Thursday, 18 July 2013

ADAKAH HAID ANDA NORMAL?

Mari ketahui lebih lanjut mengenai tempoh, aliran dan kekejangan yang mengiringi haid bulanan anda.

Ketahui juga bila haid boleh menjadi petunjuk kepada sesuatu yang tidak betul.





Haid adalah satu proses normal dan sihat bagi seorang wanita apabila menjangkau usia awal remaja sehingga menopaus. Proses kitaran haid bulanan melibatkan pembentukan lapisan baru pada uterus yang dipanggil 'endometrium'. Ini adalah persediaan kepada kemungkinan telur disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku maka telur akan disimbah keluar, bersama dengan lapisan endometrium, dan ini memulakan haid pendarahan, atau dikenali sebagai period.


KAITAN HORMON DAN HAID?

Kitaran haid berlaku di bawah kawalan beberapa hormon yang dikeluarkan di bahagian-bahagian tertentu dalam badan:
  • Hormon yang melepaskan gonadotrofin (dikeluarkan dari dalam hipotalamus, yang berada di dalam otak).
  • Hormon yang merangsang folikel (dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari, yang juga berada di dalam otak).
  • Hormon "luteinising" yang mengeluarkan korpora lutea (ianya pula dikeluarkan dari dalam kelenjar pituitari).
  • Oestrogen(yang dikeluarkan dari dalam ovari.
  • Progesteron (juga dihasilkan dalam ovari).

TEMPOH JANGKA MASA HAID

Jarak diantara haid bulanan selalunya dari 21 hingga 35 hari - walaupun remaja dan wanita dalam usia 40an mungkin mempunyai kitaran yang tidak teratur, lebih 45 hari.
Jika anda menghampiri menopaus, anda boleh menjangkakan bahawa masa antara haid anda mungkin mendapat lebih panjang, dan akhirnya haid berhenti.

 Jika anda tidak menghampiri menopaus dan jarak antara haid anda tidak teratur ia mungkin disebabkan oleh  tekanan, penurunan atau penaikan berat yang dramatik secara tiba-tiba.
 Semua ini boleh menjejaskan tahap hormon badan anda dan boleh menyebabkan perubahan dalam tempoh kitaran haid anda. Ubat-ubatan seperti antidepresi juga boleh menjadi punca perubahan kitaran haid.

 Haid selalunya berlansung selama 3-5 hari: Jika didapati haid masih berlaku selepas 7 hari, ia dianggap pendarahan berpanjangan.


ALIRAN HAID

Aliran umumnya lebih banyak/berat semasa permulaan period dan beransur-ansur menjadi ringan. Adalah perkara biasa untuk melihat darah beku kecil yang keluar masa haid. Ini mungkin disebabkan oleh cebisan kecil endometrium.

Jika pembekuan ini lebih besar daripada 25mm diameter, ini MUNGKIN tanda-tanda pendarahan tidak normal.

Begitu juga Jika anda perlu menukar tuala wanita anda atau tampon lebih daripada 5 kali sehari atau terasa pad penuh setiap jam. Ini adalahlah tanda pendarahan yang berlebihan dan dikategorikan sebagai tidak normal. Ini boleh berlaku pada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, satu keadaan yang mungkin menunjukkan ketidakstabilan hormon.

Antara penyebab pendarahan yang luar biasa adalah fibroid - sejenis ketumbuhan di dalam Rahim. Namun perlulah disahkan oleh doktor ya...

Aliran haid yang sedikit atau ringan juga adalah perkara biasa bagi wanita yang mengambil pil perancang.


BAGAIMANA JIKA PERIOD TAK DATANG?

Jika haid anda tidak datang, perkara yang pertama yang harus dibuat sudah tentulah melakukan ujian untuk mengetahui jika anda hamil.
Jika anda tidak hamil, mungkin ini berlaku kerana anda tidak ovulate pada bulan tersebut (telur tidak dihasilkan). Bagi kebanyakan wanita, keadaan ini adalah normal. Sesetengah wanita mempunyai sistem endokrin maklum balas lebih sensitif supaya perubahan dalam tekanan, berat badan, dan faktor-faktor lain menyebabkan perubahan dalam kitaran haid mereka.


SENGGUGUT 

Kebanyakan wanita mengalami kekejangan dan perut kembung semasa haid. Kekejangan terhasil daripada bahan-bahan kimia yang dipanggil prostaglandins, yang dikeluarkan di luar rahim dan menyebabkan kontraksi untuk melepaskan lapisan rahim.

Jika anda mengalami kekejangan yang sangat teruk dan teramat sakit, ia boleh menjadi tanda-tanda sesuatu yang lebih serius, seperti endometriosis. Endometriosis adalah keadaan dimana terdapat tisu rahim yang tumbuh di luar rahim. 

Setiap wanita mempunyai perbezaan yang halus dalam kitaran haid mereka bergantung pada umur, berat, dan faktor-faktor penting yang lain. Kunci utama adalah untuk mengenal pasti apa yang normal pada tubuh badan anda sendiri. Jika sebarang perubahan berlaku, maka itu menjadi isyarat pada masalah yang lebih serius.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya anda membaca entry ini disebabkan anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, maka saya sangat-sangat mencadangkan pengambilan GLA COMPLEX dari Shaklee..
Telah banyak testimoni yang dikongsikan oleh mereka yang mengamalkannya.. Ada yang tak sampai sebotol pun, period dah datang... Saya share sikit testimoni ya...


PROMOSI GLA COMPLEX BERLANSUNG SEPANJANG BULAN JULAI 2013... grab it now..
 
Jika nak tahu lebih info atau nak beli supplemen Shaklee, PM me ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 

* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment