Thursday 31 January 2013

DAUN KUCAI: PETUA MENINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK???

Hi  kawan-kawan... Beberapa hari lepas saya terbaca satu petua meningkatkan selera makan anak. Petua ni dikongsikan oleh seorang ibu Comel di group kegemaran saya MT..... Ni perkonsian ibu comel.....

Sblm ni kan ank sy (2yr 4mths) mmg tersangatlah susah utk di bagi makan. sy kena paksa dia mkn specially nasi. Biasa mkn sesuap dua tu nasi trs dia x mau mkn. Klu sy pksa jg, dia akn kasi kluar balik. Bukan muntah tp ludah keluar. Ank sy makin hari makin kurus ni. Balik2 buang angin sbb perut kosong. Bygkan la berat dia cuma 9kg sj.
 
So satu mlm sy search google "petua anak tiada selera makan" n mmg mlm tu sy kira mlm rahmat utk sy la. Sy jmpa beberapa blog yg kongsi petua sama. X puas ati dgn blog, sy check wikipedia sbb sy mst mau tau apa fungsi tu brg kan. Bnda yg sy mksdkan tu actually sejenis sayuran jg. Daun kucai. Biasa kita campur d char kuey tiaw.
 
Caranya mcm ni:

- Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
- Patah2kan smpi panjang agak2 jari kita
- Rendam d air suam2, separuh baldi yg kecil jak.
- Bila ank mandi ptg, lbh kurg senja2 la gitu mcm jam 6-7pm gitu kan, lps sabun n mandi bersih, mandikan ank dengan air yg drendam dgn daun kucai td.
- Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut.
- Urut-urutkan dada n blkg dada ank.
- Bersihkan la daun2 d bdn ank.
- Tidak perlu lg dibilas dengan air biasa.

Menurut blog tu, buat smpi 3x n slps tu selera ank makin btambah.
 
Sy sdh cuba, 3x  mmg nmpk btul la. Td ptg pun sy bg mkn ank sy, mmg sgt bnyk la dia mkn. Td tghari pun bnyk dia mkn. X smpi 2jam sy bg dia mkn fries pun d mkn smua. Lps tu mkn eskrim lg. Lps mkn eskrim, minta susu lg. 

Oh ya sblm sy lupa, msa sy cek wiki tu, dia ada bgtau yg daun kucai yg mgandungi vitamin2 yg sgt tgi n bfungsi utk menambah selera mkn. Jd mgkali btul la tu. Jd klu ada moms yg ada mslh mcm sy, cuba sj la petua ni. Mna tau bkesan btul2 kan. Kmu bole jg tu search info d google k utk kepastian. 


Sharing adalah dari seorang mum dari Sabah ya.. (Mom kalau ko terbaca ni: "Thank you Pren"

 Diharap para pembaca faham apa yang ditulis. Bahasa Sabah tu... Boleh ba kan???? Kalau tak paham, tanya je kat bahagian komen tu ya....

Apa itu kucai??? Ini rupanya:


 Penerangan Tentang Kucai dalam Wiki:

 Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Itulah petuanya.... Bolehlah cuba kalau nak ya...

Kami di Shaklee pula ada produk yang amat popular dalam meningkatkan selera makan anak..Dalam blog saya ni pun saya dah share dah... Produk ni adalah MEALSHAKES.. Ia bukanlah produk daun kucai ya, ia sejenis multivitaim yang juga kaya dengan fiber, kalsium dan protin... Ni rupanya:




 Produk ini boleh diberikan pada anak 1 tahun keatas, pada sukatan pemberian yang bersesuaian ya...
Nak tahu apa kaitan multivitamin dalam meningkatkan selera makan.....  KLIK DISINI JE





Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


7 comments:

  1. Thanks for the sharing...anak sy mmg sgt picky eater :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh nice infooo . tak pernah tahu pulak tentang ni . sgt menarik. kalau macam tu orang tgh diet tak boleh makan kucai banyak2 nanti btmbah selera makan ., hehehhe :p

    http://lieyanaahmad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Welcome Azz...
    Lieyana, tak terfikir saya pasal tu pula... Nak kena cuba ni...

    ReplyDelete
  4. http://kingchickenwingkcw.blogspot.com/ follow lah kami jugak...hehehe....

    ReplyDelete
  5. terima kasih sharing info yang bermanfaat dan produk yang bagus untuk dicuba :)

    saya doakan admin dan semua sahabat dimurahkan rezeki :)

    Nak Kurus Cara Sihat

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing..sangt bagus d cuba untuk anak-anak ni..

    ReplyDelete