Wednesday, 16 May 2012

IBU MENYUSU: SIAPA PERLU MAKAN VITAMIN

Setiap orang tidak sama. Setiap orang mempunyai masalah masing-masing. Oleh sebab ini, siapa yang perlu makan vitamin sebenarnya ditentukan oleh diri masing-masing. Mungkin bagi kita pengambilan vitamin ni tidak penting, namun ada berpendapat tidak salah untuk mendapat lebih nutrisi harian sekadar untuk memastikan kesihatan terjamin.

Sememangnya tidak semua orang perlu memakan vitamin. Kalau anda adalah seorang yang mempunyai pemakanan harian yang lengkap, selalu bersenam, bebas dari stress, mendapat rehat yang cukup, tiada penyakit yang perlu dirawat.... Maka tidak perlulah memakan vitamin. Namun ada doktor yang berpendapat, 'It is better to have a little bit extra, just to ensure you get everything needed'. Seperti pelajar yang cemerlang di sekolah, mengapa ibu bapa mereka masih perlu mencari tuition diluar? Ini hanya untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam momentum pembelajaran yang betul dan sentiasa cemerlang. Tak salah kalau ada duit :)

Ramai ibu berpendapat mereka tidak perlu memakan vitamin kerana pemakanan mereka seimbang dan sudah memadai. Namun ada sesetengah kes, saya rasa si ibu perlu pertimbangkan semula keperluan vitamin mengikut keadaannya ; antara situasi yang perlu pertimbangan : (Credit to Norita untuk poin dibawa)

1. Si ibu yang makan tidak teratur dan tidak seimbang. Nutrisi dalam susuibu dipengaruhi oleh apa yang si ibu makan. Jika si ibu makan dengan tidak teratur ditambah tidak seimbang, bayi hanya akan mendapat zat yang sedia ada dalam badan ibu. Jika si ibu kekurangan zat besi ini boleh menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan bayi.

2. Perkembangan dan berat bayi pada 6 bulan pertama tidak memberansangkan. Ini biasanya dipengaruhi oleh sumber vitamin dari badan ibu sendiri. Ada kebarangkalian ibu kekurangan zat besi, protien dan kalsium.

3. Hasil perahan sedikit walaupun si ibu minum 2-3 liter dan pam yang konsisten setiap 2-3 jam. Satu sesi perahan seharusnya dilakukan dalam 10-20 minit tetapi tidak lebih dari itu kerana ia boleh menyebabkan si ibu tertekan dan puting susu melecet.

4. Si ibu adalah seorang yang bekerjaya dan mempunyai banyak tekanan di tempat kerja. Tekanan ini jika tidak di atasi akan menyebabkan si ibu mengalami kemerunduman susu kerana penghasilan susu yang lancar adalah ketika hormon oksitosin dirembeskan dengan banyak.

5. Si ibu sering keletihan dan mengalami masalah  sakit pinggang, sakit kaki malah sering sakit kepala. Keletihan yang melampau boleh menjejaskan penghasilan susu kerana ia akan mempengaruhi mood si ibu.

6. Si ibu kelihatan sangat tua dan tidak setara dengan umur. Ada yang kelihatan sangat kusam dan kedutan pada wajah. Ini kerana  zat dalam badan telah digunakan untuk disalurkan kepada bayi melalui susuibu, malangnya ia tidak diganti dengan baik.

7. Anak yang disusukan sering sakit. Memang benar susuibu kaya dengan antibodi namun jika anak mudah sakit dan ianya berlarutan, sesuatu harus dilakukan dan pergantungan pada ubat bukan penyelesaian terbaik. Si ibu perlu juga berusaha memastikan susunya kaya dengan nutrisi agar anak mendapat antibodi yang lebih baik untuk sistem imunisasinya.

8. Si ibu sering sakit. Apabila si ibu dalam keadaan tidak sihat, maka perlu lebih banyak vitamin (contohnya vitamin C)  untuk merawat dan menghasilkan susuibu. Adakala kesakitan yang dirasai oleh si ibu mempengaruhi perasaannya dan ini boleh menjejaskan penghasilan hormon oksitosin dan apabila ini berlaku, susuibu mempunyai risiko untuk menurun penghasilannya.

9. Si ibu di dapati mengandung dan ingin meneruskan penyusuan buat si manja. Apabila si ibu di dapati mengandung ,doktor akan memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan baik maka barulah disarankan si ibu itu meneruskan penyusuan bagi anak yang sedang dan masih menyusu. Walaubagaimanapun kebiasaannya doktor akan menyarankan pengambilan supplement di utamakan kerana badan ibu perlu 'supply' makanan[ vitamin] kepada dua anaknya, di dalam kandungan dan anak yang sedang disusukan.

10. Ibu yang mempunyai masalah jiwa tertekan, emosi yang sering tidak stabil dan mudah marah....hakikatnya apabila keadaan ini tidak di atasi, maka penghasilan susu akan merosot secara perlahan-lahan. Ini kerana emosi yang terganggu pastinya menjejaskan penghasilan hormon oksitosin. Hormon oksitosin adalah sangat perlu dalam penghasilan susuibu yang lebih lancar terutama apabila hormon prolatin adalah tinggi. Ibu yang ada masalah ini perlukan cukup b complex dan kalsium.

Nak baca testimoni... Hmmm tak payah pegi jauhlah, baca testimoni saya ni.. KLIK DISINI


Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment