda dengan lebih kerap, lebih hormon penyusuan akan dihasilkan.

  
“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”

Seperti dikatakan tadi, hormon penyusuan dihasilkan lebih banyak jika kita menyusukan anak dengan lebih kerap. Maka, untuk menjamin aliran susu anda sentiasa mencukupi, anda perlulah menyusukan anak anda secara kerap dan betul.

Mula dengan menyusukan anak anda setiap dua jam sebaik sahaja anda dihantar ke wad selepas bersalin. Maklumkan kepada doktor yang anda mahu menyusukan anak anda dan jangan biarkan mereka memberi susu formula.

Setelah anda mula bekerja semula, anda dinasihatkan untuk menyambung amalan menyusukan anak anda. Perah susu anda di tempat kerja. Pemberian makanan tambahan seperti susu formula, air atau makanan dan minuman pada 6 bulan pertama kehidupan dan penggunaan puting akan mengurangkan penghisapan susu oleh anak anda. Ini sudah tentu akan mengganggu penghasilan susu anda.


“Bagaimana nak tahu jika saya menghasilkan susu ibu yang cukup?”

Anak anda mendapat susu yang cukup jika dia berasa berpuas hati selama kira-kira satu jam selepas penyusuan. Selain itu, berat badan anak anda juga akan meningkat sebanyak 20 gram sehari selepas minggu pertama hidupnya jika diberikan susu ibu yang secukupnya. Satu lagi cara untuk mengetahui jika anda menghasilkan susu yang cukup untuk anak anda adalah dengan memeriksa sisa buangannya. Anak anda akan membuang air kecil sebanyak 5 atau 6 kali sehari dan membuang air besar kira-kira 3 hingga 8 kali sehari pada bulan pertama hidupnya.

Sumber: 
Masalah Penyusuan
Beberapa langkah mudah untuk meningkatkan bekalan susu ibu.
Oleh Dr Koe Swee Lee, Pakar Pediatrik & Laktasi.
 

Sekian sahaja untuk hari ini ya. Jika nak tahu lebih info atau nak beli SUPPLEMEN PENYUSUAN shaklee pm saya...


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




No comments:

Post a Comment