Thursday, 19 July 2012

NAK TAMBAH SELERA MAKAN ANAK?? Kekurangan Vitamin Penyebab Kurang Makan??

Hello.. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum mula entry ni, saya promo dulu Fan page saya k....

Jemput 'Like' page Healthy by Nature. Setiap hari saya akan update info-info yang menarik khusus untuk anda. KLIK SINI YA UNTUK LIKE

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok, Hari ni saya nak share sedikit tentang apa yang saya baca malam tadi... Tentang Kekurangan Vitamin salah satu penyebab kurangnya selera makan kanak-kanak....

Kanak-kanak kecil memang ramai yang cerewet dalam pemakanan mereka. Tak mau makan sayurlah, ikan kena goreng saja, tak suka nasilah, macam-macam tingkah laku pemakanan. Pada umur kanak-kanak berumur 1 - 4 tahun, mereka mula membuat pilihan berkenaan makanan yang disukai. Ini secara tidak lansung  mempengaruhi selera makan mereka. Apabila kanak-kanak mula memilih makanan, besar kemungkinan ketidakseimbangan atau kekurangan nutrisi harian akan berlaku.

Kekurangan vitamin dan mineral merupakan salah satu penyumbang kepada kurangnya selera makan. Ini boleh membimbangkan ibu bapa, membuatkan mereka memberi vitamin tambahan kepada anak-anak mereka untuk membantu merangsang selera makan anak mereka. 
Menurut "Archives of Pediatric and Adolescent Medicine," kanak-kanak yang kurang selera makan, adalah lebih cenderung untuk menerima suplemen vitamin daripada ibu bapa mereka berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah dengan selera makan. Diet pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral boleh membantu merangsang selera makan anak kecil anda.

Vitamin B12

Vitamin B12, yang juga dikenali sebagai cobalamin, membantu tubuh menukarkan makanan kepada tenaga, membantu dalam metabolisma lemak dan protein, mengekalkan kesihatan hati anda, rambut, mata dan kulit. Kekurangan Vitamin B12 adalah sangat lazim di kalangan kanak-kanak yang telah mula cerai menyusu susuibu. Antara simptom kekurangan Vitamin B12 adalah apabila anak kecil yang menunjukkan kelewatan dalam perkembangan, kemerosotan dalam sistem saraf, keengganan untuk makan dan kerap muntah.

Menurut "Journal of Inherited Metabolic Disease" didapati peningkatan dalam selera makan pada kanak-kanak yang kekurangan vitamin B12 setelah diberi supplemen vitamin B12. 
Pengambilan harian Vitamin B12 yang disyorkan adalah 0.9 μg untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 dan 1.2 μg untuk kanak-kanak 4 hingga 8,. (dilaporkan oleh University of Maryland Medical Center). Sumber vitamin B12 yang baik termasuk telur, produk tenusu, daging lembu dan ikan.


Zinc

Gejala utama kekurangan zinc adalah hilang selera makan. Kekurangan mineral ini di kalangan kanak-kanak kecil boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, deria rasa atau bau yang tidak sempurna, masalah kulit dan penyembuhan luka-luka yang tidak mencukupi. Jika kekurangan zink berterusan hingga ke zaman remaja, kematangan seks boleh terhalang. Ada pendapat mengatakan kekurangan zinc dikaitkan dengan keturunan tapi ini jarang berlaku.

Antara Fungsi zinc adalah mengimbangi tahap pH badan, membantu penghadaman protein dan karbohidrat, dan menyumbang kepada struktur membran selular badan. Menurut University of Maryland Medical Center, pengambilan zink harian yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-3 ialah 3 mg, manakala kanak-kanak 4 hingga 8 perlu mengambil 5 mg. Sumber yang baik untuk mendapatkan mineral zinc termasuk kacang peas bermata hitam, ayam, kacang lima, kacang hijau, daging merah dan bijirin penuh.


Vitamin D

Vitamin D membantu dalam penyerapan zinc, serta vitamin dan mineral lain seperti kalsium, magnesium, besi, fosforus dan vitamin A. Apabila badan tidak menyerap zat zinc besi dan magnesium yang cukup, maka   kekurangan zat ini mungkin timbul walaupun pemakanan harian kita lengkap. Ini menyebabkan  keletihan dan hilang selera makan. Antara fungsi vitamin D adalah membantu mengawal buah pinggang berfungsi dan membina tulang yang kuat.
Susu yang diperkaya dengan vitamin D adalah sumber utama untuk mendapatkan vitamin D . Selain dari itu pendedahan dibawa cahaya matahari juga merupakan sumber supplemen vitamin D. 
Dari segi makan pula ikan, telur atau jus oren adalah adalah diantaranya.  Disyorkan sekurang-kurangnya 600 IU vitamin D sehari untuk kanak-kanak kecil.



Sekarang kita dah tahu kekurangan vitamin dan mineral antara penyumbang pada tidak ada selera makan pada kanak-kanak. Sebab itulah ramai ibu mendapati selera anak mereka meningkat selepas memberi multi vitamin pada anaknya... Seperti contoh dibawa ini...




Apa yang ibu ni bagi kepada anaknya adalah MEALSHAKE.. Supplement dalam bentuk powder.. mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi kekangan nutrisi harian kanak-kanak ataupun dewasa. Kandungan vitamin dan mineralnya adalah seperti dibawah ini..


Oleh yang demikian, sekiranya anak anda kurang selera makan, sebabnya mungkin kerana tidak cukup nutirisi harian.... Apabila tubuh dapat nutrisi yg cukup dan seimbang dengan sendirinya sel-sel badan dapat menjalankan fungsi dengan baik


Sekian sahaja untuk hari ni ya. Jika anda ingin membeli Mealshake untuk anak anda mahupun untuk anda sendiri, PM saja..
 
Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Entry ini bersumberkan kepada Livestrong.com

No comments:

Post a Comment