Tuesday 30 July 2013

RISAUNYA KOLESTROL / BERAT MENINGKAT DI HARI PERAYAAN

Raya mesti makan banyak.... Itulah yang sering dikatakan.. Bila hari raya mesti kena ziarah rumah kawan-kawan.. Makan sedap-sedap, banyak lagi tu.... Bila pulang mesti risau berat / kolestrol naik..

Jika anda rasa terlebih-lebih makan khasnya di bulan perayaan ini, cuba amalkan beberapa supplemen berikut. Sedikit sebanyak ia pasti dapat membantu anda khasnya dalam pengawalan kolestrol...

Lecithin atau Omega :  penting untuk membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah. Dua ni juga sangat membantu dalam merendahkan kandungan kolestrol tidak baik (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)..

AlfalfaSebagai sumber fiber untuk mengangkut lemak keluar dari badan. Selain dari itu ia kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.. Dan mampu mencuci darah.

Garlic :  femes dalam membantu menurunkan level kolestrol. Menurut kajian pengambilan  Garlic (bawang putih) setiap hari boleh membantu penurunan kolestrol sehingga 9-12%. Ia membantu mencairkan darah dan melarutkan kolestrol yang melekat pada dinding darah dan telah mengeras menjadi plak.


Selain dari ini memang banyak lagi supplement yang boleh membantu namun ini antara yang minimum.



Boleh hubungi saya untuk info lebih detail...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Thursday 25 July 2013

KESAN HORMON TIDAK SEIMBANG PADA WANITA

Hormon tidak seimbang pada wanita merupakan satu perkara yang sering kita abaikan. Sebenarnya kesannya mampu menyebabkan beberapa penyakit serius. Keseimbangan hormon amat penting agar kita kekal sihat, aktif, cergas dan penuh tenaga. Mari kita ketahui apakah tanda-tanda dan simptom hormon tidak seimbang.




Keletihan
Kekurangan atau terlebihan hormon adrenaline boleh menyebabkan tubuh badan terasa letih.
Adrenaline adalah sejenis hormon yang dihasilkan apabila kita mengalami stress tinggi atau pada keadaan yang mengujakan. Hormon inilah yang menyebabkan degupan jantung lebih laju, meningkatkan aliran darah agar lebih cepat penghantaran oksigen ke seluruh tubuh badan dan sebagainya. Semua ini untuk bertindak dalam menentang stress. Bayangkanlah apa akan berlaku jika kita kekurangan atau terlebihan dalam hormon ini..

Berat Badan

Estrogen adalah hormon yang memainkan peranan dalam perkembangan organ dan sistem reproduksi wanita. Kekurangan hormon ini mungkin akan menyebabkan insomnia, keletihan, perubahan mood yang mana akan menyebabkan kepada penurunan mahupun peningkatan berat badan.

Hot Flashes  (Gegala rasa panas secara tiba-tiba)
Salah satu kesan hormon tidak balance adalah keadaan 'hot flashes'. Hal ini terjadi kerana tubuh badan didorong untuk membebaskan haba dengan meningkatkan kadar jantung dan pembukaan pada kelenjar peluh. Apa yang mendorongnya? Mungkin hormon yang tidak seimbang, kan??

Kitaran Haid Tidak Teratur
Ini sememangnya akan berlaku sebagai tanda-tanda menapos. Namun jika anda berusia 40 tahun kebawah dan kitaran haid tidak teratur, ia mungkin disebabkan hormon tidak teratur. Apa yang menyebabkan kita datang haid, dinding rahim menebal, tumpahan darah, semuanya bergantung pada hormon tubuh badan. Maka ketidak seimbangan hormon sudah pasti salah satu sebab penyebab kenapa period tidak teratur.

 Selain dari diatas, terdapat banyak lagi simptom ini termasuklah:

  • Depresi
  • Anxiety (rasa cemas)
  • Sukar menurutkan berat badan
  • Cravings for sweets (Teringin nak makan makanan manis)
  • Memory rendah
  • Insomnia
  • PMS
  • Imun sistem lemah
  • Infeksi sering berulang
  • Senggugut
  • Perubahan mood yang kuat
  • Rasa nervous atau cepat marah tanpa sebab
  • Sakit sendi yang semakin kuat

Produk Shaklee yang membantu menstabilkan hormon

Makanan yang kaya dengan omega-3  dapat membantu menstabilkan hormon dengan membina membrane sel yang sihat dan membantu peredaran hormon ke seluruh badan.
Produk Shaklee: GLA COMPLEX



Dapatkan produk ini pada bulan Julai 2013.. sementara promosi sedang berjalan ya....

PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease





Tuesday 23 July 2013

SENAMAN DIBULAN PUASA... selamat??

TURUN 4KG DALAM SEBULAN....


Itulah yang dikatakan oleh bisnes partner saya. Beliau menceritakan kisah kawannya yang telah mengamalkan lecithin dan alfalfa 2 minggu sebelum bulan puasa hingga hari ini (2 minggu dah berpuasa).
Soalan pertama yang saya ajukan adalah: 'Dia bersenam tak'?
Sebab terfikir juga jika bersenam di bulan puasa ini membawa kemudaratan atau tidak..


Jadi untuk perkongsian saya hari ini, saya ingin share artikel dari MyMetro tentang membakar lemak di bulan puasa... Selamat atau tidak? Happy reading ya....

BAKAR LEMAK DI BULAN PUASA


BAKAR LEMAK DI BULAN PUASA

(sumber: My metro)

Sebenarnya, bulan puasa tidak harus dijadikan alasan untuk mengehadkan aktiviti bersenam kerana senaman ketika berpuasa mampu memaksimumkan pembakaran kalori.

Secara umumnya, kalori karbohidrat dalam badan akan berkurangan dan secara semula jadi badan akan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga.
Justeru, peratusan lemak dalam badan dapat dikurangkan.

Selain itu, jika tidak bersenam, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa.

Malah, kajian yang disiarkan dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam.

Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak dalam badan dan dapat mengurangkan masalah berat badan.

Jika anda mahu amalkan senaman kardio, berlari atau bersukan ketika bulan puasa, beberapa aspek penting perlu diambil perhatian bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

SENAMAN KARDIO SEMASA BERPUASA

Antaranya, aktiviti kardio dan bersukan pada bulan puasa bukan soal makan, tetapi lebih kepada kurangnya air. Masalah ini boleh membawa kepada dihidrasi dan akhir sekali tentunya memudaratkan kesihatan anda.

Namun, dari sudut positifnya, melakukan aktiviti seperti berjoging secara sederhana pada waktu petang membantu badan anda membakar lemak.

Oleh itu, melakukan senaman kardio atau bersukan secara sederhana ketika berpuasa adalah baik dan boleh diteruskan, tetapi anda harus peka dengan keadaan fizikal diri sendiri terlebih dulu.

Pastikan anda berhenti melakukan aktiviti berkenaan sekiranya mula berasakan diri mengalami pening kepala atau lemah badan yang melampau.

SENAMAN KARDIO SELEPAS BERBUKA

Selepas waktu berbuka puasa, tiada masalah untuk anda melakukan senaman namun seperti biasa, jika anda bersenam pada atau selepas jam 8 malam, elakkan daripada makan berlebihan ketika berbuka. Cukup sekadar mengalas perut dengan makanan dan minuman yang ringan saja.

Sekiranya anda menjamu selera dengan makanan berat ketika waktu berbuka, berikan masa kepada badan anda terlebih dulu untuk menghadam makanan dengan betul. Masa yang diperuntukkan untuk anda rehat adalah dalam kira-kira 60 hingga 90 minit.

SENAMAN ANGKAT BERAT ATAU BEBAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBUKA

Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah. Justeru, anda tidak digalakkan untuk melakukan latihan ini sebelum berbuka. Kalau bertegas hendak melakukannya, harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan akan memecahkan otot untuk sumber tenaga.

Bagaimanapun, ia memang lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan jika anda melakukan senaman ini ketika berpuasa.

Tiada masalah langsung untuk anda meneruskan latihan mengangkat berat selepas berbuka puasa. Tetapi, jika anda mahu menambahkan berat badan pada ketika ini, ia bukanlah satu idea yang bijak.

Mengikut pengalaman saya, secara praktikalnya adalah lebih sukar untuk mencapai sasaran menaikkan berat badan pada bulan puasa walaupun anda sudah makan dengan sekuat hati.

Kesimpulannya, latihan angkat berat pada bulan puasa boleh diteruskan, tetapi selepas anda berbuka dan jangan paksa diri anda melakukan latihan berkenaan dalam keadaan kekenyangan.

Akhir sekali, anda harus tahu keupayaan diri sendiri dengan mengelakkan bersenam sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman akibat demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi kencing manis.

Persediaan secara psikologi juga memainkan kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan ketika berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.

                             ---------------------------------------------------------

Kini anda tahu pasal cara selamat bersenam di bulan puasa.. Bagaimana pula yang tak bersenam tapi risau berat akan naik? atau kolestrol naik?

Anda boleh cuba tambahkan supplement ini dalam diet semasa berpuasa.. Makan lepas berbuka....



Lecithin - terkenal sebagai 'Fat Emulsifier' membantu melarutkan/memecahkan lemak dan kolestrol. Bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid.

Alfalfa - Sebagai sumber serat/fiber untuk membantu mengankut lemak. Awas perlu minum banyak air tau. jadi dapatkan consultasi dari pengedar tentang cara makan ya... Kalau cari saya, pasti saya terangkan dengan jelas..

PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Monday 22 July 2013

SUSUIBU MERIAH BIAR BERPUASA

Hari ini saya nak share testimoni seorang ibu menyusukan anak di bulan puasa.. Beliau masih mampu mengepam dsn mendapat hasil yang meriah...

Ini gambar yang beliau share..


Inilah produk super best di bulan berpuasa.. ESP dan PD.. Apa benda dua ni???


ESP - Energizing Soy Protein. Sumber protin dari soya. BUkan sahaja ESP ni membantu dalam meningkatkan tenaga, ia juga sudah terkenal dikalangan ibu menyusukan anak sebagai milk booster. Ramai yang mengamalkan ESP mendapati susu mereka cepat terhasil. Breast cepat penuh. Dan bestnya, rasa kenyang bila minum.

PD - Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat yang mampu memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
•    Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan
      hidrasi
•    Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk
      kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
•    Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
      keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.



Dua produk ni adalah yang dicari-cari oleh ramai apabila bulan puasa menjelang. Jangan hairan jika produk ni habis stok pada bulan ini.


Saya sendiri telah nampak kesan pertambahan susuibu 50% bila mengamalkan ESP. PD pula saya telah merasaii perbezaannya bila saya kurang minum air. First time saya minum PD bila saya pergi bershopping seharian, memang minum air masa lunch je. balik tu memang terasa susuibu berkurang. Cepat-cepat saya minum . Lepas sejam dua baru terasa breast  nak penuh balik..



Jika anda berpuasa dan risau  susuibu terjejas, cuba 2 ni.. Juga jika anda jenis yang kurang minum air, cuba ni juga..

PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 




* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Sunday 21 July 2013

PELUPA SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Menjadi Pelupa adalah sebahagian daripada kehidupan seorang ibu, kata saintis.

Menjadi pelupa merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakkan ibu yang melahirkan anak. Bukanlah kita lupa nak bagi anak makan gitu.. Tapi lebih kepada perkara seperti lupa nama-nama rakan, tidak boleh ingat mengapa anda hanya pergi ke dapur, lupa apa yang nak dicakapkan dan macam-macam lagi.




Ramai ibu-ibu baru yang bimbang tentang masalah ini, melihat ia sebagai satu tanda kelemahan dan takut keadaan ini akan terus berlaku selama-lamanya.

Menurut DailyMail UK,  kajian telah mendapati faktor-faktor utama yang menyebabkan kegagalan memori disebabkan oleh beberapa perkara termasuk perubahan hormon, keletihan, dan tekanan menjaga anak baru lahir.


Seorang ibu baru sudah pasti akan meletakkan bayi mereka sebagai keutamaan nombor satu atas segala-galanya. Ini membuatkan perkara-perkara yang kurang penting dilupakan, atau sekurang-kurangnya diletakkan ke kawasan yang kurang aktif dalam otak.

Perubahan hormon estrogen juga mempunyai pengaruh keatas perkara ini. Di penghujung kehamilan, estrogen adalah sangat tinggi dan ia terus menurun sehingga hampir tiada selepas melahirkan anak. Estrogen bertindak sebagai neurotransmitter, menghantar isyarat dalam otak.

Satu lagi penyebab kenapa jadi adalah : terlalu penat.
Para penyelidik menganggarkan bahawa seorang wanita boleh kehilangan sehingga 700 jam tidur, bersamaan dengan dua jam setiap malam, pada tahun pertama bersama bayi mereka.

Ibu menyusukan anak sememangnya akan kurang tidur, dan keletihan mempengaruhi sangat-sangat  keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara.

Keletihan ni seolah-olah pembunuh kepada ingatan.
Jika kurang tidur daya ingatan tentang peristiwa yang berlaku dalam sehari tidak boleh disatukan ke dalam ingatan jangka panjang."

Satu lagi penyebabnya bagi ibu yang menyusukan anak.. Sejenis hormon akan dihasilkan jika ibu menyusukan anak. Hormon ini membantu ibu-ibu berehat terutamanya semasa menyusukan anak. Pernah tak anda tertidur semasa breastfeeding? Hormon ini menggalakkan ibu relax dan kurang fokus.


Beberapa tips untuk anda:

1) Cuba dapatkan rehat atau tidur yang secukupnya.
2) Fokus satu perkara pada setiap masa
3) Buat senaman ringan - ini membantu lebih banyak oksigen dihantar ke otak
4) Buat senarai perkara yang anda perlu buat
5) Makan makanan untuk kesihatan otak - sekadar untuk meningkatkan fungsi otak

Perkara selalu lupa ini bukanlah untuk selama-lamanya. Ia hanyalah masalah jangka pendek, jadi janganlah terlalu risau pasal phenomena ini.

Saya cadangkan beberapa makanan tambahan untuk kesihatan otak...

Mahu order Shaklee.... PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 



* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease












Friday 19 July 2013

JHT UNTUK SAKIT LUTUT

DULU: Kadang kala tu bila nampak tangga, lemah je rasa.. Macam tak sanggup nak menahan sakit lutut ni...

.... Kata-kata seorang ibu/nenek.

Memang ramai rakyat Malaysia yang mengalami sakit lutut, dan sendi.  Antara faktor utama kenapa sakit lutut adalah usia dan berat badan. Ahli-ahli sukan juga sering mengalami masalah sakit lutut akibat penggunaan dan pergerakan yang lasak.

Selalunya sakit lutut ni disebabkan oleh sendi lutut telah haus akibat penggunaannya. Selain dari tu masalah artritis atau gout juga menjadi sebab utama.
Apabila kita dah berumur, rawan lutut mungkin dah jadi lemah dan rapuh. Tisu penghubung di sekeliling lutut mungkin terurai. Atau mungkin terdapat geseran antara tulang menyebabkan ketidakselesaan dan membuatkan pergerakan terhad.





Bagaimana nak atasi masalah ini?? Ini langkah yang saya petik dari infosihat...

  • Rawatan
      - Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.

      - Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.

  • Kurangkan berat badan
  • Senaman sendi Menjalani program senaman yang membolehkan sendi bergerak dengan lebih lancar dan otot menjadi lebih kuat.
  • Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.
  • melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya

Kami di Shaklee percaya pemakanan banyak membantu kesihatan lutut mahupun sendi.Apa yang perlu dimakan? Shaklee telah menghasilkan satu produk khas untuk kesihatan sendi..

JOINT HEALTH TABLET (JHT)

atasi sakit lutut dengan Joint Health Tablet

Kandungannya:

 1) Ekstrak Boswellia - menyokong kesihatan fungsi sendi dengan mengurangkan chemical yang menyerang cartilage, yang memyebabkan ketidakselesaan sendi

2) Ekstrak Jagung membekalkan Glucosomine, sejenis amino yang membantu pembentukan cartilage dan cecair pada sendi. 

3) Vitamin C - membantu dalam sintesis pembentukan kolagen

4) Zink, Kuprum dan Mangganes - Mineral yang diperlukan untuk pembinaan tisu penghubung




JHT membantu dalam :-
  • menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang




Bab testimoni pula..

Semalam saya menerima 2 testimoni hebat dari 2 orang ibu/nenek yang telah makan JHT untuk melegakan sakit lutut mereka..

Ibu/Nenek 1....

Umur dah 60 lebih.. Aunty ni telah makan sebotol JHT selama sebulan. Katanya lepas Makan sebotol sakit lutut dah berkurang.. Senang nak bergerak sekarang..


 Ibu/Nenek 2... 

Umur pun dah 60 lebih... Baru hari sabtu lepas Aunty ni beli JHT dari saya. Semalam hari Jumaat,
katanya: 
Tak sampai seminggu sakit lutut dah reda.. Kini naik tangga, Turun tangga dengan lebih senang.. Tak de ter 'aduh, aduh'..... memang tak percaya dengan kesan yang saya dapat ni...




Tambah satu lagi testimoni dari seorang ahli sukan.. 

Dulu sebelum membeli katanya: 
saya ni kalau tak bersukan jadi macam sakit.. Nak kena bersukan juga. Tapi lutut menjadi halangan kerana boleh jadi sakit jika terlebih-lebih gerakkannya. 

Beliau pernah mengalami kemalangan dan telah membuat pembedahan lutut. 
Selepas mengamalkan JHT selama sebulan, beliau rasa sakit lutut berkurang. Pergi review kat doctor sports specialist dan tunjuk JHT tu.. Doktor kata sangat bagus supplemen ni, teruskan pemakanan. 





Bestkan... dahlah produk Shaklee ini dari bahan semula jadi, berkesan pula tu...
Kini saya sering rekomenkan JHT antara supplemen untuk warga yang berusia... 
Hadiah terbaik buat ibu dan ayah....



So, jom order Shaklee.... PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday 18 July 2013

ADAKAH HAID ANDA NORMAL?

Mari ketahui lebih lanjut mengenai tempoh, aliran dan kekejangan yang mengiringi haid bulanan anda.

Ketahui juga bila haid boleh menjadi petunjuk kepada sesuatu yang tidak betul.





Haid adalah satu proses normal dan sihat bagi seorang wanita apabila menjangkau usia awal remaja sehingga menopaus. Proses kitaran haid bulanan melibatkan pembentukan lapisan baru pada uterus yang dipanggil 'endometrium'. Ini adalah persediaan kepada kemungkinan telur disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku maka telur akan disimbah keluar, bersama dengan lapisan endometrium, dan ini memulakan haid pendarahan, atau dikenali sebagai period.


KAITAN HORMON DAN HAID?

Kitaran haid berlaku di bawah kawalan beberapa hormon yang dikeluarkan di bahagian-bahagian tertentu dalam badan:
  • Hormon yang melepaskan gonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus, yang berada di dalam otak).
  • Hormon yang merangsang folikel (dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari, yang juga berada di dalam otak).
  • Hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari).
  • Oestrogen(yang dikeluarkan dari dalam ovari.
  • Progesteron (juga dihasilkan dalam ovari).

TEMPOH JANGKA MASA HAID

Jarak diantara haid bulanan selalunya dari 21 hingga 35 hari - walaupun remaja dan wanita dalam usia 40an mungkin mempunyai kitaran yang tidak teratur, lebih 45 hari.
Jika anda menghampiri menopaus, anda boleh menjangkakan bahawa masa antara haid anda mungkin mendapat lebih panjang, dan akhirnya haid berhenti.

 Jika anda tidak menghampiri menopaus dan jarak antara haid anda tidak teratur ia mungkin disebabkan oleh  tekanan, penurunan atau penaikan berat yang dramatik secara tiba-tiba.
 Semua ini boleh menjejaskan tahap hormon badan anda dan boleh menyebabkan perubahan dalam tempoh kitaran haid anda. Ubat-ubatan seperti antidepresi juga boleh menjadi punca perubahan kitaran haid.

 Haid selalunya berlansung selama 3-5 hari: Jika didapati haid masih berlaku selepas 7 hari, ia dianggap pendarahan berpanjangan.


ALIRAN HAID

Aliran umumnya lebih banyak/berat semasa permulaan period dan beransur-ansur menjadi ringan. Adalah perkara biasa untuk melihat darah beku kecil yang keluar masa haid. Ini mungkin disebabkan oleh cebisan kecil endometrium.

Jika pembekuan ini lebih besar daripada 25mm diameter, ini MUNGKIN tanda-tanda pendarahan tidak normal.

Begitu juga Jika anda perlu menukar tuala wanita anda atau tampon lebih daripada 5 kali sehari atau terasa pad penuh setiap jam. Ini adalahlah tanda pendarahan yang berlebihan dan dikategorikan sebagai tidak normal. Ini boleh berlaku pada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, satu keadaan yang mungkin menunjukkan ketidakstabilan hormon.

Antara penyebab pendarahan yang luar biasa adalah fibroid - sejenis ketumbuhan di dalam Rahim. Namun perlulah disahkan oleh doktor ya...

Aliran haid yang sedikit atau ringan juga adalah perkara biasa bagi wanita yang mengambil pil perancang.


BAGAIMANA JIKA PERIOD TAK DATANG?

Jika haid anda tidak datang, perkara yang pertama yang harus dibuat sudah tentulah melakukan ujian untuk mengetahui jika anda hamil.
Jika anda tidak hamil, mungkin ini berlaku kerana anda tidak ovulate pada bulan tersebut (telur tidak dihasilkan). Bagi kebanyakan wanita, keadaan ini adalah normal. Sesetengah wanita mempunyai sistem endokrin maklum balas lebih sensitif supaya perubahan dalam tekanan, berat badan, dan faktor-faktor lain menyebabkan perubahan dalam kitaran haid mereka.


SENGGUGUT 

Kebanyakan wanita mengalami kekejangan dan perut kembung semasa haid. Kekejangan terhasil daripada bahan-bahan kimia yang dipanggil prostaglandins, yang dikeluarkan di luar rahim dan menyebabkan kontraksi untuk melepaskan lapisan rahim.

Jika anda mengalami kekejangan yang sangat teruk dan teramat sakit, ia boleh menjadi tanda-tanda sesuatu yang lebih serius, seperti endometriosis. Endometriosis adalah keadaan dimana terdapat tisu rahim yang tumbuh di luar rahim. 

Setiap wanita mempunyai perbezaan yang halus dalam kitaran haid mereka bergantung pada umur, berat, dan faktor-faktor penting yang lain. Kunci utama adalah untuk mengenal pasti apa yang normal pada tubuh badan anda sendiri. Jika sebarang perubahan berlaku, maka itu menjadi isyarat pada masalah yang lebih serius.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda membaca entry ini disebabkan anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, maka saya sangat-sangat mencadangkan pengambilan GLA COMPLEX dari Shaklee..
Telah banyak testimoni yang dikongsikan oleh mereka yang mengamalkannya.. Ada yang tak sampai sebotol pun, period dah datang... Saya share sikit testimoni ya...


PROMOSI GLA COMPLEX BERLANSUNG SEPANJANG BULAN JULAI 2013... grab it now..
 
Jika nak tahu lebih info atau nak beli supplemen Shaklee, PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 

* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Wednesday 17 July 2013

PENGEDAR SAH SHAKLEE PENAMPANG

PENGHANTARAN PRODUK SHAKLEE DI KAWASAN PENAMPANG / KOTA KINABALU (cash on delivery)

Shaklee Penampang


Oh my Penampang!!! Tempat lahir ku, tempat saya main guli, main zero point...

Kini saya menetap di Selangor.. Namun jangan susah jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh diatur bah....

Saya mempunyai seorang anak buah yang juga ahli sah Shaklee..
Beliau menguruskan segala penghantaran 'cash on delivery' di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu...

Tidak kurangnya dengan beberapa bisnes partner saya yang menetap di Penampang/Kota Kinabalu..

So, jangan risau.. Just PM me.. Saya boleh aturkan ya...
Namun jika anda lebih gemar menerima melalui pos, saya boleh pos saja dari Selangor.. melalui Pos Laju atau City Link atau Gdex...





So, Klik on...  Jika nak tahu lebih info atau nak beli supplemen Shaklee, PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tuesday 16 July 2013

ASID FOLIC UNTUK KESIHATAN BAYI

Malasnya nak makan pil kuning kecil-kecil tu..

Itulah kata-kata beberapa kenalan saya berkenaan Asid Folic ketika mereka mengandung..


Apa sebenarnya Asid Folik ni?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Ia amat penting bagi semua manusia tidak kiralah yang mengandung, breastfeeding mahupun kaum lelaki.
Asid folic adalah vitamin yang digunakan untuk perkembangan dan pembaharuan sel tubuh badan.
Setiap hari tubuh badan kita membina berjuta-juta sel untuk mengganti sel yang mati. Ini termasuklah sel darah merah, sel kulit dan semuanya la...


Kenapa Asid Folic penting untuk bayi

Kajian teah menunjukkan bahawa Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Terdapat juga kajian di negara Netherlands mengatakan wanita hamil yang mengambil Asid Folic yang tinggi semasa mengandung didapati kurang mengalami keguguran. Ada juga kajian yang mengatakan ia membantu agar baby tidak dilahirkan dengan 'cleft palate' dan kurang berat badan

Jadi janganlah abaikan pil kuning tu ya.. Banyak manfaatnya..
Selain untuk baby, kita yang dewasa pun perlukan vitamin asid folic ni.. 
Selain untuk baby, asid folic penting untuk kesihatan jantung, tekanan darah, menghalang kanser, depressi dan macam-macam lagi...

Asid Folic, b complex

B Complex with folic asid dari Shaklee

Jika anda berminat nak makan asid folic semasa mengandung atau menyusu.. Pilihlah yang terbaik ya.. Jika anda memilih Shaklee, memang pilihan tepat.. Ia vitamin semulajadi dan selamat untuk anda dan baby..

Ok, setakat ini je hari ni ya.
 Ingat: Always safe, always work, always green.. Tats Shaklee...

Sekian sahaja untuk hari ini ya. Jika nak tahu lebih info atau nak beli supplemen Shaklee, PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday 15 July 2013

MASALAH PENYUSUAN SUSUIBU : SUSU TIDAK CUKUP


Hi again.. Hari saya telah membaca satu artikel berkenaan masalah penyusuan yang common dikalangan ibu-ibu menyusukan anak.. Saya sendiri pun pernah menggalaminya.. Ingin sekali saya share info ni dengan ibu-ibu semua ya...


Sebagai ibu yang baru menimang cahaya mata, anda semestinya menginginkan yang terbaik untuk anak anda. Sudah pasti anda sangat gembira apabila baby anda mula menyusu dan menerima pemberian susuibu yang tidak terhingga nilainya. Tetapi, apa yang akan berlaku jika anda pula yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk si baby anda?

Mesti tensionkan?? mesti ada yang sampai menangis-nangis.. he he macam saya dulu...






“Mengapa susu saya tidak mencukupi?”

Untuk menghasilkan susu ibu yang secukupnya, anda perlu bermula awal....
Penyusuan susuibu sebaik-baiknya bermula dalam jam pertama kehidupan baby anda. Penyusuan pertama bukan sahaja akan memastikan bayi anda berasa stabil dan selesa, tetapi ia juga merupakan permulaan penghasilan susu, pembinaan rutin penyusuan dan penghisapan.
Disinilah isyarat atau ransangan pertama pada payudara dan ia akan dihantar ke otak untuk melepaskan dua jenis hormon iaitu hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin merangsang payudara untuk menghasilkan susuibu.
Oksitosin merangsang pengaliran susu.
Untuk menghasilkan lebih susu, lebih banyak hormon penyusuan diperlukan. Dengan menyusu anak anda dengan lebih kerap, lebih hormon penyusuan akan dihasilkan.

  
“Tolong! Aliran susu saya semakin berkurangan!”

Seperti dikatakan tadi, hormon penyusuan dihasilkan lebih banyak jika kita menyusukan anak dengan lebih kerap. Maka, untuk menjamin aliran susu anda sentiasa mencukupi, anda perlulah menyusukan anak anda secara kerap dan betul.

Mula dengan menyusukan anak anda setiap dua jam sebaik sahaja anda dihantar ke wad selepas bersalin. Maklumkan kepada doktor yang anda mahu menyusukan anak anda dan jangan biarkan mereka memberi susu formula.

Setelah anda mula bekerja semula, anda dinasihatkan untuk menyambung amalan menyusukan anak anda. Perah susu anda di tempat kerja. Pemberian makanan tambahan seperti susu formula, air atau makanan dan minuman pada 6 bulan pertama kehidupan dan penggunaan puting akan mengurangkan penghisapan susu oleh anak anda. Ini sudah tentu akan mengganggu penghasilan susu anda.


“Bagaimana nak tahu jika saya menghasilkan susu ibu yang cukup?”

Anak anda mendapat susu yang cukup jika dia berasa berpuas hati selama kira-kira satu jam selepas penyusuan. Selain itu, berat badan anak anda juga akan meningkat sebanyak 20 gram sehari selepas minggu pertama hidupnya jika diberikan susu ibu yang secukupnya. Satu lagi cara untuk mengetahui jika anda menghasilkan susu yang cukup untuk anak anda adalah dengan memeriksa sisa buangannya. Anak anda akan membuang air kecil sebanyak 5 atau 6 kali sehari dan membuang air besar kira-kira 3 hingga 8 kali sehari pada bulan pertama hidupnya.

Sumber: 
Masalah Penyusuan
Beberapa langkah mudah untuk meningkatkan bekalan susu ibu.
Oleh Dr Koe Swee Lee, Pakar Pediatrik & Laktasi.
 

Sekian sahaja untuk hari ini ya. Jika nak tahu lebih info atau nak beli SUPPLEMEN PENYUSUAN shaklee pm saya...


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease




Sunday 14 July 2013

PENTINGNYA KALSIUM UNTUK KESIHATAN WANITA

Wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki......

Kalsium adalah sejenis mineral yang sangat penting bagi tubuh badan manusia. Fungsi utama kalsium, yang sudah tentu diketahui oleh semua, adalah membina dan megekalkan kesihatan tulang . Namun selain dari ini, kalsium juga digunakan oleh tubuh badan dan pengawalan otot, fungsi saraf, mengawal keasidan dalam darah dan macam-macam lagi.
Namun kenapakah sering dikatakan wanita memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki? Ini adalah beberapa alasannya:-

1. Melawan Osteoporosis

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang sering dialami perempuan terutama apabila usia telah lanjut. Salah satu penyebabnya osteoporosis adalah kekurangan kalsium. Selepas umur 40 tahun, kepadatan tulang menurun dengan cepat dan ini mempengaruhi struktur tulang. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

2. Memperbaiki masalah haid
Kajian telah menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium secara serentak boleh membantu dalam meringankan sakit semasa haid. Kalsium membantu dengan me 'relax' kan otot apabila ketengangan otot berlaku yang disebabkan oleh sakit haid.

3. Semasa Kehamilan
Semasa seseorang wanita hamil, keperluan nutrisi bertambah untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium untuk perkembangan jantung sehat dan degupan jantung yang teratur.


4. Semasa Menyusukan Anak
Antara kandungan susuibu adalah mineral kalsium. Ia amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang, kuku dan gigi bayi menyusu. Amat penting bagi siibu mendapatkan kalsium yang cukup semasa beliau menyusukan anak. Kalsium mungkin diserap dari tubuh siibu untuk disalurkan ke susuibu, maka perlu menggantikan kalsium yang hilang ini.

5. Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin. Ia berkesan memastilkan keseimbangan pH dalam tubuh.

6. Meringankan Stres
Kalsium membantu dalam mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, sistem saraf termasuklah penenang sraf. Ini menggalakan keselesaan tidur, stres, membaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Itulah antara kenapa wanita memerlukan lebih banyak kalsium berbanding lelaki. Sumber makanan kalsium amatlah banyak.. Namun jika anda kurang minum susu, jarang makan sayur, tidak suka yogurt dan cheese..cuba pengambilan supplemen.. Lebih mudah...

Namun pastikan anda memilih supplemen kalsium yang premium?? Iaitu :

* Pilih produk kalsium yang mengandungi vitamin D dan magnesium

Pilihlah OSTEMATRIX dari Shaklee... Kerana:-

** 1 bj Ostematrix bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium. Mengandungi mineral magnesium, vitamin D, Zinc, Boron, Manganes dan kuprum.. Semua ini saling diperlukan untuk membina dan mengikat struktur tulang.
Selain dari itu banyak lagi manfaatnya seperti memelihara metabolisma kerangka dan otot, menyusun enzim yang membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis. Membantu masalah sembeli dan macam-macam lagi....


kalsium untuk wanita


Sekian sahaja untuk hari ini ya. Jika nak tahu lebih info atau nak beli supplemen shaklee pm saya...


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Tuesday 9 July 2013

TIPS PENYUSUAN SUSUIBU DI BULAN PUASA

TAKUTNYA SUSUIBU BERKURANG DI BULAN PUASA.....


Memang ini adalah antara cabaran seorang ibu menyusukan anak, khasnya yang beragama Islam yang perlu menjalani bulan Ramadan. Biarpun ramai yang takut akan keadaan ini, namun ramai juga kenalan saya yang telah menjalani puasa mendapati susuibu mereka tidak berkurang sepanjang bulan Ramadan.

Saya ingin share beberapa tips-tips yang boleh diamalkan semasa bulan puasa ni.. Semua ni saya dapat dari pembacaan dari laman web dan sharing dari kawan-kawan.



Tips #1
Jangan Skip Sahur. Seperti kita ketahui, bersahur membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan untuk menjalani puasa di siang hari. Bersahur menghalang simptom kelaparan, pening, kurang selesa dan membantu penghasilan susuibu terus berjalan lancar.

Tips #2
Fokus pada quality makanan. Anda perlu mendapatkan nutrien yang penting. Pastikan karbohidrat adalah cukup. Terutamanya yang kaya dengan fiber seperti Brown rice, whole grain. Makanan ini membantu membekalkan tenaga juga kaya dengan vitamin B dan fiber.

Tips #3
Minum air secukupnya. Air sememangnya penting untuk melancarkan fungsi tubuh badan. Bagi yang mengamalkan supplement, cuba penuhi keperluan air yang disarankankan di waktu malam ya. Cuba elakkan minuman bergas dan berkaffein kerana ini akan menyebabkan penyerapan nutrien terjejas.

Tips #4
Makan banyak sayuran dan buah-buahan. Seperti kita ketahui, sayuran dan buah-buahan adalah kaya dengan vitamin, mineral, fiber yang membantu ketahanan tubuh badan dalam menentang penyakit. Ingat jika kita sakit, penghasilan susuibu mungkin kurang lancar.

Tips #5
Buat Sesi mengepam seperti hari biasa di tempat anda bekerja. Jangan skip ya.. Jika skip sesi mengepam, ia akan mengurangkan penghasilan susuibu.

Tips #6
Tambahkan sesi Direct feed atau sesi mengepam pada waktu malam. Ambil peluang untuk mengepam pada masa tidak berpuasa iaitu di waktu malam.
Pam sebelum tidur dan sebelum bersahur. Jika baby anda menyusu secara lansung dari anda, pam di sebelah breast semasa baby menyusu.
Tips exclusif: Minum air sebelum mula mengepam atau menyusukan anak.

Tips #7
Relax semasa mengepam atau menyusukan anak. Jangan terlalu stress bila mengepam. Cuba fikir tentang baby, cium baju baby, dengar suara baby melalui telefon dan lain-lain lagi.. Ini semua meransang penghasilan hormon menyusu.

Tips #8
Makan milk booster  dan/atau supplement. Ini adalah optional. Bergantung pada induvidu. Namun bagi saya, amat penting kerana ia membantu memenuhi lopong-lopong nutrisi yang tidak dapat dipenuhi. Dan membantu meningkatkan kesihatan siibu..

(sumber: momslittleones, baby center, dan lain-lain bahan bacaan penyusuan)

Itulah  beberapa tips yang mampu saya kongsikan disini. 

Jika anda berminat dengan supplement, selain set penyusuan 3M yang sangat popular tu... tiga ni sangat2 sesuai diambil semasa bersahur dan berbuka...




SET TRIPLE GEM



Meal shake - Membekalkan Vitamin harian dan membuat rasa kenyang

ESP - Energizing Soy Protein, Memberi tenaga dan membuat rasa kenyang

Performance drink - membantu mengekalkan bendalir dalam tubuh badan agar tidak mengalami dehidrasi








So, sekian sahaja untuk hari ini ya. Jika nak tahu lebih info pm sahaja...


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease