Monday 29 April 2013

BEBAS DARI JANGKITAN PUNDI KENCING (URINARY INFECTION / SISTITIS) DENGAN GARLIC SHAKLEE

Hari ni saya nak share pasal Jangkitan Pundi Kencing (Urinary Infection). Cerita ni bermula dengan seorang kawan, tiba-tiba nak beli supplement Shaklee Garlic (Bawang putih).. Pada masa tu tidak pula dia terangkan kenapa dia nak.. katanya nak tingkatkan imun sistem.. So, beliau pun beli sebotol...

Lepas habis sebotol tu barulah beliau terbuka nak share cerita sebenar.. Katanya Beliau mengalami masalah Jangkitan Pundi Kencing dan telah pun berjumpa doktor. Doktor pun bagi ubat untuk dimasukkan ke dalam bahagian sulit. Namun, tiada perubahan. Beliau google dalam internet dan banyak mengatakan Garlic adalah pengubat yang terbaik. Dan yang bestnya, beberapa yang rekomen Garlic supplement dari Shaklee... Sebab tu dia cuba...

Sejak pengambilan Garlic tu, sehingga sekarang beliau rasa ok.. simptom pun dah hilang.. Ini kata2 beliau...



Bawang Putih ni sebenarnya telah lama digunakan secara tradional dalam pemeliharaan kesihatan.
Di Shaklee, supplement ini dibuat dari bawang putih bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik.
Penghasilannya adalah secara eksklusif pada suhu bilik untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Allicin nilah yang penting dalam meningkatkan kesihatan.


Manfaat utama Garlic Supplement:


  • Antibiotik Semulajadi yang selamat
  • Meningkatkan imun sistem
  • Membantu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Menghalang alergi
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman
  • Memoderatkan tekanan darah tinggi
  • Membantu detox dalam darah
  • Membantu menurunkan kolesterol
  • Membantu mencegah kanser
  • dan lain-lain lagi


APA ITU JANGKITAN PUNDI KENCING?      KLIK DISINI


Sekian untuk hari ni.. Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN




**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease





JANGKITAN PUNDI KENCING


Untuk memahami permasalahan ini, kita perlu memahami anatomi saluran kencing wanita itu sendiri.

Ia terdiri daripada dua buah pinggang yang mengeluarkan air kencing, dua tiub yang dipanggil ureter yang mengalirkan air kencing ke pundi kencing, pundi kencing di mana air kencing disimpan dan salur keluar yang dipanggil uretra, di mana air kencing dikeluarkan dari simpanan pundi kencing.

“Sistem saluran kencing terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian atas (buah pinggang dan ureter) dan bahagian bawah (pundi kencing dan uretra).

“Infeksi pada bahagian bawah jarang serius tetapi boleh mendatangkan kerumitan,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, kebanyakan infeksi bermula dari bahagian bawah di mana kuman memasuki uretra dan terus ke pundi kencing. Infeksi pundi kencing dinamakan sistitis.

“Kadangkala uretra juga boleh dijangkiti, ini dinamakan uretritis. Kuman akan terus mara ke buah pinggang dan infeksi pada organ ini dinamakan pielonefritis.

“Infeksi pada bahagian atas akan memberikan rungutan yang serius. Wanita senang dijangkiti disebabkan oleh uretra mereka yang pendek sekali gus membolehkan kuman mara ke buah pinggang dengan senang dan cepat,’’ katanya.


PUNCA/PENYEBAB

Dr. Shah Reza menjelaskan, sebab-sebab yang biasa adalah seperti infeksi kuman dari faraj dan dubur, ditularkan melalui hubungan kelamin atau mungkin juga disebabkan oleh kelainan sistem saluran kencing.

- Kuman bakteria: Bakteria dari usus juga tinggal di bahagian kulit berhampiran dubur serta di dalam faraj. Bakteria ini boleh mara ke sistem saluran kencing dan menyebabkan infeksi pada mana-mana bahagian.

- Melakukan hubungan seks: Bentuk anatomi wanita memudahkan infeksi saluran kencing selepas hubungan kelamin, disebabkan pembukaan uretra berada di depan faraj.
Semasa hubungan kelamin, bakteria ini memasuki sistem kerana urutan alat sulit suami mahupun jari.
Mereka yang kerap kali menukar pasangan serta melakukan persetubuhan yang sangat kerap juga terdedah pada infeksi.
Penggunaan ubat spermasidal (pembunuh sperma) dan diafram juga berpotensi sebagai penyebab infeksi.

- Sistem saluran kencing tidak normal: Berlaku apabila aliran kencing tidak sepenuhnya sehala. Ada yang mengalir semula ke bahagian atas, menyebabkan pembuangan air kencing dari pundi menjadi tidak sepenuhnya.


Sebab-sebab yang berkemungkinan adalah seperti:

1. Berlakunya halangan seperti batu karang pada buah pinggang, ureter dan pundi kencing.

2. Penyempitan saluran kencing, mungkin kerana infeksi lampau.

3. Divertikula: Pundi kencing yang abnormal mempunyai poket-

poket kecil yang mengandungi air kencing yang tidak dapat dilepaskan.

4. Mungkin juga kerana masalah otot-otot pinggul serta saraf.

- Sebab-sebab lain termasuklah mengandung, mempunyai sejarah infeksi lampau semasa kanak-kanak, penyakit kencing manis dan juga kerana putus haid (menopaus).

Bagi kanak-kanak perempuan, infeksi mungkin kerana ureter mereka yang pendek, jadi air kencing senang kembali ke bahagian atas. Seiring pertambahan usia, ureter akan menjadi panjang dan masalah ini mungkin tidak ada lagi.

Sekiranya seseorang wanita itu mengandung, maklumkan kepada doktor mengenainya kerana infeksi saluran kencing boleh memudaratkan kandungan.


Rungutan

Rungutan boleh datang dengan tiba-tiba. Anda mungkin rasa ingin kencing yang tidak boleh ditahan-tahan lagi.

“Kadangkala apabila kencing, rasa sakit seperti rasa terbakar di hujung tempat air kencing keluar. Kekerapan ke bilik air tidak boleh ditahan-tahan. “Mungkin juga anda akan berasa satu ketidakselesaan di bahagian bawah abdomen, di belakang dan di sisi kedua-dua belah badan,’’ ujar Dr. Shah Reza.

Air kencing mungkin ada kelainan seperti:

- Bau yang sangat kuat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

- Berkeladak

- Mungkin juga bercampur dengan darah.

Kehadiran darah di dalam air kencing mungkin juga berpunca daripada sebab-sebab lain. Maklumkan kepada doktor mengenai perkara ini bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan.

Sekiranya kehadiran bakteria menjadi serius, puan akan mengalami keadaan seperti:

- Sakit di bahagian belakang serta sisi badan

- Terketar-ketar

- Demam

- Rasa mual dan nak muntah

- Muntah.

“Harus diingat bahawa infeksi buah pinggang adalah serius, jadi jangan abaikannya.

“Infeksi pada bahagian faraj dan juga luaran alat sulit wanita iaitu vulva turut memberikan rungutan dan gejala-gejala hampir sama.’’

Anda boleh berjumpa doktor pakar sakit puan untuk membezakan di antara keduanya.


Diagnosis infeksi

Dr. Shah Reza memberitahu: “Analisis air kencing akan dilakukan. Air kencing yang normal tidak mempunyai sel darah putih ataupun sel darah merah. Kuman juga sepatutnya tidak ada. Kehadirannya menunjukkan adanya infeksi.

“Ujian sensitiviti mikrobiologi diperlukan untuk mengenal pasti kuman terlibat supaya ubat antibiotik yang digunakan dapat merawat pesakit dengan tepat,’’ katanya.

Tambah beliau, sekiranya rungutan dan gejala tidak hilang dan infeksi masih berlaku, doktor mungkin mencadangkan beberapa penyiasatan lanjut bagi mengelakkan sebab-sebab yang lebih serius. Antaranya:

- Pielogram intravena: Sejenis pewarna radiologi dimasukkan ke dalam pembuluh darah vena yang kemudiannya dikumuhkan melalui sistem saluran kencing. Doktor pakar radiologi akan meneliti pengimejan organ-organ sistem saluran kencing.

- Pemeriksaan ultrasound: Penggunaan gelombang bunyi untuk melihat sistem saluran air kencing.

- Tomografi berkomputer (CT): Sinaran X yang kecil dan tirus dipancarkan ke badan secara bergilir-gilir untuk membentuk imej-imej sistem saluran kencing.

- Sistouretrografi: Sejenis pewarna dimasukkan ke pundi kencing dan pengimejan dilakukan ketika membuang air kecil.


Pencegahan
- Selepas membuang air besar ataupun air kecil dan selepas dibersihkan dengan air, lapkan kawasan tersebut dari depan ke belakang untuk mengelakkan kontaminasi/pencemaran kuman dari sistem usus

- Bersihkan selalu dengan air di kedua-dua bahagian buang air besar dan juga kawasan faraj serta luaran alat sulit

- Elakkan dari mencuci di bahagian dalaman faraj dengan meletakkan sebarang pencuci, elakkan penggunaan bedak di kawasan tersebut. Semburan deodoran juga tidak digalakkan.

- Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.

- Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.

- Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.

- Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

Sekiranya doktor merawat anda dengan antibiotik, pastikan ubat tersebut dimakan dengan betul. Anda juga harus tahu jenis dan nama ubat yang diberikan untuk rawatan.



Sumber: Utusan Online

Thursday 25 April 2013

APA ITU OVARIAN CYST (SISTA OVARI)

Hello semua...
Nak sangat tulis pasal masalah Ovarian Cyst (atau dalam Bahasa Malaysia Sista Ovari) ni.. Tiba tiba sahaja beberapa orang bertanya pasal cyst.. Bukan setakat yang berumur empat puluhan, dua puluhan pun ada yang mempunyai masalah ini....


Apa sebenarnya Ovarian Cyst??

Ketumbuhan di dalam ovari adalah masalah yang sering berlaku kepada kebanyakan wanita.
Setiap bulan, wanita yang sihat akan melalui kitaran menstruasi dan telur dikeluarkan daripada ovari untuk proses yang dinamakan ovulasi.
Jika anda mula berdepan dengan haid yang tidak teratur atau teramat sakit ketika datang haid atau tanda-tanda seperti bengkak dalam abdomen, berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah Ovarian Cysts.
Ovarian Cyst merujuk kepada kantung cecair dalam ovari dan biasanya bersifat benigna iaitu tumor yang tidak berbahaya.


Jenis sista ovari

Sista ovari air
Endometriosis (sista ovari darah)
Sista teratoma

Hari ni saya hanya sentuh pasal Sista Ovari air... Yang dua tu di entry akan datang ya...



Ovarian Cyst sebenarnya bukan bersifat penyakit. Bagi wanita yang normal, setiap kali kitaran haid, organ ovari akan mengelembung, dipanggil Ovarian Follikel. Dalam Ovari ni terdapat ovum. Ovum adalah benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan Ovarian Follikel akan mengecut.. Namun ada setengah akan terus membesar melebihi 2cm. Inilah yang dipanggil Ovarian Cyst.

Terdapat juga Follikel yang tidak menghasilkan ovum tetapi terus membesar. Ini juga penyebab terjadinya cyst.


Sekiranya cyst ni semakin membesar melebihi lima sentimeter, ada kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk. Bukan semua cyst perlu dibedah. Namun, pembedahan perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih lima sentimeter dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrasound.
Pembedahan juga mungkin dibuat untuk membuat biopsy untuk memeriksa samaada cyst tersebut adalah cyst cancer. Tetapi semua ini bergantung kepada keputusan doktor yang membuat pemeriksaan.


Selalunya pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi, jika mula berasa sakit seperti senggugut yang teruk, perlulah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.



CYST DAN SUPPLEMENT

Terdapat beberapa supplement yang sesuai dimakan jika anda mempunyai cyst...

1) VITAMIN ANTIOKSIDAN
Vitamin Antioksidan membantu memelihara sel dari kerosakan dan perubahan yang tidak normal. Ingat segala sesuatu dalam tubuh badan adalah bermula dengan sel.

2) SUPLEMENT MENSTABILKAN HORMON
Supplement yang membantu menstabilkan hormon amat penting kerana ketidakstabilan hormon membawa kepada ketidaknormal sel dalam tubuh badan.

3) MULTIVITAMIN
Multivitamin menjadi asas kepada nutrien harian kita. Ia membantu memenuhi kekurangan zat-zat yang mungkin kita sedari menjadi penyebab kepada tubuh badan tidak berfungsi dengan baik

Disini ingin saya sharekan testimoni cysts menjadi kecil dengan pengambilan supplement... Namun setiap seseorang tu lain kesannya ya... Tidaklah saya gerenti sebab supplement bukanlah ubat ya...








Sekian untuk hari ni.. Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Wednesday 24 April 2013

BENGKAK SUSU : APA NAK BUAT?

Ibu menyusu.... Pernah tak anda rasa breast anda keras, bengkak dan sakit sangat?? Sehingga kelihatan urat-urat hijau di breast anda seolah-olah nak meletup??? he he he...



Bengkak susu atau 'Engorgement' adalah masalah yang biasa dalam breastfeeding. Selalunya keadaan ini berlaku pada minggu pertama breastfeeding (baru nak mula breastfeed) dimana supply susuibu tengah nak adjust. Keadaan ini juga boleh berlaku jika anda 'termiss' bagi baby minum susu / breast tidak dikosongkan atau pada waktu malam hingga ke subuh dimana anda tidak menyusukan anak.

Biasanya bila terjadinya bengkak susu, nak pam pun susah.. Susu tak keluar. terasa seolah-olah ia tersubat atau susu menjadi keras. Hanya hisapan dari baby sahaja dapat menyelesaikan masalah ini.



Cuba amalkan beberapa petua untuk meredahkan bengkak susu.. Saya petik dari majalah PA MA...

1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

4. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

5. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya.

6. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

7. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan NASIHAT DARI DOKTOR.

Itulah beberapa petuanya ya.. Saya pun pernah mengalaminya... Baik dari minggu pertama breatfeed, semasa termisS nak bagi baby minum sebab pergi dinner, atau susu tak habis diminum oleh baby hingga jadi ketulan keras..  Namun saya dah cuba beberapa tips diatas dan hanya satu je yang mujarap.. BAGI BABY BREASTFEED....

Sekian untuk hari ni.. Berminat nak tahu pasal supplement sepanjang breastfeeding journey?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN





**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday 22 April 2013

DALAM SEMINGGU SUSUIBU MENINGKAT 50%.... dengan set 3M

Hi mummies.... Just nak share beberapa cerita ibu2 breastfeed ni.. Memang ramai diluar sana bertungkus lumus mencuba untuk meningkatkan supplu susu ibu mereka... Nak naikkan supply, terus terang saya cakap, bukanlah semudah yang disangka... terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja...

Begitu jugalah dengan ibu Hakuro.. Masalah yang dihadapi oleh ibu Hakuro adalah supply susuibunya sangat sedikit.. Bila pam tak sampai pun 2 oz... Itu pun susuibunya cair, baby cepat lapar... Namun kena juga beliau  tiada pilihan, terpaksa juga pam sebab baby tidak mahu menyusu formula... Beliau hampir putus asa....

Ibu Hakuro mengenali set 3M dari laman facebook sahaja.. Dan amazing betul, tak sampai seminggu beliau amalkan set ni, beliau mampu mengepam sebanyak 4.5 oz... lebih kurang 50% pertambahan... Ini hasil perahan ibu Hakuro...




Namun setiap ibu akan mempunyai kesan yang berlainan. Seperti contoh, jka anda telah lama tidak mengepam di siang hari, sudah pasti memerlukan masa yang lebih lama untuk meningkatkan hormon menyusu anda. mungkin seminggu tidak akan cukup... Namun apa-apa pun, jangan putus asa.. Biar sedikit susu yang diperah, bagi peluang pada tubuh badan anda... teruskan mengepam setiap 2-3 jam...

Beberapa tips umum untuk meningkatkan supply susuibu adalah:

- kena kerap mengosongkan breast baik dari cara direct feed mahupun pam
- perlu cukup makan dan minum
- amalkan power pumping
- banyakkan direct feeding apabila anda bersama dengan baby
- banyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan baby seperti contoh tidur dengan baby
- relax, cuba jangan tension terutamanya bila nak mengepam
- cuba amalkan perkara yang sama sebelum mengepam seperti contoh minum segelas air
- cuba pam pada waktu yang sama setiap hari
- berdoa sebab doa itu memberi harapan

Apa ada dalam set 3M ni? Sebenarnya set ini hanyalah terdiri dari supplement @ makanan tambahan @ vitamin sahaja... Ia sekadar memenuhi keperluan nutrisi siibu yang mungkin tidak lengkap. Membantu ibu bersa bertenaga,  cergas sepanjang breastfeeding journeynya...








Ramai yang telah mencuba set ni dan nampak kesan yang diinginkan.. Yang bestnya ia adalah dari produk Shaklee.. Produk dari bahan semulajadi, ia selamat untuk anda dan baby....

Nak Tahu lebih lanjut PM saya ya....
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN




**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease






Sunday 21 April 2013

MASALAH RAMBUT GUGUR

Sebulan lepas, relax2 sikit, saya pergi ke salun rambut untuk cuci rambut..
Terkejut juga bila Amoi yang cuci rambut tu cakap rambut saya dah banyak gugur.. terutamanya dibahagian hadapan kepala.. katanya dah jadi nips dan seolah-olah tidak normal... Dalam hati saya memang terasa takut, takut jadi botak.. bapa dan abang2 ada yang botak juga...
Mujur juga Amoi cuci rambut tu share beberapa tips pada saya...
Sebelum saya share, mari fahami konsep pertumbuhan rambut ni....


Ada 3 peringkat kitaran pertumbuhan rambut yang normal iaitu 
anagen (pertumbuhan), telogen (berehat) dan katagen (pertumbuhan semula).

Anagen -- ia menunjukkan proses rambut baru tumbuh dari dasar folikel dan fasa ini lazimnya berlangsung selama beberapa tahun untuk menghasilkan rambut yang tumbuh sepenuhnya.

Telogen -- rambut yang matang hanya terikat secara longgar pada akar rambut. Rambut ini kebiasaannya gugur selepas beberapa bulan atau ditolak keluar oleh rambut seterusnya yang tumbuh dari bahagian bawah.

Katagen -- rambut berhenti daripada tumbuh, pada masa yang sama akar rambut mengecut. Dasar folikel akan berkecai dan rambut bergerak naik di dalam folikel, menjauhi akar dan salur darah yang membekalkan rambut dengan khasiat.



Antara punca masalah keguguran rambut adalah:

a) Keadaan kulit yang tidak sihat.
Kulit sihat mungkin disebabkan oleh kelemumur, sebum, jangkitan bakteria atau mikro organisma. 



b) Faktor Hormon

Faktor hormon selalunya disebabkan oleh keturunan. Selain dari ini, mengandung, melahirkan anak, berhenti makan pil perancang atau hampir nak capai menopaus boleh menyebabkan keguguran rambut sementara.



c) Penyakit
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Ini termasuklah:

  • Masalah Thyroid
  • Alopecia areata - Sistem imun tubuh badan sendiri menyerang forlikel rambut. Menyebabkan tompokan rambut yang gugur
  • Kulit kepada diserang infeksi
  •  Penyakit kulit

d) Ubat-ubatan dan bahan kimia

e) Traction alopecia (selalu mendandan rambut dalam satu cara serta kekerapan menarik rambut)

f) Kekurangan nutrisi. Mungkin disebabkan oleh pemakanan tidak seimbang atau terlalu stress.




Treatment??


Apa yang saya mampu cadangkan hanyalah dari segi penjagaan kulit yang sihat dan dari segi pemakanan..


Amoi salun tadi telah menerangkan pada saya tentang pentingnya menjaga kebersihan kulit. Ni tips2 yang diberi...


  • Jika kulit cepat rasa berminyak, perlu basuh rambut selalu. Sebum yang terhasil boleh menyumbatkan folikel dan menyebabkan rambut gugur. Gunakan syampu yang boleh menanggalkan minyak berlebihan, kotoran tetapi tidak menanggalkan kelembapan yang diperlukan.
  • Jika terlalu berminyak, elakkan conditioner buat beberapa minggu
  • Sentiasa tukar @ basuh tuala, sarung bantal dan cadar katil
  • Sudah tentunya Amoi ini menperkenalkan tonik rambut pada saya. Tapi saya kata, saya nak cuba produk Shaklee NOURISHING SCALP TREATMENT


Dari segi pemakanan pula, banyak vitamin yang sesuai. Namun beberapa yang penting termasuklah Protin, Zink, GLA, Lecithin, Collagen Powder... He he banyak nya???
Tak pe cuba ambil Zinc complex dahulu.. Kerana zinc merupakan mineral yang membantu meransang regenerasi sel dan mengaktifkan enzim tubuh badan. Ia juga mengukuhkan shaf rambut...


Untuk pembersihan kulit kepala pula- Prosante Hair care. Terdapat produk Nourishing Scalp, Syampu, conditioner dan sray rambut.. Formula shaklee ini mengandungi 10 vitamin, meneral dan herba yang membantu membersihkan kulit disamping mengekalkan kelembapan. Ia juga memperkuatkan rambut agar kurang putus atau gugur semasa menyikat.



Ni Minimum ya...

Berbalik pada keadaan saya... Sekarang sudah nampak banyak anak-anak rambut tumbuh di hadapan kepala.. tapi saya ni makan banyak vitamin, namun untuk rambut ni saya telah tambah zinc dan collagen....

Ni saya share testimoni seorang kawan yang makan zinc complex sahaja...



Nak Tahu lebih lanjut PM saya ya....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN




**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Thursday 18 April 2013

KENAPA SAYA SELALU SAKIT?

Kenapa saya selalu sakit? Merupakan satu soalan yang saya sering tanya diri saya satu ketika dulu...
Mungkin ramai yang selalu sakit kerana imun sistem rendah atau mempunyai penyakit tersembunyi yang tidak diketahui.. namun terdapat beberapa faktor asas kenapa seseorang itu selalu sakit...



Faktor-faktor asas kenapa selalu sakit...


1) Cara pemakanan harian

'Makan sayur!'.. itulah yang sering dikatakan oleh ibu2 pada anak mereka.. Ni memang betul.. Namun bukan setakat sayuran dan buah saja yang penting ya. Diet harian yang seimbang membantu memenuhi zat-zat yang diperlukan oleh badan untuk melawan penyakit.Tubuh badan kita mempunyai sistem imun semulajadi yang akan diransangkan apabila kita diserang oleh patogen. Pemakan kitalah menjadi bahan mentah untuk penjaan sistem imun ini.


2) Kurang minum air

Ramai antara kita sebenarnya kurang minum air. Jika diingat keadaan saya semasa bekerja di ofis dulu, pagi minum milo sampailah ke tengahari barulah makan lunch dan minum air.. tu pun segelas.. Kalau dikira, sehari lebih kurang 4 -5 gelas sahaja..
Kurang minum air boleh menyebabkan keadaan tubuh badan tidak sihat. Berbagai jenis keadaan kurang air ni. Yang teruk bila dah kes kronik, ia boleh menyebabkan dari migrain teruk hinggalah ke sakit perut.
Ia juga dipercayaii dapat memulakan kesan alergy dan asma. Janganlah nak cakap pasal nafas berbau dll.
Tingkatkan pengambilan air untuk lebih sihat!


3) Stress

Bagi saya, dalam keadaan stresslah saya mempunyai kekuatan yang maksimum dalam menyiapkan kerja.. Bila rasa tertekan barulah semuanya bergerak kan???  Namun sebenarnya stress berpanjangan menjadi pembunuh dalam diam. Tekanan menyumbang kepada obesiti, keresahan, gangguan panik, masalah perut, dan banyak lagi. Orang yang mengalami tekanan kronik selalunya kurang sihat berbanding mereka yang kurang stress. Belajar untuk bertenang dan kena rehat.. Ini boleh meningkatkan kesihatan anda, mengurangkan risiko serangan virus, dan mengurangkan terjadinya penyakit kronik.


4) Alergi

Mungkin kita tidak sedar kita ni ada alergi kepada beberapa perkara. Seperti saya daluhu, memang tidak boleh tahan dengan keadaan berhabuk. Air con waktu malam pun tidak boleh, esok mesti sinus.
Cuba kenali alergi anda. Kalau dapat pemeriksaan dari doktor lagi bagus. Apabila kita sedar akan alergi kita, cubalah elakkan dari pendedahan kepadanya. Kalau alergi pada habuk, pakailah mask kalau membersihkan rumah.
Untuk kes alergi yang teruk, dapatkan bantuan dari doktor untuk menanganinya.


5) Kurang tidur

Tidur merupakan masa untuk tubuh badan berehat dan sel-sel diperbaharuii.. Masa untuk 'RECAJ'... Tanpa tidur yang cukup, kita kurang tenaga. Tanpa tenaga 'you can't live your life'.. Bahkan, kurang tidur boleh menyebabkan kemurungan, cepat marah dan macam-macam lagi. Seorang dewasa memerlukan 7-9 jam tidur sehari. Tanpa rehat yang cukup, tubuh mampu membaiki dirinya dan menentang penyerang seperti virus pada masa anda berjaga.


6) Kebersihan diri

Basuh tangan dan mandi... he he.. Gunalah sabun yang boleh membantu membasmi kuman. Gosok tangan atau badan untuk membunuh kuman. Sel kulit yang mati atau kering pada badan boleh menjadi tempat kuman/bakteria membiak, dan ini akan membuat tubuh anda menjadi lemah.

Tahukah anda, memberus gigi dapat membantu dalam beberapa masalah kesihatan jantung?


7) Kebersihan rumah

Bersihkan rumah setiap minggu untuk membasmi kuman/bakteria yang membiak. Cadar, selimut, sarung bantal amat penting untuk dibasuh untuk membunuh hama. Ini sangat penting khasnya jika ada pesakit asma atau alergi yang tinggal dalam rumah.


8) Kurang bersenam

Banyak kajian menunjukkan senaman mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kanser, stroke, darah tinggi, penyakit sekatan pulmonari (COPD) dan kencing manis. Dengan senaman, tulang , ligamen dan tendon menjadi lebih kuat dan ini akan mencegah masalah reput tulang (osteoporosis) dan reput sendi (osteoarthritis) disamping itu ia mencegah masalah terjatuh akibat lemah otot dan sendi.
Faedah kesihatan dengan senaman bukanlah khusus kepada sejenis penyakit sahaja, tetapi ia mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Bersenam juga boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan kerana stress rendah dan menurunkan berat badan. Senaman menaikkan ‘ mood ’, meningkatkan tenaga, mencantik rupa fizikal dan membuatkan seseorang merasa lebih sihat secara umumnya. Bersenam adalah amalan untuk gaya hidup sihat.

Itulah antara sebab mengapa kita sering sakit. Faktor-faktor diatas menyebabkan merupakan faktor yang asas dan sering kita abaikan...

Jika anda sering sakit dan sebabnya adalah pemakanan yang kurang lengkap.. Cuba amalkan vitamin.. Dapatkan multivitamin yang sesuai untuk anda.
Sekiranya anda rasa imun sistem anda rendah, cuba makan vitamin C atau lebih baik Nutriferon...
Carilah yang sesuai dengan anda.. Seperti saya, saya sudah dapat yang terbaik, natural, selamat, dan pasti berkesan.... Shaklee....

Jom kita berShaklee bersama!!!

 Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN




**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday 15 April 2013

KULIT SENSITIF (SENSITIVE SKIN)

Menurut myMetro, kulit sensitif berdasarkan simpton seperti gatal, kemerah-merahan, rasa panas, menyengat dan kekeringan yang membawa kepada penuaan awal semakin meningkat di Asia.

APAKAH KULIT SENSITIF?

Kulit sensitif dapat dilihat menerusi ciri-ciri fizikal seperti:
  • kulit yang lebih nipis
  • kulit terasa tegang akibat kekeringan
  • bertompok kemerah-merahan
  • menggelupas
  • mudah bertanda merah.

Biasanya kesan dari kulit sensitif adalah kelihatan seperti alahan. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah:
  • genetik
  • gaya hidup seperti tekanan
  • tabiat pemakanan
  • prosedur perubatan
  • alam sekitar seperti pencemaran dan perubahan cuaca.

Secara biologi kulit menjadi alah adalah pada lapisan epidermis atau lapisan kulit pelindung.

Kerengsaan yang terjadi ini terbahagi kepada 2.

1) Imunogen - apabila kulit diserang, sel kulit setempat mendapat amaran dan diaktifkan untuk melawan penyerang. Tindakan alahan pada kulit menyebabkan munculnya merah, sakit dan gatal.

2) Neurogenik pula dicetuskan oleh sistem imuniti tetapi ini diakibatkan oleh sistem saraf. Apabila  sistem saraf deria diaktifkan, saraf tersebut akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan ketidakselesaan dan mengakibatkan kemerahan, sakit dan gatal.

Kulit yang mudah sensitif boleh mengakiatkan kerosakan sel yang berkekalan sekiranya ia tidak dirawat dan akan mengakibatkan masalah kulit yang serius dan penuaan pramatang.
Untuk merawat dan menjaga kulit sensitif, seseorang itu perlu mengelak melakukan perkara yang boleh menyebabkan alahan seperti membersih dengan terlalu kuat, memicit kulit muka, pengelupasan berlebihan atau terdedah kepada cuaca melampau.

Wanita perlu menggantikan fungsi perlindungan kulit dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembap bagi menggantikan lipid semula jadi serta mengelak kehilangan lembapan. Selain itu, kulit harus dilindungi daripada pencemaran, sinaran matahari dan kerosakan akibat radikal bebas.
Paling penting, amalkan gaya hidup serta diet yang sihat.

Sumber: mymetro


Selain dari penjagaan kulit secara luaran, diet harian juga memainkan peranan dalam melindungi kulit. Vitamin tertentu membantu mempertahankan kulit dari berlaku kerosakan dan membaiki jika terjadinya kerosakan.
 
Vitamin yang sesuai memang telah diketahui ramai, Vitamin antioksidan A, C dan E. 

B Complex juga vitamin yang sesuai untuk kulit.. Ni saya petik dari pembacaan saya:

 These vitamins help keep skin moisturized. Keeping sensitive skin hydrated is important because dry skin is more sensitive and prone to itchiness. Vitamin B6 is particularly useful, as it helps ease sun sensitivity

Terdapat satu produk dari shaklee yang boleh membantu dalam alahan, NUTRIFERON.
Alahan yang disebabkan oleh alam sekitar seperti pencemaran, pendedahan kepada mikrob perlu dibentangi dengan sistem imun semulajadi kita. Nutriferon membantu dalam mendorong pengeluaran interferon semulajadi untuk melawan mikrob dan kesan alam sekitar. 

ok, Last but not least... Saya share testimoni ni ya.... Try la set kecantikan produk Shaklee, PM je la k..






Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Monday 8 April 2013

PARU-PARU BERLUBANG. KESAN PNEUMOTHORAX.

Paru-paru adalah salah satu organ pada sistem pernafasan yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen dari udara yang menggantikan karbon dioksida di dalam darah.
Proses ini dinamakan respirasi.  Dalam proses ini, hemoglobin dalam darah akan bertindak sebagai pengikat oksigen dan selanjutnya dialirkan ke seluruh tubuh.

Apabila terdapat lubang pada paru-paru (boleh jadi kecil atau besar) udara mungkin boleh terlepas keluar memasuki  ruang vakum antara dada dan paru-paru (ruang ini dipanggil 'pleural space'). Apabila terdapat udara pada ruang ini,  tekanan akan dikenakan pada sebahagian paru-paru dan menyebabkan proses respirasi tidak berjalan lancar. Keadaan ini dipanggil 'pneumothorax'.




Terdapat 2 jenis pneumothorax:-

1) Tension pneumothorax

Keadaan ini adalah bila mana udara berada di bawah tekanan dan menyebabkan satu atau kedua-dua belah paru-paru tidak dapat bekerja dengan betul. Ini menyebabkan sistem kardiovaskular menjadi tidak berfungsi.
Tekanan yang terhasil di dalam rongga paru-paru akan melambatkan atau menghentikan aliran darah untuk kembali ke jantung. Jantung akan kekurangan darah untuk dipam ke arteri utama, menyebabkan tekanan darah berkurang dan seterusnya menggangu fungsi organ-organ badan penting.
Jika ini berlaku, sila dapatkan rawatan kecemasan kerana keadaan ini boleh membawa kepada kematian.


2) Simple pneumothorax

Dalam kes ini pula, hanya sebahagian daripada paru-paru yang tidak berfungsi dengan baik. Tekanan yang terjadi di dalam rongga paru-paru tidak menjejaskan sistem kardiovaskular.
Perkara yang paling teruk boleh berlaku hanyalah pada tahap berkurangnya kandungan oksigen dalam darah dan ini menyebabkan pesakit berasa sesak nafas.Jenis pneumothorax ini dikategorikan "stabil", dan tidak memerlukan rawatan kecemasan.  
Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjadi teruk sehingga sistem kardiovaskular boleh terjejas. Sebab ini keadaan pesakit perlu kerap dipantau oleh doktor. 


KENAPA BERLAKU PNEUMOTHORAX?

Dibawa ini dijelaskan kenapa berlakunya pneumothorax, namun terdapat juga kejadian dimana keadaan ini berlaku tanpa sebab yang diketahui


KECEDERAAN PADA DADA

Apa-apa kecederaan pada dada tidak kira objek tumpul atau tajam boleh menyebabkan gangguan pada paru-paru. Beberapa kecederaan mungkin berlaku semasa serangan fizikal atau kemalangan kereta. Ada juga yang berlaku secara tidak sengaja seperti contoh semasa prosedur perubatan tertentu. Beberapa contoh termasuk:


  •      Pisau atau luka tembakan
  •      Hentamanobjek  tumpul daripada kemalangan kereta
  •      Penggunaan beg udara dalam kenderaan
  •      Tulang rusuk patah, yang mungkin boleh menusuk paru-paru
  •      Bantuan pernafasan (CPR)
  •      Memasukkan tiub pada dada
  •      Biopsi paru-paru yang diambil menggunakan jarum melalui dinding dada
    

PENYAKIT PARU-PARU

Tisu paru-paru yang rosak adalah lebih tinggi risiko untuk colaspe atau runtuh. Kerosakan paru-paru boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit, termasuklah:
  • Emfisema
  • Tuberculosis (TB)
  • Pneumonia
  • Cystic fibrosis
  • Kanser paru-paru
  • Fibrosis paru-paru
  • Sarcoidosis

RUPTURED AIR BLISTER (Lepuh udara pecah)

Lepuh udara kecil (blebs) boleh terjadi pada bahagian atas paru-paru kita. Tidak diketahui mengapa blebs muncul pada paru-paru sesetengah orang. Blebs bukanlah dikategorikan sebagai penyakit paru-paru. Kebanyakan blebs pecah tanpa sebab yang jelas, namun ia juga boleh pecah apabila terdapat perubahan dalam tekanan udara apabila anda:
  • Skuba diving
  • Menaiki pesawat
  • Mendaki gunung pada altitud tinggi


BANTUAN PERNAFASAN MEKANIKAL
 

Pneumothorax mungkin boleh berlaku pada seseorang yang mengunakan bantuan mekanikal untuk bernafas. Tindakan ventilator, yang menolak dan menarik udara masuk dan keluar dari paru-paru, boleh mewujudkan ketidakseimbangan tekanan udara di dalam dada. Jika ini berlaku, paru-paru boleh colaspe sepenuhnya dan jantung mungkin diperah sehingga ia tidak boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah kes pneumothorax yang teruk dan kecemasan perubatan diperlukan, jika tidak ia boleh membawa maut.


RAWATAN PARU-PARU BERLUBANG

Kebanyakan lubang pada tisu paru-paru akan sembuh secara spontan tetapi dalam beberapa keadaan tertentu ia adalah amat sukar untuk berlaku. Ini terutamanya jika paru-paru adalah nipis (iaitu, dengan emphysema) atau jika permukaan luar paru-paru bersentuh dengan permukaan yang lain.  

Rawatan dari pakar mungkin melibatkan pembedahan dan mungkin beberapa prosedur untuk menutup lubang tersebut. Namun sekiranya lubang adalah kecil dan tidak serius, doktor mungkin akan mebiarkan sahaja perkara tersebut dengan pemantauan berterusan. Ini adalah kerana kebanyakkan lubang kecil pada paru-paru mampu sembuh dengan sendirinya.


MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KESIHATAN PARU-PARU

Senaman yang regular dan diet harian yang kaya dengan vitamin dapat membantu dalam masalah paru-paru dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan paru-paru. (Ini adalah berasaskan kepada konsep pemulihan paru-paru secara sendirinya). Makanan yang membantu dalam kesihatan paru-paru banyak berkait dengan vitamin antioksidan. Selain dari itu banyak lagi vitamin yang bersesuaian..  
Nak Tahu lebih lanjut kenalah PM saya ya....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN




**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

 





Sunday 7 April 2013

BABY HANYA MENYUSU BELAH KANAN ATAU KIRI SAHAJA....

Salah satu soalan dari ibu breastfeed: Hi.. Susuibu saya tidak banyak. Tidak cukup untuk baby. Baby pula hanya menyusu sebelah breast sahaja.. Dia tak nak hisap belah yang satu lagi.. Supplement Shaklee boleh tak naikkan supply saya?



Kadang-kadang ada keadaan dimana bayi lebih suka menyusu satu belah breast sahaja. Baby akan menolak atau meragam bila kita tawarkan breast yang satu lagi.
Antara beberapa sebab kenapa baby akan menolak payudara adalah : 
-'let-down' adalah lebih perlahan atau terlalu kuat
-bekalan susuibu kurang
-Baby akan mula memilih breast yang mereka lebih selesa


KENAPA INI BERLAKU

Beberapa sebab kenapa ini berlaku kerana:

Perbezaan anatomi yang normal.  
Semua wanita mempunyai satu payudara yang mempunyai lebih banyak saluran aktif dan alveoli (kebiasaannya sebelah kiri, walaupun ada wanita yang mempunyai belah kanan, mana2 pun ia ada adalah normal). Sesetengah wanita juga mempunyai perbezaan antara kedua-dua areola / puting (leper, puting masuk ke dalam, bentuk / saiz berbeza). Ini membuatkan baby memilih breast yang lebih senang untuk mendapatkan susu.

Bayi lebih selesa
Ada bayi mempunyai pilihan tersendiri. Dari awal, bayi mungkin rasa lebih selesa apabila menyusu di breast yang sama sahaja. Mungkin cara kita pegang bayi membuatkan keselesaan ini.  Keselesaan ini membuatkan baby anda terus nak menyusu pada belah breast tu sahaja.

Keselesaan Ibu
Ibu (secara sedar atau tidak sedar) mungkin menawarkan satu belah breast lebih lama dari yang sebelah kerana ibu rasa lebih selesa. Ini membuatkan baby memilih breast tersebut.

Pembedahan atau kecederaan payudara
Jika satu payudara pernah dibedah atau cedera mungkin ini mempenggaruhi bekalan dan / atau aliran susu.

Jika didapati sejak lahir lagi bayi anda tidak mahu menyusu pada satu belah breast, dapatkan pemeriksaaan doktor. Mungkin terdapat kecederaan semasa lahir yang tidak dikesan dan ini mungkin menyebabkan bayi anda tidak selesa pada satu posisi.

Jika bayi tiba-tiba je mula menolak breast pada belah yang sama, ia boleh disebabkan oleh jangkitan telinga atau penyakit lain pada bayi yang membuatkannya tidak selesa bila menyusu pada posisi tersebut. Kecederaan yang dialami oleh bayi (atau sesuatu yang lain, seperti contoh bayi kena jarum imunisasi) juga boleh menjadi penyebab ketidakselesaan ini.

Selain dari itu, jangkitan payudara boleh juga punca kerana ia boleh membuat rasa susu masin

Walaubagaimanapun, kebanyakkan bayi menolak satu belah breast kerana aliran susuibu pada satu belah lebih cepat atau lebih perlahan, ini bergantung pada keselesaan bayi tersebut.


APA YANG BOLEH DIBUAT??

  •  Mulakan penyusuan bayi anda pada payudara pilihannya. Apabila 'let-down' berlaku, luncurkan bayi ke sisi lain tanpa mengubah kedudukan tubuhnya. Sebagai contoh, mulakan baby dengan pegangan 'cradle' dan kemudian luncurkan ke posisi 'football'.


    Salah satu cara adalah dengan mengubah posisi penyusuan.. 
    dari cradle hold kepada football position


  • Teruskan mencuba posisi lain

  • Tawarkan breast yang tidak digemari apabila baby baru bangun, separa tidur atau hampir-hampir nak tidur.

  • Susukan baby pada keadaan senyap dan samar-samar

  • Susukan belah ni dengan pergerakan mendodoi, atau berjalan, atau apa2 cara pergerakan yang baby selesa untuk tidur.

  • Sekiranya supply di sebelah breast adalah rendah, pam belah ni apabila baby menyusu di belah yang digemari.

  • Jika aliran adalah perlahan, cuba picit breast semasa menyusukan baby untuk melajukan aliran

Sekiranya anda telah mencuba segala diatas, namun baby masih lagi memilih, maka perlulah anda mengepam.. Anda boleh mengepam sambil menyusukan baby di sebelah breast yang digemari. Ingat, amat penting untuk terus berbuat begini untuk nak mantain supply kerana susuibu akan berkurang jika permintaan berkurang ya....

Sekian, moga memberi manfaat pada semua..
Jika anda ingin tahu berkenaan dengan supplement Shaklee yang popular dikalangan ibu menyusu, PM saya.. Consultasi yang detail akan saya berikan....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Friday 5 April 2013

OTAK LEBIH PINTAR DENGAN SUSU IBU

Hye.. Hari ni saya share pasal artikel ni ya....  Semoga memberi info terutamanya bagi bakal2 ibu ya...
 
*************************************************************

 
Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.
Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.
Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik!

Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:



Bagaimana Otak Berfungsi
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.
  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.


Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu

  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
  • “Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan
    Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting:


    Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak


    Sumber
    Hasil Penyelidikan
    Rodgers, 1978 Kanak-kanak yang diberi susu ibu lebih pintar, lebih pandai membaca dan mengira, dan lebih bijak bercakap.
    Horwood & Fergusson, 1998 IQ lebih tinggi, prestasi lebih tinggi dalam ujian biasa, diberi permarkahan tinggi oleh guru, pencapaian lebih tinggi di sekolah.
    Mortensen et al., 2002 Purata markah IQ sebanyak 104 jika menyusu ibu melebihi 9 bulan berbanding IQ 99.4 bagi bayi yang menyusu ibu kurang daripada 1 bulan.



    Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya.

Thursday 4 April 2013

7 ATURAN PENTING DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

Pertama-tamanya saya nak cakap, saya memang paham bukan senang nak turunkan berat badan.. Terdapat banyak cara untuk menurunkan berat badan, sehingga kadang-kadang jadi keliru pula. Bagi saya, berikut adalah 7 tips yang saya percaya telah membantu saya menurunkan berat badan (dan membakar lemak berlebihan) saya selepas melahirkan anak no 1 saya...Jika anda mempunyai masalah menurunkan berat badan, ini pasti dapat membantu anda...



1) MAKAN SIHAT, 6 KALI SEHARI, KUANTITI YANG KECIL

Mungkin agak pelik kan kena makan banyak kali.. Rasa pasti berat naik kan??? Namun, ini adalah satu strategi yang telah membantu saya bakar banyak lemak. Dengan memakan kuantiti kecil tetapi banyak kali, ia akan meningkatkan metabolisma anda, mengurangkan keinginan nak makan dan membolehkan anda kenyang. 
Yang penting, makanan yang dimakan perlulah makanan yang betul-betul sihat dan kuantiti yang kecil. Terlebih makan akan menyebabkan anda naik berat, jadi kawal size hidangan yang dimakan.
Makan 2 atau 3 kali sehari mungkin tidak akan berkesan. Anda mungkin akan menjadi sangat lapar dan makan dengan banyaknya. 
Peraturan yang umum berkenaan saiz mekanan adalah protin tanpa lemak bersaiz telapak tangan ('palm') karbohidrat komplex bersaiz telapak tangan dan sayuran berfibre sebesar tangan anda.


2) MINIMUM KARBOHIDRAT KOMPLEX SELEPAS MAKAN TENGAH HARI

Peraturan ini agak sukar untuk dipenuhi tapi ia pasti akan berkesan. Metabolisma anda menurun secara beransur-ansur selepas makan tengah hari. Atas sebab ini, kurangkan pengambilan karbohidrat yang berkanji. Gantikan sumber karbohidrat seperti nasi, mee dengan memakan sayur yang banyak pada waktu petang dan malam.Tambahkan protin dan sedikit minyak sihat untuk melengkapkan makan anda. Selain dari nasi dan mee, makanan ini juga perlu dikurangkan atau dielak pada waktu malam; ubi, ubi manis, roti, pasta, dan banyak lagi.


3) HANYA MAKAN MAKANAN YANG SESUAI

Makanan yang kita makan menunjukkan 80% bentuk badan anda. (tapi ni bukan untuk orang yang kurus ya, makan banyak tapi tak pandai naik berat). Jika anda makan makanan yang sesuai dan sihat, anda akan turun berat lebih cepat. Makanan yang sesuai adalah protin tanpa lemak, sayuran, karbohidrat yang tidak diproses dan minyak/lemak yang sihat.
Nak contoh makanan ni, email saya ya.... boleh saya bagi contoh...


4) SENAMAN KUNCI UNTUK MEMBAKAR LEMAK

Diet sahaja tidak akan membawa anda jauh. Diet yang sihat adalah penting untuk menurunkan berat badan tetapi jika anda ingin keputusan yang lebih baik, anda perlu bersenam. Senaman adalah cara paling efektif untuk menghilangkan 'love handles' - lemak berlebihan. Ia juga kunci utama untuk menghilangkan selulit. Untuk kesan yang terbaik cuba bersenam 4-5 kali seminggu. Senaman secara 'interval' dan 'weight training' adalah antara senaman yang membakar lemak dan kalori yang tinggi.


5) Menghalang diri anda dari memakan makanan kegemaran hanya akan membuat anda sengsara, dan ini mungkin akan menyebabkan anda makan banyak tanpa berfikir. Sememangnya untuk menurunkan berat badan, kita sepatutnya elak dari memakan makanan berlemak. Namun jika kita makan sedikit, ia tidaklah seteruk mana. Kunci utama adalah untuk bersenam dan makan kurang kalori sebelum atau selepas anda makan makan ini. Inilah yang dipanggil 'cheat meals'. Janganlah pula makan cheat meals setiap hari ya..


6) DISIPLIN DIRI ADALAH AMAT PENTING
Tanpa pendirian "disiplin diri," penurunan berat badan akan menjadi sangat sukar, malah mungkin menjadi mustahil. Bagaimana anda nak kuatkan kuat disiplin diri? 'Practise make perfect'. Lebih banyak kali anda mengatakan sesuatu seperti contoh; tidak untuk sekeping kek, lebih mudah ia menjadi. Cuba bayangkan diri anda bila kurus nanti. Ini akan membuat anda lebih kuat. Untuk lebih mudah, lekatkan gambar model inspirasi anda pada cermin atau peti sejuk dan pastikan ia kelihatan apabila anda ingin menipu dalam diet anda.


7) PERJALANAN YANG BERTERUSAN

Apabila anda telah mencapai berat ideal anda atau peratus lemak badan yang diingini, perjalanan tidak berakhir disini.
 Jika anda ingin menjaga berat badan, anda tidak boleh kembali kepada tabiat lama makan anda. Berbuat demikian hanya akan membuat anda naik berat badan semula. Perjalanan anda kearah badan yang sihat dan tubuh badan yang lebih baik perlu menjadi satu sepanjang sepanjang hayat. Patuhilah 7 peraturan asas ini sepanjang hidup. Anda boleh ringankan sedikit diet anda apabila berat matlamat telah dicapai, tetapi jangan sekali kembali kepada cara makan yang telah membuat anda naik berat badan pada asalnya.


KESIMPULAN

Inilah peraturan asas yang telah membantu saya dulu, dan saya pasti bahawa ia boleh memberi kesan yang sama untuk anda. Jika anda serius dalam mengurangkan berat badan, ikuti peraturan-peraturan ini, dan anda akan mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.


Sumber: Burn the fat, Feed the muscle
              Firm and Flatten Your Abs 
              http://www.flattenyourabs.net

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin mendapatkan supplement untuk menyokong pemakanan harian anda sepanjang proses penurunan berat badan, pm saya ya... saya boleh syorkan.. Beberapa contoh supplement yang membantu adalah seperti Lecithin - bantu membakar lemak. ESP- sumber protin untuk membina otot. Performance drink - untuk memastikan kandungan air dalam badan semasa dan selepas bersenam... dan banyak lagi... PM je la ya....




Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease