Monday 27 August 2012

STRESS DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

Kita sering dinasihati untuk jangan stress dalam kehidupan harian kita. Tidak kiralah jika anda seorang ibu menyusukan anak atau seorang lelaki yang perlu bekerja sehingga larut malam.. Stress akan memberi kesan pada kesihatan anda jika tidak mempunyai pemakanan yang cukup dan seimbang..

Stress merupakan satu keadaan dimana badan kita mengalami apa sahaja kerosakan, ini termasuklah kerosakan sel-sel atau sel mati.

Apabila kerosakan ini berlaku, maka perlulah ia diperbaiki. Jika gagal untuk membina semula sel-sel yang rosak akibat stress, badan kita akan mula sakit.. 


JENIS-JENIS STRESS

Terdapat 3 jenis stress:-
1) Jangka Pendek
2) Jangka Panjang (Berterusan)
3) Multiple Stress

KESAN-KESAN AKIBAT STRESS TERMASUKLAH:

Selera berkurangan
Muntah
Demam
Masalah Penghadaman
Pening-Pening
Kesakitan
Cirit birit
Kehilangan air dalam badan, zat-zat hilang melalui air kencing


APA YANG BERLAKU PADA BADAN APABILA STRESS

Apabila kita stress badan akan bertindak cara yang sama iaitu:-

Tubuh badan akan memberi signal pada kelenjar2 pitutiary untuk menghasilkan hormon anti-stress dan ini menyebabkan tubuh badan untuk bersedia untuk sebarang kecemasan..




TIGA TAHAP STRESS DAN KESANNYA PADA TUBUH BADAN

TAHAP 1:- BERJAGA-JAGA (ALARM STAGE)

Apabila kita stress, tubuh badan akan mempersiapkan diri kita pada tahap berjaga-jaga (alarm stage). Tidak kesahlah penyebab stress tersebut adalah kita nak terjun dari kereta yang sedang bergerak, mahupun nak jumpa bos pada keesokkan hari untuk minta naik gaji... Apa yang sebenarnya berlaku adalah tenaga, garam dalam badan, zat galian di persiapkan untuk bersedia menentang sebarang keadaan yang akan diharungi.

Antara perkara yang berlaku adalah:-
  • Protin diambil dari kelenjar thymus + Lymph untuk mendapatkan gula
  • Tekanan darah meningkat
  • Zat galian diambil dari lutut
  • Lemak digerakkan dari tempat simpanan
  • Lebih banyak garam disimpan
  • dan lain-lain lagi

TAHAP 2 - BERTAHAN (RESISTANCE)

Tahap bertahan adalah keadaan dimana banyak sangat stress yang berlaku, satu demi satu crisis timbul, masalah tak habis-habis selesai. Disini tubuh badan terpaksa terus bertahan dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga pada suatu jangka masa yang lama. Tubuh badan tidak mempunyai masa untuk kembali kepada keadaan yang relax. 

Satu contoh keadaan stress tahap 2 adalah:-

Seorang ibu, Alice, 30 tahun, yang merasa tertekan kerana terdapat perubahan pada tempat kerjanya, yang mungkin akan menyebabkan dia dibuang kerja. Pada masa yang sama anaknya disekolah mempunyai masalah sosial. Ibunya pula baru mengalami kecederaan dan perlu seseorang untuk menjaganya. Dan Ibunya lebih suka jika Alice menjaganya. Dan ini telah berlaku sejak dulu lagi dimana ibunya sering minta bantuan Alice berbanding dengan kakaknya yang lain. Dan Alice cuba untuk membantu sebanyak yang boleh sehingga dia sendiri terasa terperangkap...

Jika keadaan seperti ini berlarutan, tubuh badan sentiasa cuba untuk memperbaiki kerosakkan dengan menggunakan nutrien dalam tubuh badan. Sekiranya kita mempunyai diet harian yang cukup untuk membekalkan nutrien ini, maka tubuh badan dapat bertahan. Tetapi apabila pemakanan dan nutrien simpanan kita tidak mencukupi untuk menampung kerosakan maka kita akan masuk ke tahap ketiga.


TAHAP 3 - KELETIHAN/KELESUAN (EXHAUSTION)

Apabila keadaan stress tidak pulih dan tubuh badan tidak kembali ke tahap seimbang, akhirnya anda akan keletihan. Kegagalan baikpulih akan menyebabkan penyakit mulai datang. Otak akan kehabisan tenaga untuk bergerak. Tubuh badan yang keletihan sudah tentu tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Ini adalah beberapa perkara yang berlaku pada tahap ini:-

  • Stress berpanjangan menyebabkan protin diambil  dari darah, hati, buah pinggang dan lain-lain bahagian badan.
  • Asid dalam perut mula meningkat
  • Akibat kerosakkan protin, selaput usus akan terhakis dan boleh mengakibatkan ulser usus
  • Tulang menjadi lemah kerana kehilangan Kalsium.

Hanya satu sahaja ubat untuk keletihan iaitu berehat dan tidur. Pada masa ini tubuh badan akan di baik pulih dengan segala nutrien dalam tubuh badan kita...

Sebab itulah penting untuk mendapatkan makanan yang seimbang dan cukup setiap hari.. Pencegahan adalah wajib bagi mereka yang sering stress...

Apakah supplement yang penting jika anda sering stress?? Semua supplement akan memberi manfaat.. Namun yang paling minimum sudah tentulah Set Family Wellness...

Jika anda antara yang sering stress dalam kehidupan harian, fikirkanlah untuk mengambil supplement sebagai makanan tambahan..  Apalagi jika anda seorang ibu yang menyusukan anak........
  

Sekian untuk hari ni ya...


Kalau berminat dengan supplement, boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE





**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.







Thursday 16 August 2012

2 TESTIMONI SIMPLE :(1) BERJAYA MENGUMPUL STOK BYK MASA PANTANG... (2) KITARAN HAID MENJADI STABIL

Hari ni saya buat entry simple saja memandangkan semua pun dah mood raya kan.....

Just share beberapa testimoni pengguna Shaklee...

Testimoni (1)... Ibu mengamalkan SET 3M semasa pantang berjaya mengumpul stok banyak ni...




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Testimoni (2), Penggambilan GLA Complex telah membantu menstabilkan kitaran haid....




----------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Saya ingin nyatakan bahawa setiap tubuh badan seseorang adalah berbeza ya.. Jadi kesan supplement tidaklah sama k.... Namun tidak salah jika ingin mencuba, mana tahu produk ini sesuai dengan anda... Bagi saya memang tersangatlah sesuai....


Ini dia SET 3M... Membantu melancarkan penghasilan susuibu....

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan ini GLA COMPLEX... Membantu menstabilkan hormon....

Sekian untuk hari ni ya...

Bagi pembaca yang beragama Islam:



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA... MAAF SEGALA KESILAPAN SAYA YA...


Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE





Wednesday 15 August 2012

BILA SAYA BOLEH BAGI BAYI SAYA MINUM AIR?

Secara amnya, memberi bayi minum air sebelum umurnya mencecah 6 bulan tidak digalakkan.



Memberi bayi berusia lebih muda daripada 6 bulan terlalu banyak air boleh mengganggu tubuh badan untuk menyerap nutrien dari susu ibu atau formula. Ia juga boleh menyebabkan perut berasa kenyang, dan seterusnya mengurangkan selera makan atau minum susu.


Terdapat kes dimana bayi minum terlalu banyak air telah menyebabkan keadaan 'water intoxication'. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi koma atau sawan. 'Water intoxication' berlaku apabila terlalu banyak air mencairkan kepekatan natrium dalam badan, sehingga menggangu keseimbangan elektrolit dan menyebabkan tisu membengkak. Tapi kes ini jarang berlaku...

Menambahkan air yang terlalu banyak pada susu formula bukan sahaja menyebabkan risiko 'water intoxication' pada bayi anda, tetapi ia juga menyebabkan bayi anda mengambil nutrien kurang daripada yang sepatutnya. Pastikan arahan yang disyorkan untuk campuran formula - air diikuti ya.

Jangan risau tentang bayi tidak cukup air, kerana semua penghidratan yang diperlukan adalah cukup dari susuibu atau formula walaupun di cuaca panas.

Dalam beberapa kejadian -seperti contoh, bayi anda mempunyai gastroenteritis - doktor mungkin menasihati anda untuk berikannya minuman elektrolit seperti Pedialyte atau Infalyte untuk membantu mengelakkan dehidrasi.

Apabila bayi anda berumur 6 bulan, bolehlah diberi minum air. Namun, jangan keterlaluan. Takut nanti sakit perut atau terlalu kenyang untuk makan pula. Pada umur bayi 1 tahun keatas, apabila pemakanan pejal dah teratur dan dah boleh minum susu penuh krim, maka bolehlah beri bayi anda minum air sebanyak yang dia suka...

Sumber: Babycenter.com

Sekian untuk hari ni ya...



Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE





**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday 14 August 2012

NUTRIFERON: Meningkatkan Imun Sistem anda

Hari ni saya ingin cerita pasal NUTRIFERON produk promosi untuk bulan ni, Ogos 2012....



Ramai yang tidak kenal Nutriferon ni... Ini kerana Nutriferon adalah produk eklusif dari Shaklee sahaja.. Satu formula yang dipaten oleh Shaklee sahaja dan tidak dijual dikedai-kedai biasa... Hanya di SHAKLEE!!!

Nutriferon : Formula eksklusif untuk untuk meransangkan pengeluaran semulajadi Interferon tubuh. Interferon mampu meransang dan mempertingkatkan sistem imun sistem tubuh badan.

Kandungan: Biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago - Semuanya mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Sejarah : Pertama kali ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Selepas kajian 40 tahun, Dr Kojima berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon). Formulanya adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaan telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi.

Manfaat utama:

  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari 
  • Membantu melawan kanser dan Tumor - Interferon semulajadi  tubuh badalah yang melawan sel-sel tumor dan kanser. Maka secara tidak lansung Nutriferon membantu melawan kanser dan tumor.
  • Melindungi dari jangkitan virus atau mikrob - Apabila imun sistem kita kuat, tubuh badan lebih kuat untuk melawan jangkitan virus, mikrob yang mana penyebab selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza
  • Meringankan stress dan tekanan - meringankan kemudaratan disebabkan oleh stress
  • Melambatkan penuann - Membantu mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat
  • Mengurangkan infeksi pesakit hepatitis B & C
  • dan lain-lain lagi

Beberapa Testimoni...

Seorang kawan saya telah mengambil Nutriferon kerana elerginya yang teruk.. Beliau mempunyai masalah sinus sehingga terpaksa mengambil nose spray... Selama seminggu, terdapat perbezaan dimana sinus menjadi semakin ok dan tidak payah menggunakan nose spray lagi...

Ramai penggamal Shaklee bila merasakan tidak selesa seolah-olah nak selsema atau demam, mereka akan makan Nutriferon agar selsema tidak menjadi...

Seorang ibu, selsemanya tidak sembuh-sembuh biarpun memakan vitamin c setiap hari.. Beliau mengambil Nutriferon dan nampak kesan dalam beberapa hari sahaja...


Sekian untuk hari ni ya...




Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday 12 August 2012

Kolagen: Nutrien Hebat Untuk Kulit Muda dan Sihat

Sekarang banyak sangat produk menjual Kolagen.. Termasuklah Shaklee.. Shaklee juga ada mengeluarkan produk Kolagen.. Apa sebenarnya Kolagen ni??? Jemput baca ya info ini...

COLLAGEN POWDER: NUTRIEN HEBAT UNTUK KULIT MUDA DAN SIHAT

Kolagen merupakan satu daripada empat jenis tisu utama yang terdapat didalam tubuh manusia dimana ia meliputi kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan susuk tubuh. Kolagen membentuk pelbagai jenis tisu penghubung diantara bahagian-bahagian tubuh. Kolagen membentuk pelbagai jenis tisu penghubung diantara bahagian-bahagian tubuh termasuklah kulit, otot, rambut, tendon, ligamen, darah, tulang dan tulang rawan yang membentuk struktur untuk menyokong keseluruhan susuk tubuh.

Semakin umur meningkat, jumlah kolagen didalam tubuh semakin merosot. Ini mula dilihat ketika usia mencecah 20 tahun, dimana kulit semakin kering, kasar kurang anjal dan garis-garis kedutan mula muncul. Kekurangan kolagen didalam tubuh akan memberi kesan bukan hanya penuaan pada kulit tetapi rambut juga pudar sinarnya, semakin menipis dan mudah gugur.


KESAN-KESAN KEHILANGAN KOLAGEN

- Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bawah mata, penglihatan kabur
- Gusi tidak sihat
- Garis halus kelihatan pada leher
- Payu dara dan punggung kelenturan
- Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
- Rambut jadi kering dan bercabang
- Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jerangat, kulit kekuningan
- Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua, Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
- Kehilangan Kalsium, sakit belakang, sakit sendi

COLLAGEN SHAKLEE, APA BEZANYA?

Shaklee menambahkan 7 ramuan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen...

Keanjalan

Kolagen terbaik mengandungi 4000mg propriety Red Snapper Scale iaitu kolagen yang diekstrak dari kulit ikan merah laut.
Molekulnya yang lebih ringan dari 1000 Dalton - mudah diserap  oleh tubuh dan membantu untuk meningkatkan sintesis kolagen di lapisan demis dengan lebih berkesan.
Membekalkan elastin dan mengekalkan kulit lebih anjal, sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata

Penghidratan
Mengandungi Ekstrak biji Camelia Japonica dan ekstrak Pfaffia - Mengekalkan kelembapan kulit. Mampu menahan air yang banyak. Mengekalkan keanjalan kulit tegang... Membantu dalam masalah rambut gugur, ketidakseimbangan hormon dlll

Antioksidaan
Mengandungi Vitamin C, B2 dan B6...
 -Vitamin C untuk menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
  -Vitamin b2 dan B6 - bergabung dengan karbohidrat, lemak dan metabolisma pritein untuk membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen dalam sel tubuh


Ujian klinikal telah menunjukkan yang 71% penggunan berasa tekstur kulit mereka lebih gebu selepas menggunakan Collagen Powder Shaklee selepas menggunakan selema 8 minggu berturut-turut...

UJIAN KLINIKAL KOLAGEN SHAKLEE

Selepas pengunaan 8 minggu:-

Kelembapan - 69% kemajuan
Kelicinan - 75% kemajuan
Kedutan - 80% berkurangan
Keserian - 90% Kemajuan

Ini adalah beberapa testimoni dari pengguna Collagen Powder Shaklee...





 





Testimoni credit to : anakkuwiraku


Sekian untuk hari ni ya...



Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 8 August 2012

SUSU PERAHAN 60oz SETIAP HARI.. BABY DAH 9 BULAN.. Demi untuk Anak dan Anak Susuan..

Beberapa hari lepas, saya mengenali seorang ibu berasal dari Sabah; Leydra namanya... Leydra adalah seorang ibu bekerja... Saya sungguh kagum dengan kerajinan mummy Leydra mengepam...

Apa yang membuatkan saya kagum adalah Leydra perlu mengepam sebanyak 60oz sehari untuk babynya yang berumur 9 bulan.. Juga kepada sepasang anak kembar...  Leydra menjadi ibu susuan (betul ke nama ni?) atau 'breastmilk donors' kepada anak kembar kawannya.. setiap baby memerlukan 20oz setiap hari...

Saya sangat-sangat terkejut apabila mengetahui hal ini.. Saya tertanya-tanya mampu ke dapatkan 60oz sehari?? Memang boleh kata Leydra... Beliau mengepam 6 kali sehari.. kadang-kadang 5 kali sahaja.. Setiap perahan adalah lebih kurang 10oz.... Malam baby Beliau menyusu secara direct... Banyak kan???? rajin pula tu....

Pada bula July lepas, Leydra berjaya menyimpan stok sebanyak ini:-





Dalam fridge ni ada 85 botol x 4oz = 340oz dalam masa sebulan.... Katanya dulu lagilah banyak bila baby masih lagi beberapa bulan...

Leydra memang pengamal supplement tetapi telah bertukar kepada supplemen jenama Shaklee kerana katanya Shaklee lebih menjimatkan.... Apa supplement yang dimakan selama ini adalah:

SET E terdiri dari : Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix

Semalam baru tambah ESP......

Inilah kisah seorang ibu yang terus gigih mengepam.. Tambah pula menjadi ibu susuan.. Saya sangat-sangat tersentuh dengan apa yang Beliau lakukan.... Semoga diberkati selalu ya Leydra....


 Sekian untuk hari ni ya...


Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Wednesday 1 August 2012

KESAN KAFEIN KEATAS PENYERAPAN VITAMIN DAN MINERAL

Anda mungkin pernah mendengar perkataan ini,   "Jangan makan supplemen bersama kopi, teh atau minuman bergas" .. He he, ini adalah perkataan femez yang saya ucapkan dalam konsultasi saya....  Pernah tak u'oll berfikir kenapa? Saya jelaskan disini ya... Ini adalah bersumberkan pembacaan saya dari laman web ya.... Enjoy ur reading...

 sekadar gambar hiasan

 
Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.


ZAT BESI (IRON)

Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

KALSIUM

Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D

Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 

VITAMIN B

Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

Harap dapat memberi penjelasan ya kenapa saya sering mengatakan jangan makan vitalea dengan kopi, teh atau minuman bergas... Dan kenapa kami menyusun jadual makan vitamin sebegitu rupa... Namun jika anda ingin membuat jadual sendiri, sila ambil perhatian pada fakta-fakta diatas ya.. 

 Sekian untuk hari ni ya...


Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.