Tuesday 31 July 2012

SUSU IBU BERKURANG DIBULAN PUASA..

Beberapa hari yang lepas, beberapa kawan bertanya berkenaan susuibu mereka drop banyak pada bulan puasa ni... Mereka kata minum air memang cukup... Namun masih lagi berlaku...

Sememangnya apa yang ditulis di laman2 web menyusu seperti baby center mengatakan ibu menyusu biasanya dapat bertahan biarpun berpuasa kerana Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 

Namun penghasilan susuibu boleh menyebabkan siibu dahaga dan mungkin ternyahhidrat.

Apa yang disarankan bukan setakat minum banyak air semasa tidak berpuasa (iaitu di waktu petang, malam dan subuh) tetapi perlu juga minum banyak air semasa berbuka dan SAHUR... 

Apa yang dimakan masa sahur adalah sangat penting kerana inilah yang membantu membekalkan keperluan tenaga semasa berpuasa disiang hari..

Baby center.com menyarankan untuk memakan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. 
GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. 
Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi.

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. 

Satu lagi pasal ni: ' Drink sufficient fluids. Avoid caffeine, soft drinks, tea. Caffeine will drain you off valuable minerals needed to sustain the fasting body during the day.'
Petikan ini menasihatkan kita untuk cuba menggelak meminum minuman berkaffein, minuman bergas dan teh kerana ia akan menggangu penyerapan nutrien yang mana diperlukan oleh badan semasa berpuasa.

Selain dari pemakanan dan minuman, jangan sekali-kali lupa tentang 'supply dan demand'. Kunci utama penghasilan susuibu. PAstikan sesi pengepaman dijalankan seperti hari-hari biasa. Banyakkan pengepaman pada waktu malam. Pam sebelum tidur, selepas menyusu atau semasa menyusukan anak. Dan minum air sebelum mengepam.

Saya juga ingin kongsikan tips-tips dari kawan saya, Norita,.. Mungkin sedikit sebanyak akan membantu anda ya...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?





Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?






Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Sumber: anakkuwiraku

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, sekian untuk hari ini semoga memberi manfaat ya.. Selamat berpuasa dan Keep Healthy....

Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Monday 30 July 2012

SUSTAINED RELEASE VITA-C 500mg

Rasanya belum terlambat untuk saya share apa itu SUSTAINED RELEASE VITA -C...

Info ini saya petik dari pamphlet Shaklee....

KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Apa yang diterangkan adalah seperti berikut:-

  • Vitamin C juga dikenali sebagai Ascorbic Acid - satu mineral penting untuk tubuh badan.
  • Sejenis Antioksidan - menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas
             -Radikal bebas adalah satu entiti yang merosakkan DNA.
             -Radikal bebas yang semakin lama bertimbun dalam badan akan menyebabkan
               penuaan dan terbentuknya penyakit seperti cancer, jantung dan arthritis
  • Vitamin C adalah sejenis vitamin larut dalam air -  tidak dapat disimpan dalam tubuh badan 
  • Oleh sebab itu adalah penting untuk memastikan Vitamin C dalam diet harian

FUNGSI VITAMIN C

1) Membina Collagen
2) Membantu sebagai penghalang cancer
3) Membantu menghalang Infeksi
4) Membantu penyembuhan luka
5) Membantu mengawal paras Kolesterol
6) Membantu menghalang masalah kardiovaskular
7) Mencegah penyakit Scurvy

SHAKLEE SUSTAINED RELEASE VITAMIN C - 500mg

Membekalkan vitamin C dengan sistem penyaluran dengan melepaskan vitamin C sedikit-demi sedikit dalam masa lima jam.

Antara kandungan dari bahan semulajadi adalah:-
Biollavonoids
Hesperidin
Rose hip Powder

Inilah sedikit info pasal Vitamin C.. Jangan lepaskan peluang Buy 6 Free 1... Hari ini last day ya...

 Sekian untuk hari ni ya...


Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sunday 29 July 2012

HASIL PERAHAN MASIH 9OZ BIAR DI BULAN PUASA...

Jika anda ibu menyusu, saya kongsikan gambar ni untuk motivasi.. Ini adalah hasil perahan beberapa ibu yang kini menjalani bulan puasa....  Walaupun berpuasa hasil perahan tetap sama seperti hari-hari biasa... LEBIH KURANG 9OZ setiap sesi...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu lah gambar motivasi hari ini.. Selain dari mengambil supplement, ibu-ibu diatas masih lagi mengamalkan pemakanan dan pengambilan air yang cukup. PAm terus menjadi rakan baik mereka ya... Saya senaraikan disini beberapa tips-tips dibulan puasa ya.. Jika anda yang bukan beragama Islam pun boleh mengamalkan beberapa tips-tips ini..






























------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah supplement yang sesuai untuk ibu menyusus dibulan puasa???

Klik untuk besarkan gambar ya...
Jika anda ada budget, bolehlah cuba 3 ni..
Boleh juga diberi pada kanak-kanak, khasnya yang sedang belajar berpuasa..

Sekian untuk hari ni ya...

Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 25 July 2012

APA SEBENARNYA SET 3M.. BAGAIMANA IA MEMBANTU DALAM PERJALANAN PENYUSUAN ANDA

SET 3M.. Sangat tinggi sekali demand set penyusuan 3M ini dikalangan ibu-ibu menyusu. BAGAIMANA SET 3M INI BOLEH MEMBANTU IBU-IBU MENYUSU?

Sebelum itu, bagi yang belum kenal Set 3 M... Ia terdiri dari Set B, Ostematrix dan ESP...
 (set B tu terdiri dari Vitalea, Vitamin c, vitamin b complex dan alfalfa)





























Siapa yang sesuai mengambil Set 3M:

- Ibu yang mempunyai masalah supply susuibu yang kurang - Ini bermaksud siibu telah mengepam setiap 2-3 jam dan minum 2-3L air, namun hasil perahan masih sedikit

- Ibu yang ingin mengumpul stok

- Ibu nak relaktasi atau induce lactation

- Ibu atau baby menyusu yang alah pada susu lembu

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh minum set ni, walaupun tidak menyusukan anak kecuali jika ada terdapat keadaan kesihatan yang tidak digalakkan mengambil alfalfa...

Kesan yang didapati dari mengambil 3M ni.... Ini antara yang best k, banyak lagi sebenarnya....

 * Lain orang lain kesannya k..


Sepanjang perjalanan penyusuan, pemakanan siibu adalah sangat penting. Kerana nutrien makananlah yang digunakan untuk menghasilkan susuibu. Jika pemakanan tidak dijaga, nutrisi dari tubuh siibu akan diserap. Inilah yang menyebabkan ibu sering sakit-sakit, cepat murung, sentiasa keletihan... dan jika berterusan susuibu akan berkurang...

Mood siibu adalah penting untuk sentiasa stabil dan bersemangat kerana ini secara tidak langsung membuatkan ibu terus berkeyakinan untuk terus membuat sesi perahan. Apabila kita moody, penghasilan susu mungkin terganggu kerana si ibu akan hilang sedikit fokus dan semangat untuk meneruskan sesi perahan.

Satu lagi stress. Bila stress bukan sahaja Ibu hilang fokus, tapi tubuh badan siibu bekerja 2 kali ganda; untuk menangani stress dan pada masa sama menghasilkan susuibu....

Seterusnya keletihan, kalau ibu sentiasa keletihan, itu tandanya ibu perlu nutrisi untuk memulihkan semula tenaga. Zat-zat yang hilang perlu diganti. Kalau selalu keletihan kadang-kadang jadi malas pula nak mengepam.. Apalagi kalau guna pam manual....

Kenapa saya tulis pasal ni semua?? kerana nutrien seperti b complex lah nutrien yang membantu mood kita stabil. Kesan stress pula akan menggunakan banyak nutrien terutamanya b complex, vitamin c dan lain-lain lagi. Maka Vitalea, Vitamin C dan Vitamin b complex dalam set 3M itu sangatlah penting.

Keletihan pula sudah tentu memerlukan nutrien dari vitalea, B complex dan sudah pastinya Energizing Soy Protein.. Yang mana namanya pun 'Energizing' iaitu menambah tenaga...

Selain itu Vit C dan alfalfa membantu meningkatkan imun sistem agar ibu dan anak kurang jatuh sakit. Dan Ostematrix pula membekalkan kalsium agar tidaklah berlaku sakit-sakit belakang kerana tidak cukup kalsium. Ostematrix juga membekalkan magnesium yang mana sangat membantu dalam masalah sembelit, masalah krem masa period dan membantu meningkatkan tenaga.

Sebab inilah set 3M ini sentiasa bersama saya sepanjang perjalan penyusuan saya.. Kalau bukan set ni, mungkin sudah lama saya berhenti menyusukan anak saya yang kini dah berumur 2 tahun lebih..

Sebenarnya secara ringkas pengambilan vitamin ni membantu sedikit sebanyak mengisi kekosongan nutrien dan zat vitamin yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian......


Nak cuba set 3M atau apa-apa produk Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday 24 July 2012

MULUT BERBAU

Semalam saya ada baca pasal mulut berbau ni.. Satu ketika dulu, masa remaja, pernah juga kakak saya bagitahu mulut saya berbau.. Saya sangat malu dan risau.. Kakak saya kata saya tak berus gigi.. Jadi bila baca info ni nak pula saya share dengan u all semua ya... Ni saya petik dari: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/518-mulut-berbau.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

MULUT BERBAU

Ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang. Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?

BAKTERIA

Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut.  Bakteria hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds-VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.

Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.


 Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak

Mulut Kering Kerana Kekurangan Air Liur

Air  liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi.  Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara     tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.

Punca Kekurangan Air Liur
  • Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
  • Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
  • Berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
  • Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
  • Pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
  • Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
  • Kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
  • Stress : mengurangkan pengaliran air liur




Bagaimana Nak Tahu Yang Anda Mempunyai Masalah Mulut Berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut.
Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri,  kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini.
Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
  • Membersihkan gigi setiap hari. Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau.
  • Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda.
  • Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda, selebihnya masih kotor.
  • Membersihkan lidah setiap hari
  • Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah.
  • Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi  jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
  • Minumlah air Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.
    • Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
    • Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
    • Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara.
    • Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
  • Mengunyah gula getah tanpa gula Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.
Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:
  • Gusi yang bengkak dan merah
  • Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
  • Gusi yang sakit
  • Nanah keluar dari gusi yang bengkak
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitif
  • Sakit pada gigi ketika mengunyah
  • Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali. Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.

Sumber :http://drleen.wordpress.com



------------------------------------------------------------------------------

Produk Shaklee untuk mulut atau nafas berbau?? Ada PM saya ya kalau nak tahu...


Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 



Monday 23 July 2012

BOLEH MAKAN SHAKLEE DAN VITAMIN JENAMA LAIN? KETAHUI PERBEZAAN SHAKLEE...

Good Morning.. Adalah perkara biasa apabila seseorang ingin membeli sesuatu mesti akan bertanya beberapa soalan kan? Sepanjang saya berbiznes Shaklee ni memang ramai yang bertanya berbagai jenis soalan sebelum membeli... Ini adalah salah satu yang contoh soalan lazim...



Saya dah ada vitamin C dan multivitamin dari jenama xxx. Saya cuma nak Vitamin B Complex dan Alfalfa sahaja untuk Set Penyusuan.

Dalam kes ini, memang boleh makan gabungan vitamin Shaklee dengan vitamin berjenama lain.. cuma perlu tahu cara-cara pemakanannya.. Saya tidak sama sekali melarang namun apa yang dirisaukan adalah kesan yang akan diperolehi....

Biar saya terangkan dulu perbezaan Vitamin Shaklee ni...

Produk Shaklee adalah 'SEMULAJADI' bukan sintetik. Maksud semulajadi disini adalah:-

Produk dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin agar kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang seakan-akan hampir kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi. Ini bermaksud apabila kita makan produk Shaklee seperti Garlic Complex ia seakan-akan hampir sama dengan memakan garlic (bawang putih) hidup yang dijaga sejak penanamannya lagi.

Keberkesanan supplemen dari Shaklee pula telah terbukti dengan lebih 100 kertas kerja saintifik, 90 daripadanya disiarkan dalam jurnal ulasan,. Terdapat banyak ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan yang melibatkan pelaburan sehingga 300 juta USD untuk menghasilkan produk yang sentiasa berkesan. 

Sebab ini juga, produk Shaklee memastikan supplemen yang dihasilkan SENANG DISERAP oleh tubuh badan. Jika supplemen diserap oleh tubuh badan dengan efektif barulah nampak keberkesanannya.

Ok, berbalik kepada persoalan tadi, gabungan vitamin shaklee dengan vitamin lain.... Bukan saya nak kata tak boleh.. Bukan juga saya nak kata jenama lain tak bagus.. Semuanya baik untuk kesihatan.. Namun apa yang saya risaukan adalah keberkesanannya.. Apabila menggunakan jenama lain saya tidak dapat pastikan kadar penyerapan vitamin tersebut sebab saya tidak mengenali vitamin berjenama lain dengan lebih dekat...
Mungkin boleh berlaku dimana hasil yang diinginkan tidak dikecapi... 

Oleh sebab inilah saya galakkan, jika boleh, gunakan jenama vitamin yang sama (jenama shaklee la ya) terutamanya untuk Set-set khas yang disyorkan oleh kami...

Sekian sahaja untuk hari ini.. Semoga hari ini penuh kebahagiaan ya...


Untuk info lanjut, boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





Sunday 22 July 2012

JERANGAT/PIGMEN MENJADI PUDAR DALAM 3 MINGGU

Saya nak share cerita kawan seperjuangan.. testimoninya dalam menggunakan GLA, VITAMIN C dan VITAMIN B COMPLEX dalam mengurangi parut jerawat dan jerangat.... Dalam 3 minggu saja jerangat dan parut jerawat menjadi pudar... MAcam mana ni boleh berlaku?? camni:-

1) Vitamin B complex - membantu kulit nampak sihat dan tidak kusam. Juga membantu memberi tona kulit yang seimbang.
2) Vitamin C - Meransangkan pembentukan kolagen, membantu menghalang pembentukan kedut dimuka, mengahalang otot jadi lembik, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen dan jerangat.
3) GLA complex - Mencairkan sebum yang berminyak dan menggurangkan rongga yang tersumbat. Juga mnstabilkan hormon. Kadang kala hormon yang tidak stabil menghasilkan banyak melanin yang menyebabkan pembentukan pigmen dan jerangat. GLA complex juga mengandungi vitamin E.. vitamin anti penuaan, mengeluarkan minyak2 dalam liang kulit dan seterusnya membantu mengganti sel kulit yang mati..
 
Ini kisah testimoni yang saya cakapkan tadi, saya salin ni bulat2 ya.... (credit kepada Nor Amlizan)
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Kulit muka saya mula bermasalah selepas saya menamatkan sarjana muda farmasi pada tahun 2001. Ketika dalam latihan housemanship, saya telah mencuba satu set penjagaan kulit muka berasaskan tumbuhan. Lengkap pencuci, pelembap dan toner. Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan jerawat dimukaku..haha.. muka saya ditumbuhi jerawat dan hasil usaha kreatif jari-jemariku.. ia meninggalkan kesan parut yg agay ketara.. sehinggakan ketika saya menghadiri majlis konvekesyen, rakan2 ada yang bertanya, "ko kena chicken pox ke?"... ouchh..

Satu demi satu bahan penjagaan kecantikan kulit saya cuba sehinggalah saya akhirnya mengambil keputusan untuk biarkan sahaja dan cucilah dengan air sahaja. Kemudian rakan saya memperkenalkan set penjagaan kulit berjenama luar negara.. saya cuba.. kulit saya agak sesuai.. tapi disebabkan saya sudah terlalu biasa dengan tidak menggunakan apa2, maka saya mula culas.

11 tahun berlalu dan kulit saya sudah jauh dari sifat keremajaannya.. jerangat hasil hyperpigmentasi sudah makin banyak. Hampir penuh bahagian pipi saya dipenuhi. Dahi dan hidung juga begitu. Alahai... disebabkan saya menggunakan tudung ekspress, maka saya tidak membelek langsung muka saya. Suami saya pula berkata begini... isterinya ini sentiasa cantik dimatanya...err..ye..baiklah terima kasih encik suami.

Sambung kisah set kecantikan.. pulang dari mengerjakan umrah pada awal June, saya terbuka hati untuk mengambil GLA disamping Vitamin C dan B Complex yang saya ambil kerana memberi sokongan moral pada suami saya... tanpa disedari (sayakan jarang tengok cermin.. moisturiser tak digunakan, pencuci muka- saya kongsi sahaja garnier light dgn suami- itupun mungkin sekali seminggu) kulit muka saya menjadi cerah dan taburan jerangat menjadi berkurangan. BUKAN HILANG TERUS tapi BERKURANGAN dengan signifikan. 
 
Gambar dibawah adalah gambar di bahagian dahi dan di bawah adalah di bahagian pipi. Bahagian pipi itu memang 'kepadatan populasi' jerangat yang bermaharajalela akibat kelalaian saya menjaga wajah amat kritikal.. isk.isk.isk... Ini berlaku dalam tempoh 3 minggu...dengan pengambilan berterusan dan juga jumlah air kosong seperti yang disarankan. Ianya tidak berlaku seperti kisah dogeng "makan hari ini, esok hilang..." TIDAK.. Ianya bukan begitu

Oleh kerana ini adalah makanan tambahan dalam bentuk vitamin/supplemen, kesannya perlu dinanti penuh sabar... itulah kisah saya.. alahai.. terasa pelik menulis testimoni.. tapi inilah yang mampu saya tulis.. saya tidak menulis dan menjanjikan bulan dan bintang.. akan tetapi perlukan kesabaran dan usaha juga. Kecantikan.. kesihatan.. itu anugerah Allah... maka jagalah.. dan kecantikan luaran mungkin boleh ditampal dengan bahan kosmetik ribuan ringgit akan tetapi kecantikan budi pekerti dengan akhlak muslimah solehah mampu pasti akan lebih mengindahkan kecantikan kulit wajahkan...



 Click untuk besarkan imej ya....

Sekian sahaja testimoni hari ini.. Jika anda mempunyai masalah pigmen atau jerangat.. Cuba GLA, VIT C dan B complex.. Ini adalah supplement minimum yang boleh diambil.... Cubalah jaga kecantikan dari segi dalaman dan luaran...

Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.






Thursday 19 July 2012

NAK TAMBAH SELERA MAKAN ANAK?? Kekurangan Vitamin Penyebab Kurang Makan??

Hello.. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum mula entry ni, saya promo dulu Fan page saya k....

Jemput 'Like' page Healthy by Nature. Setiap hari saya akan update info-info yang menarik khusus untuk anda. KLIK SINI YA UNTUK LIKE

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok, Hari ni saya nak share sedikit tentang apa yang saya baca malam tadi... Tentang Kekurangan Vitamin salah satu penyebab kurangnya selera makan kanak-kanak....

Kanak-kanak kecil memang ramai yang cerewet dalam pemakanan mereka. Tak mau makan sayurlah, ikan kena goreng saja, tak suka nasilah, macam-macam tingkah laku pemakanan. Pada umur kanak-kanak berumur 1 - 4 tahun, mereka mula membuat pilihan berkenaan makanan yang disukai. Ini secara tidak lansung  mempengaruhi selera makan mereka. Apabila kanak-kanak mula memilih makanan, besar kemungkinan ketidakseimbangan atau kekurangan nutrisi harian akan berlaku.

Kekurangan vitamin dan mineral merupakan salah satu penyumbang kepada kurangnya selera makan. Ini boleh membimbangkan ibu bapa, membuatkan mereka memberi vitamin tambahan kepada anak-anak mereka untuk membantu merangsang selera makan anak mereka. 
Menurut "Archives of Pediatric and Adolescent Medicine," kanak-kanak yang kurang selera makan, adalah lebih cenderung untuk menerima suplemen vitamin daripada ibu bapa mereka berbanding kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah dengan selera makan. Diet pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral boleh membantu merangsang selera makan anak kecil anda.

Vitamin B12

Vitamin B12, yang juga dikenali sebagai cobalamin, membantu tubuh menukarkan makanan kepada tenaga, membantu dalam metabolisma lemak dan protein, mengekalkan kesihatan hati anda, rambut, mata dan kulit. Kekurangan Vitamin B12 adalah sangat lazim di kalangan kanak-kanak yang telah mula cerai menyusu susuibu. Antara simptom kekurangan Vitamin B12 adalah apabila anak kecil yang menunjukkan kelewatan dalam perkembangan, kemerosotan dalam sistem saraf, keengganan untuk makan dan kerap muntah.

Menurut "Journal of Inherited Metabolic Disease" didapati peningkatan dalam selera makan pada kanak-kanak yang kekurangan vitamin B12 setelah diberi supplemen vitamin B12. 
Pengambilan harian Vitamin B12 yang disyorkan adalah 0.9 μg untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 dan 1.2 μg untuk kanak-kanak 4 hingga 8,. (dilaporkan oleh University of Maryland Medical Center). Sumber vitamin B12 yang baik termasuk telur, produk tenusu, daging lembu dan ikan.


Zinc

Gejala utama kekurangan zinc adalah hilang selera makan. Kekurangan mineral ini di kalangan kanak-kanak kecil boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut, deria rasa atau bau yang tidak sempurna, masalah kulit dan penyembuhan luka-luka yang tidak mencukupi. Jika kekurangan zink berterusan hingga ke zaman remaja, kematangan seks boleh terhalang. Ada pendapat mengatakan kekurangan zinc dikaitkan dengan keturunan tapi ini jarang berlaku.

Antara Fungsi zinc adalah mengimbangi tahap pH badan, membantu penghadaman protein dan karbohidrat, dan menyumbang kepada struktur membran selular badan. Menurut University of Maryland Medical Center, pengambilan zink harian yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-3 ialah 3 mg, manakala kanak-kanak 4 hingga 8 perlu mengambil 5 mg. Sumber yang baik untuk mendapatkan mineral zinc termasuk kacang peas bermata hitam, ayam, kacang lima, kacang hijau, daging merah dan bijirin penuh.


Vitamin D

Vitamin D membantu dalam penyerapan zinc, serta vitamin dan mineral lain seperti kalsium, magnesium, besi, fosforus dan vitamin A. Apabila badan tidak menyerap zat zinc besi dan magnesium yang cukup, maka   kekurangan zat ini mungkin timbul walaupun pemakanan harian kita lengkap. Ini menyebabkan  keletihan dan hilang selera makan. Antara fungsi vitamin D adalah membantu mengawal buah pinggang berfungsi dan membina tulang yang kuat.
Susu yang diperkaya dengan vitamin D adalah sumber utama untuk mendapatkan vitamin D . Selain dari itu pendedahan dibawa cahaya matahari juga merupakan sumber supplemen vitamin D. 
Dari segi makan pula ikan, telur atau jus oren adalah adalah diantaranya.  Disyorkan sekurang-kurangnya 600 IU vitamin D sehari untuk kanak-kanak kecil.



Sekarang kita dah tahu kekurangan vitamin dan mineral antara penyumbang pada tidak ada selera makan pada kanak-kanak. Sebab itulah ramai ibu mendapati selera anak mereka meningkat selepas memberi multi vitamin pada anaknya... Seperti contoh dibawa ini...




Apa yang ibu ni bagi kepada anaknya adalah MEALSHAKE.. Supplement dalam bentuk powder.. mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi kekangan nutrisi harian kanak-kanak ataupun dewasa. Kandungan vitamin dan mineralnya adalah seperti dibawah ini..


Oleh yang demikian, sekiranya anak anda kurang selera makan, sebabnya mungkin kerana tidak cukup nutirisi harian.... Apabila tubuh dapat nutrisi yg cukup dan seimbang dengan sendirinya sel-sel badan dapat menjalankan fungsi dengan baik


Sekian sahaja untuk hari ni ya. Jika anda ingin membeli Mealshake untuk anak anda mahupun untuk anda sendiri, PM saja..
 
Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Entry ini bersumberkan kepada Livestrong.com

Wednesday 18 July 2012

TEKANAN DARAH TINGGI DAN TESTIMONI


Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan yang perlu pandang serious kerana ia boleh membawa kepada risiko penyakit jantung koronari, masalah jantung dan strok.

Tekanan Darah adalah tekanan pada dinding ateri darah. Tekanan ini disebabkan oleh aliran darah, hasil dari pengepaman jantung. Jika tekanan darah seseorang sering meningkat dan tidak menurun pada satu jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung, salur darah, buah pinggang, dan lain-lain bahagian pada tubuh badan. Tidak ada simptom apabila kita mengalami tekanan darah tinggi, kita mungkin boleh mengalaminya selama bertahun tanpa disedari.


Pengukuran Tekanan Darah

Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik. "Sistolik" merujuk kepada tekanan darah apabila jantung berdegup semasa mengepam darah. "Diastolik" merujuk kepada tekanan darah apabila jantung semasa rehat antara denyutan.

Sering kita nampak tekanan darah seperti ini,120/80 MmHg. Maksudnya Sistolik - 120 dan Diastolik - 80.

Jadual di bawah menunjukkan nombor tekanan darah yang normal dan tidak normal untuk orang dewasa.



 Tekanan darah tidak tetap sama sepanjang masa. Ia rendah apabila yang anda tidur dan meningkat apabila anda bangun. Tekanan darah juga meningkat apabila anda teruja, nervous atau aktif. Jika tekanan anda selalu lebih tinggi dari keadaan normal, anda berisiko untuk mengalami masalah kesihatan.
 

Sekiranya  anda dikategori "Prehypertension" lambat laun anda mungkin berakhir dengan High Blood Pressure (HBP), melainkan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya.

Jika anda sedang dirawat untuk HBP dan mempunyai bacaan berulang dalam julat normal, tekanan darah anda adalah di bawah kawalan. Walau bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor anda dan ikut pelan rawatan anda untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah kawalan.

Bacaan Sistolik dan diastolik tidak semestinya dalam kategori tekanan darah yang sama. Ini adalah kategori yang lebih teruk. Sebagai contoh, jika nombor sistolik anda adalah 160 dan nombor diastolik anda ialah 80, anda mempunyai peringkat 2 HBP. Jika nombor sistolik anda ialah 120 dan bilangan diastolik anda ialah 95, anda mempunyai peringkat 1 HBP.



Punca-Punca Tekanan Darah Tinggi

1) Masalah Kesihatan - Penyakit buah pinggang kronik, thyroid dan beberapa lagi penyakit boleh menyebabkan tekanan darah tinggi

2) Pengambilan ubat - Seperti  ubat perancang, ubat hormon untuk meredakan simptom menopos boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, pastikan anda memberitahu doktor anda sebelum mengambil ubatan ini.


3) Umur yang meningkat - Tekanan darah seolah-olah meningkat selari dengan umur. Jika anda lelaki berumur 45 thn keatas atau wanita 55 thn keatas, anda berisiko untuk mempunyai tekanan darah tinggi. Namun ambillah langkah-langkah untuk mencegah ya...


4) Berlebihan Berat Badan/Obesiti - Risiko lebih tinggi jika Berat Badan yang berlebihan.


5) Jantina - Lelaki lebih berisiko berbanding perempuan


6) Cara hidup yang kurang sihat;
     - Pengambilan garam (sodium) yang tinggi
     - Minum terlalu banyak alkohol
    - Tidak cukup potassium dalam diet harian
    - Tidak cukup aktiviti fizikal
    -  Merokok
    - Stress 



Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Pengawalan tekanan darah yang tinggi tertakluk kepada 2 perkara: Mengubah corak hidup ke lebih sihat dan pengambilan ubat dari doktor... 
Ubat dari doktor terdiri melibatkan pengurangan bendalir dan garam dalam badan agar tekanan darah berkurang. Atau ubat yang memperlahan degupan jantung atau kata lain membuat seseorang itu relax. Atau ubat yang memperluaskan salur darah. Mungkin pesakit perlu makan sejenis ubat sahaja, atau mungkin gabungan beberapa jenis.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ingin share kisah seorang kawan baik saya, Kai (nama samarannya), yang mempunyai Tekanan darah tinggi.  Kai adalah seorang lelaki berumur hampir 40 tahun. Tekanan darahnya sering menunjukkan pada paras 'Prehypertension' atau 'Stage 1'. Beliau juga selalu mengadu sakit di belakang leher dan pinggang. Kerana ini, Kai mempunyai alat pengukur tekanan darah maka dia selalu mengukur tekanan darahnya.

Kai tidaklah 100% mempunyai kehidupan yang sihat. Pemakanan jarang dititikberatkan, apatah lagi bersenam.. Kai juga perokok dan minum alkohol. Kai memang pengamal tegar vitamin untuk kesihatan hati dan minyak ikan (omega-3) tapi bukan jenama Shaklee ya...

Setelah memperkenalkan Shaklee, dan kebetulan pada masa tu vitaminnya memang telah habis, Kai membeli dari saya atas dasar persahabatan. Walaupun katanya beli dari famasi lagi murah. Yang dibeli oleh Kai adalah:

DTX complex - untuk detox dan kesihatan hati
OmegaGuard - Membantu mengawal tekanan darah
Ostematrix - untuk sakit pinggang
Vitamin C -  Memenuhi keperluan vitamin C harian kerana beliau adalah perokok

Setelah beberapa bulan, sedang bercerita dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, Kai berkata, 


"..... saya makan Shaklee je.. Tekanan darah saya sudah menjadi normal. Sakit pinggang dan leher semuanya hilang.."


Bila saya bertanya adakah beliau berubah menjadi 'budak sihat', berhenti merokok dan minum alkohol.. Katanya kurang sikit saja..


Syukur kerana kesihatan Kai telah bertambah ok... Nak cakap ini semua kebetulan, mungkin tetapi Kai berpendapat Shaklee telah membantu beliau.

Sekian untuk hari ini ya....


Jika anda ingin bertanya pasal produk Shaklee jangan lah malu ya.. PM saja.. Atau 'Like' saja page Healthy by Nature. Setiap hari saya akan update info-info yang menarik khusus untuk anda. KLIK SINI YA UNTUK LIKE
Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.















 

Tuesday 17 July 2012

SIHAT, CERIA, BERTENAGA SEMASA PUASA

Memandangkan ada lagi yang bertanya apa supplement yang sesuai masa puasa, maka hari ni, Saya share lagi entry pasal supplemen yang bagus untuk bulan puasa... Ini dia... 3 rangkaian supplemen dalam bentuk 'powder'... Set Mighty 3 GEM atau orang biasa sebut TRIPLE GEM... terdiri dari Energizing Soy Protein, Meal Shake dan Performance Drink.. Kawan-kawan saya yang aktif berSHAKLEE, telah pernah menjalani bulan puasa dengan mengambil  set ini dan kata-kata mereka termasuklah....

Membantu kekal segar sihat ceria walaupun berpuasa

Boleh juga diamalkan bersama kurma diblend dan dicampurkan sekali dan ia menjadi rasa yang sangat lemak.
Benarkan kenyang dan bertenaga ? Alhamdulillah memang rasa perbezaan yang ketara bila kami terlepas langsung waktu sahur yang mana bangun sahaja sudah azan subuh :( sudah pasti tidak sempat untuk bersahur.

(credit to Norita) 


Tripple GEM ni sesuai untuk sesiapa sahaja anak diatas 1 tahun, ibu, ayah, ibu menyusu, ibu mengandung, bujang atau berkahwin, kanak-kanak mahupun dewasa...


Mengikut pengalaman up line saya yang dah 13 tahun berbizznes Shaklee, bila bulan puasa menjelang saja, ni memang produk yang sangat laris.. sehingga stok satu Malaysia pun boleh habis... So, memang selalu kena restok....katanya, 'Kalau produk baik memang orang cari..'


Sebenarnya saya pun mengamalkan set Tripple GEM ni setiap pagi... Saya selalu bangun pukul 5 - 6 pagi, masa ni nak sarapan, tak lalu lagi.. jadi minum Tripple GEM saja.. Kalau tak gastrik lah saya...


 SET TRIPLE GEM

Ok, jika anda ingin bertanya pasal produk Shaklee jangan lah malu ya.. PM saja.. Atau 'Like' saja page Healthy by Nature. Setiap hari saya akan update info-info yang menarik khusus untuk anda. KLIK SINI YA UNTUK LIKE

Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Sunday 15 July 2012

BAYI PRAMATANG (PREMATURE) DAN PENYUSUAN SUSUIBU




Seperti mana yang kitra semua maklum, susuibu merupakan makanan yang paling sesuai dan paling penting bagi bayi yang baru lahir, namun ia menjadi lebih lagi penting sekiranya bayi adalah pramatang.

Tubuh badan kita memang sangat special.. Bila melahirkan bayi pramatang, tubuh badan akan menghasilkan susuibu yang sesuai untuk bayi pramatang. Susuibu yang dihasilkan mengandungi lebih banyak kalori, vitamin dan protin. Susuibu mengandungi sel-sel yang hidup yang penting untuk melindungi bayi dari jangkitan atau infeksi. Ini sangat penting terutamanya bagi bayi pramatang yang belum mempunyai imun sistem yang cukup matang.

Selalunya, apabila bayi pramatang dilahirkan, bayi belum pandai menghisap puting lagi. Pihak hospital akan memberi minum susu dengan menggunakan tiub atau 'syringe'. Sehinggalah bayi tahu menghisap barulah pihak hospital akan membenarkan bayi didiscaj. Ada juga hospital yang tidak membenarkan bayi discaj sehinggalah bayi mula bertambah berat.
Pada masa ini, ibu sangat-sangat di galakkan untuk mengepam susuibu mereka kerana agar dapat diberikan pada bayi pramatang. Pamlah setiap 2-3 jam untuk memberi ransangan seolah-olah sama dengan bayi menyusu.

Apabila bayi dah pandai menghisap, adalah perlu untuk menyusukan bayi secara lansung sekerap mungkin. Selalunya penyusuan adalah setiap 3 jam. Namun ada bayi yang kelihatan lapar selepas 2 jam.
Masalah disini adalah bayi pramatang cepat letih dan mereka akan sering tidur. Amat sukar untuk mengetahui jika bayi adalah lapar... bukan seperti bayi lahir cukup bulan dimana akan menangis bila lapar...
Bayi pramatang juga mungkin akan minum sedikit susu sahaja setiap kali penyusuan. Oleh sebab ini, perlulah mengepam setiap kali lepas bayi menyusu untuk menggelakkan susuibu berkurang dan lama - kelamaan tidak akan dihasil oleh tubuh badan.
Memang satu cabaran yang sangat besar bagi ibu-ibu...

Sekiranya bayi asyik tidur dan tidak bangun untuk menyusu maka perlulah fikirkan sesuatu apa yang perlu dibuat. Ada ibu-ibu yang akan mengesel-gesel dan memasukkan puting payu dara ke mulut bayi. Atau boleh cuba untuk membuka tuala balutan bayi dan baju bayi agar bayi tidak rasa selesa dan mencari keselesaan dengan menghisap payudara..
Boleh juga urutkan payu dara sehingga susuibu keluar dan letakkan titisan susuibu pada mulut bayi untuk menggalakkan bayi untuk minum dan seterusnya menghisap.

'APA-APA PUN INGATLAH SUSUIBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK UNTUK BAYI ANDA'

Ibu perlu terus mencuba memujuk baby untuk belajar menghisap payu dara dan pada masa yang sama mengepam dengan konsisten untuk memastikan penghasilan susuibu tidak terjejas atau terhenti...  Dalam kes ini sudah tentu teknik Power Pumping akan sangat2 membantu...

Jika anda ingin mengetahui cara  dan tips-tips untuk mendapatkan stok yang banyak bolehlah menghubungi saya atau dalam blog ni banyak entry berkenaan perkara ini.. Jika nak tahu supplemen yang membantu melancarkan penghasilan susuibu KLIK DISINI YA

Berikut adalah satu carta bulatan yang menunjukkan langkah-langkah untuk menyususkan bayi pramatang..




Entry ini adalah bersumberkan pada pembacaan saya khasnya dari Babycenter.com...

Sekian untuk hari ini ya, Salam mesra dari Healthy by Nature... Selamat Breastfeeding mommies....


Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Thursday 12 July 2012

SEKALI PAM 18 - 20 oz.. STOK MASA PANTANG YANG BANYAK... ketahui tips-tips untuk mendapatkannya

Hello... Hari ini, satu lagi testimoni set penyusuan... Testimoni  ini dari Ibu Suziyana, baru masuk kerja minggu ni... Mari lihat berapa banyak stok Ibu Suziyana....


*Klik untuk besarkan gambar


Semua stok ini berjaya dikumpul dalam masa 2 setengah bulan sahaja..  Mari kita baca dulu apa kata ibu Suziyana...



Macam mana nak dapatkan banyak ni? Ini saya kongsikan tips-tipsnya ok...

1) Kalau boleh bagi baby hisap payudara seawal mungkin, kalau boleh sejam selepas kelahiran. Ini akan memberi ransangan pada hormon ibu untuk menghasilkan susu

2) Pastikan baby menghisap payudara dengan cara yang betul, dimana semua atau hampir semua aerola masuk dalam mulut baby

3) Hanya beri susuibu sahaja dan sebaik-baiknya berikan secara direct. Jangan berikan botol atau puting apabila anda dalam proses menstabilkan supply susuibu.

4) Hanya mula mengepam selepas 2 minggu dari hari kelahiran. Itupun pam bila baby tidur lebih dari 2 jam. Atau bila susu terlalu banyak. Atau selepas baby menyusu. Direct feeding perlu diteruskan sehingga supply susuibu menjadi stabil.

5) Sentiasa jaga pemakanan dan minuman harian. Pastikan cukup makan dari segi kalori dan nutrisi. Penuhi keperluan air harian iaitu 8 gelas jika tidak mengambil supplement.

6) Relax jangan stress.. Berdoa atau buat lah meditasi, ikut cara masing-masing k...

7) Makanlah supplemet jika tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.


APA SUPPLEMEN YANG DIMAKAN OLEH IBU SUZIYANA? katanya:-

1) SET BERPANTANG
2) SET TAMBAH SUSU
3) ESP

Sebenarnya ini adalah Set lengkap semasa pantang.. Membantu ibu cergas, bertenaga, luka cepat sembuh, kurang sembelit dan seterusnya melancarkan dan mempercepatkan penghasilan susuibu...
Terdiri dari :

Multivitamin, Vitamin C, Vitamin B complex, Alfalfa, Zinc, Ostematrix dan ESP.....

Namun semua ini tidak akan menjadi jika supply susuibu tidak stabil pada masa pantang, maka cuba patuhi tips-tips diatas ya... Akhir kata dari Ibu Suziyana adalah:-


Sekian untuk hari ini ya, Salam mesra dari Healthy by Nature... Selamat Breastfeeding mommies....

Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Tuesday 10 July 2012

SET SLIM ASAS: Lecithin, Alfalfa, Herb lax

Hari ni saya nak promosikan produk asas untuk kuruskan badan... Produk asas ini merupakan yang paling minimum dan paling murah untuk dimakan. Memang Shaklee mengeluarkan produk untuk Shape-Up Programme yang terdiri daripada Cinch Shake Mix, Cinch Energy Tea, Lecithin dan Herb-lax. Namun jika tidak berkemampuan (seperti saya), maka Set Slimming Asas ini boleh menjadi ganti...

SET SLIM ASAS 

Terdiri daripada:-

1) Lecithin
2) Alfalfa
3) Herb Lax

Fungsi setiap satu produk adalah:-

1) Lecithin -Sebagai pemecah lemak dalam badan kerana ia berupaya
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak termasuklah kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak pada salur darah 
2) Alfalfa -  Sebagai sumber fiber untuk mengangkut lemak keluar dari badan
  • Boleh membantu kerana ia adalah fiber
  • Mengandungi lebih 40 zat nutrien
  • Meransangkan penyerapan nutrien dalam badan
  • Awas! Krisis pemulihan adalah tinggi jika makan banyak - perlu minum air yang banyak

3) Herb-lax - untuk mencuci dan meningkatkan fungsi usus
  • Bukan julap seperti yang biasa dalam pasaran. 
  • Amalkan sekali seminggu, pada hujung minggu. 
  • Membuat pembersihan usus dengan sangat lancar dengan syarat banyak makan buah dan minum air masak. 

Kenapa perlu herb lax?

 Rata-rata penyakit kita berpunca dari sistem perkumuhan kolon yang tidak sempurna. Di sanalah tempat membiaknya bakteria2 dan memang dikatakan perut adalah rumah sakit. Ia memang membantu membersihkan kolon dan memang rasa selesa perut selepas itu. Maka pembersihan usus seminggu sekali melalui Herb Lax sangat membantu mendapatkan kesihatan yang baik.



Itulah set slimming asas. Untuk dapatkan kesan yang optimum, dinasihatkan untuk meminum air kosong 3 liter sehari dan makan buah-buahan sekurang-kurangnya 2-3 potong...

Berikut adalah kata-kata seorang ibu yang berpuas hati dengan pengambilan set ini...



Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.