Monday 21 May 2012

BABY 5 BULAN MAKAN 'SOLID', TERPAKSA ADMIT KERANA 'INTUSSUSEPTION'

Memandangkan sekarang ni isu bagi baby makan sebelum 6 bulan sangat HOT, jadi saya ingin kongsikan satu cerita pasal perkara ni...

Kemarin saya ada membaca satu entry dari blog seorang ibu dari Sabah (Ibu Nadia) berkenaan dengan anaknya yang telah mula makan solid pada usia 5 bulan. Anaknya nampak ok dengan pengambilan solid food ni.. Nampak kenyang dan happy. Tetapi 2 minggu selepas tu ini yang berlaku...... Penulisan dibawa adalah dari blog si ibu sendiri..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Intussuseption - penyebab Irfan kena admit

Hari sabtu lepas, Irfan kena admit di Hospital Likas...  Diagnosa : Intussuseption.

Bahasa kampung : usus besar makan usus kecil...


Malam hari Jumaat tu, Irfan menyusu macam tidak pandai kenyang.. Lepas tu, simptom yang dialami :-

* Bangun seawal 5am, merengek-rengek dan nangis-nangis macam ada yang dia tidak selesa..
Pastu saya bangun and angkat dia, start muntah-muntah pula..

* Tidak berenti muntah sampai 8.30am.. dari 5am sampai 8.30am, 2x buang air besar.. Muka sudah pucat and badan sudah semakin lemah...

* Tidak mau minum susu lansung! bayangkan dari 5am sampai 9am??

Bersiap-siap, sampai bahagian kecemasan Hospital Likas dalam 9.20am, 10am jumpa doktor...
Bila? doktor tanya, air besar dia, ada darah x? memang tiada pula pagi tu... Doktor suruh bagi susu, then Irfan menyusu... banyak juga dia minum, tapi lepas tu muntah balik.. Masuk bilik doktor, doktor cucuk tempat buang air besar tu.. memang keluar darah dan darah beku sikit-sikit...

Pastu rujuk bahagian pakar sakit pediatrik.. Kena admit.. Penyakit ni ada 2 kaedah rawatan... pertama, 'pam air'.. 3kali pam, kalau tidak berjaya terpaksa menggunakan kaedah yang kedua, PEMBEDAHAN.. ngeriii~~~

Untuk lebih lanjut mengenai Intussuseption, klik SINI
Penyakit ini biasanya dialami oleh bayi berusia 3 bulan sehingga 2 tahun...

Ni adalah wajah-wajah baby Irfan masa kena admit hari tu... =( sooodihhh mak, nak..

(Maaf ya, saya tidak postkan gambar untuk menjaga privacy tuan punya blog)

Syukur Ya Allah, tidak sekritikal mana... (Baby Ifran telah melalui rawatan 'pam air')

doktor cakap, ini berpunca daripada kuman.. bila dah ada kuman, akan meransang kembung perut.. bila dah kembung perut, akan meransang usus untuk bekerja.. bila tiada benda yang mau diproses dalam usus tu, usus besar tu buat lah usus kecil macam makanan dia.. ini lah terjadinya intussuseption..

lagi 1 sebab, selagi baby belum berumur 6 bulan, JANGAN SEKALI-KALI bagi dia makan... haaa, kang jadi macam ni pulak... lepas 6 bulan, baru bagi makan... Pengajaran untuk saya sendiri, so anak yang lepas ni, saya tidak akan bagi makan sebelum umur 6 bulan.. FYI, Irfan da start makan masa umur 5 bulan.. Silap saya.. Walaupun ada banyak lagi mommies out there yang bagi anak makan seawal 3 bulan tapi baby sihat, saya anggap ini adalah nasib saya dan yang paling penting, pengajaran yang berguna untuk saya... next time lebih berhati-hati..


Posted by Nadia Dzarief at 10:00 PG
Labels: Irfan, Kesihatan 
http://www.ilovenadeya.blogspot.com/2011/12/intussuseption-penyebab-irfan-kena.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu Intussusception?



Sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat - seolah-olah teleskop

Bukan hanya usus sahaja yang terperangkap tetapi ia membawa bersamanya salur darah dan mesentry (tisu seperti langsir yang ada salur darah).

Salur darah tersebut akan tersumbat akibat tekanan dan boleh menyebabkan sel usus bengkak dan akhirnya sel tersebut mati.

Adakalanya usus boleh bocor, kuman boleh merebak ke dalam darah dan menyebabkan kematian pesakit.

Penyebab Intussusception

Hampir 90% tidak diketahui puncanya.
Ia boleh berlaku pada umur 3 bulan sehingga 6 tahun.
Kanak-kanak lelaki lebih ramai terkena berbanding perempuan.
Ada juga sebilangan kecil dikaitkan dengan jangkitan virus atau bakteria tertentu.
Ada juga mengaitkannya dengan ketumbuhan kecil seperti polyps dan pembengkakan kelenjar pada usus.

Perawatan

Kanak-kanak akan dimasukkan ke dalam wad dan akan tidak dibenarkan makan dan minum. Air akan dimasukkan melalui salur darah.

X ray diperlukan untuk melihat sekiranya terdapat sumbatan pada usus. Seterusnya Ultrasound boleh membantu untuk membuat diagnosis.

Bagi perawatan seterusnya, barium enema boleh digunakan untuk membuat diagnosis dan dalam pada masa yang sama boleh meleraikan masalah intussusception.

Semasa barium enema dilaksanakan, sejenis cecair yang dicampurkan dengan bahan pewarna dimasukkan melalui sejenis tiub khas ke dalam punggung bayi. Kemudian x-ray khas akan mengambil gambar usus berkaitan. Dalam masa yang sama, tekanan yang dihasilkan di dalam usus akibat barium enema tadi akan meleraikan simpulan dan menyelesaikan masalah intuss.

Apapun, barium enema juga mempunyai risiko kecil untuk usus terkoyak dan sukar dilaksanakan sekiranya kanak-kanak terlalu uzur. Ada juga risiko untuk kejadian semula selepas enema.

Sekiranya barium enema gagal, maka cara terakhir ialah merawat instussusception melalui pembedahan. Doktor akan meleraikan usus tersebut secara manual, jika tidak boleh, maka usus tersebut akan dipotong dan dibuang. Usus yang nomal akan dijahit semula (end to end anastomosis).

Kesimpulan

Intussusception boleh berlaku pada kanak-kanak seawal 4 bulan. Oleh itu sekiranya anak anda menghidap sakit perut yang teramat dan tidak berhenti dengan pujukan, beserta dengan muntah dan berak berdarah, intussusception mungkin penyebabnya.

Sumber: http://drazwan.blogspot.com/2009/03/intussusception.html
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah serba sedikit pasal Intussusception.. Biar pengalaman ibu Nadia menjadi pedoman bagi kita.. Dan semoga entry ini sedikit sebanyak memberi info....


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


5 comments:

  1. takut ngan ngeri betul la...

    ReplyDelete
  2. ank saya mkn seminggu selepas lahir...dia mkn tepung beras yg dah jadi mcm gam,campur dgn susu ibu.....alhamdullilah ank sihat sampai skrg.cuma jgn sekali2 bagi mkn nasi yang dah dileyek @ di belender....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lily wisya...tepung beras ke nasi ke sama je... tak boleh bagi sebelum umur 6 bulan...

      Delete
  3. Adoi ai.. Risau la... Anak sy stat umur 2 bulan 2minggu da bagi makan tepung beras cmpur gula sikit... Tp mula2 berak mcm biasa.. Cair je... Dia hanya makan tepung beras n 100% bf...

    Bila umur dia masuk 3bulan.. Saya test bagi nestum beras merah tu....sy buat sgt la cair macm kita minum nestum 3in1 tu... Pastu berak dia keras... Merah2 muka dia.. Kesian... Jd saya stop nestum tu.. Sy bagi tepung beras semula... Tp yg merisaukan saya.... Sejak dia berak keras tu... Smpi skg dia xberak2 lagi... Selepas sy bagi dia tepung beras... Dah masuk 3ari xbab....

    Mcm mana ek... Risau la... Tp dia xtunjuk plk yg dia sakit perut ke apa.. Cume tgk dia tido terganggu.. Asyik lapar je.. Yela... Sy xbagi makan.. Takut melarat kan... Si just BF je skg ni...

    Ada x momies di luar sana.. Bagi bby tepung beras.. Tp xbab... Ada masalah ke?

    ReplyDelete