Wednesday 15 August 2012

BILA SAYA BOLEH BAGI BAYI SAYA MINUM AIR?

Secara amnya, memberi bayi minum air sebelum umurnya mencecah 6 bulan tidak digalakkan.



Memberi bayi berusia lebih muda daripada 6 bulan terlalu banyak air boleh mengganggu tubuh badan untuk menyerap nutrien dari susu ibu atau formula. Ia juga boleh menyebabkan perut berasa kenyang, dan seterusnya mengurangkan selera makan atau minum susu.


Terdapat kes dimana bayi minum terlalu banyak air telah menyebabkan keadaan 'water intoxication'. Keadaan ini boleh menyebabkan bayi koma atau sawan. 'Water intoxication' berlaku apabila terlalu banyak air mencairkan kepekatan natrium dalam badan, sehingga menggangu keseimbangan elektrolit dan menyebabkan tisu membengkak. Tapi kes ini jarang berlaku...

Menambahkan air yang terlalu banyak pada susu formula bukan sahaja menyebabkan risiko 'water intoxication' pada bayi anda, tetapi ia juga menyebabkan bayi anda mengambil nutrien kurang daripada yang sepatutnya. Pastikan arahan yang disyorkan untuk campuran formula - air diikuti ya.

Jangan risau tentang bayi tidak cukup air, kerana semua penghidratan yang diperlukan adalah cukup dari susuibu atau formula walaupun di cuaca panas.

Dalam beberapa kejadian -seperti contoh, bayi anda mempunyai gastroenteritis - doktor mungkin menasihati anda untuk berikannya minuman elektrolit seperti Pedialyte atau Infalyte untuk membantu mengelakkan dehidrasi.

Apabila bayi anda berumur 6 bulan, bolehlah diberi minum air. Namun, jangan keterlaluan. Takut nanti sakit perut atau terlalu kenyang untuk makan pula. Pada umur bayi 1 tahun keatas, apabila pemakanan pejal dah teratur dan dah boleh minum susu penuh krim, maka bolehlah beri bayi anda minum air sebanyak yang dia suka...

Sumber: Babycenter.com

Sekian untuk hari ni ya...



Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE





**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment