Thursday 1 August 2013

TIPS MENJAGA LUKA BERSALIN NORMAL

Terdapat 2 jenis luka bersalin yang sering didengari: Episotomi dan Caesarean. Hari ini saya ingin share tips untk menjaga luka bersalin jenis Episotomi. Saya telah merasaii beranak normal dan c-section. Dan syukurlah kedua-duanya memang cepat sembuh. Memang saya amalkan tips2 yang akan saya sharekan nanti...

Semasa melahirkan anak secara normal, tekanan yang besar dikenakan pada bahagian perineum ibu dan  mungkin menyebabkan ia koyak. Atau mungkin doktor sendiri mengambil keputusan untuk mengunting agar bukaan lebih besar untuk memudahkan baby keluar. Bekas guntingan atau koyakan ini mungkin perlu dijahit dan memerlukan masa untuk sembuh.


Berapa lama ia sembuh bergantung kepada tahap koyakan atau guntingan. Ia berbeza-beza bagi setiap wanita. Bagi kecederaan tahap pertama, dimana hanya sedikit koyakan sahaja yang berlaku, mungkin tidak perlu pun dijahit, dalam beberapa hari sahaja luka akan sembuh.

Kecederaan tahap kedua, yang mana memerlukan jahitan mungkin memerlukan masa 2-3 minggu untuk sembuh.

Berikut saya share beberapa tips penjagaan luka bersalin...

  • Letakkan pek ais pada luka. Ini akan menyebabkan kebas dan mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada luka. Sama ada di hospital atau di rumah, tukarkan pek ais yang baru setiap 12 jam. Ini saya tak pernah buat tapi anda boleh cuba. Tapi ingat kebersihan perlu dijaga ya...
  •  Tukar Pad setiap kali ada pergi tandas

  • Paling penting kebersihan luka dan kawasan dikelilingnya. Pembersihan luka perlulah dengan air dan pastikan ia dikeringkan betul-betul sebelum disapu dengan ubat yang diberikan oleh doktor. Sapukan dari depan ke belakang untuk mengurangkan jangkitan kuman dari dubur.

  • Jangan duduk terlalu lama sekiranya rasa sakit pada luka

  • Sekiranya jahitan terbuka, berjumpalah dengan doktor.
  •  Perhatikan jika ada tanda-tanda jangkitan. Tanda-tanda ini termasuklah membengkak, bernanah dan berbau busuk.

  • Jika boleh, cuba dedahkan kawasan luka apabila berada di tandas, agar ia  mengering dengan lebih cepat.

  • Minum air secukupnya. Ini membantu penyembuhan tubuh badan dan mencegah sembelit.

  • Pastikan pengambilan makanan yang berzat terutamanya vitamin C untuk mempercepatkan penyembuhan. Makan banyak sayur dan buah-buahan. Jika ini sukar dipenuhi pengambilan multivitamin boleh membantu.
  •   Sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.
  •  Semasa mengandung, ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berzat dan pastikan kandungan hemoglobin mencukupi agar dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin kelak.

**Biasa rasa sakit akibat episotomi hanyalah selama 2 hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan.

(Sumber: MA & Pa dan lain2 bahan bacaan)

Pengambilan vitamin kini menjadi trend untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Kami di Shaklee pun ada beberapa vitamin yang sesuai dimakan semasa berpantang..
Apa yang best, vitamin Shaklee ni berjenis Natural.. Dari alam semulajadi.. Ia selamat untuk baby anda...



SET BERPANTANG
klik gambar untuk baca testimoni

Boleh hubungi saya untuk info lebih detail...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment