Mungkin ramai yang selalu sakit kerana imun sistem rendah atau mempunyai penyakit tersembunyi yang tidak diketahui.. namun terdapat beberapa faktor asas kenapa seseorang itu selalu sakit...
Faktor-faktor asas kenapa selalu sakit...
1) Cara pemakanan harian
'Makan sayur!'.. itulah yang sering dikatakan oleh ibu2 pada anak mereka.. Ni memang betul.. Namun bukan setakat sayuran dan buah saja yang penting ya. Diet harian yang seimbang membantu memenuhi zat-zat yang diperlukan oleh badan untuk melawan penyakit.Tubuh badan kita mempunyai sistem imun semulajadi yang akan diransangkan apabila kita diserang oleh patogen. Pemakan kitalah menjadi bahan mentah untuk penjaan sistem imun ini.
2) Kurang minum air
Ramai antara kita sebenarnya kurang minum air. Jika diingat keadaan saya semasa bekerja di ofis dulu, pagi minum milo sampailah ke tengahari barulah makan lunch dan minum air.. tu pun segelas.. Kalau dikira, sehari lebih kurang 4 -5 gelas sahaja..
Kurang minum air boleh menyebabkan keadaan tubuh badan tidak sihat. Berbagai jenis keadaan kurang air ni. Yang teruk bila dah kes kronik, ia boleh menyebabkan dari migrain teruk hinggalah ke sakit perut.
Ia juga dipercayaii dapat memulakan kesan alergy dan asma. Janganlah nak cakap pasal nafas berbau dll.
Tingkatkan pengambilan air untuk lebih sihat!
3) Stress
Bagi saya, dalam keadaan stresslah saya mempunyai kekuatan yang maksimum dalam menyiapkan kerja.. Bila rasa tertekan barulah semuanya bergerak kan??? Namun sebenarnya stress berpanjangan menjadi pembunuh dalam diam. Tekanan menyumbang kepada obesiti, keresahan, gangguan panik, masalah perut, dan banyak lagi. Orang yang mengalami tekanan kronik selalunya kurang sihat berbanding mereka yang kurang stress. Belajar untuk bertenang dan kena rehat.. Ini boleh meningkatkan kesihatan anda, mengurangkan risiko serangan virus, dan mengurangkan terjadinya penyakit kronik.
4) Alergi
Mungkin kita tidak sedar kita ni ada alergi kepada beberapa perkara. Seperti saya daluhu, memang tidak boleh tahan dengan keadaan berhabuk. Air con waktu malam pun tidak boleh, esok mesti sinus.
Cuba kenali alergi anda. Kalau dapat pemeriksaan dari doktor lagi bagus. Apabila kita sedar akan alergi kita, cubalah elakkan dari pendedahan kepadanya. Kalau alergi pada habuk, pakailah mask kalau membersihkan rumah.
Untuk kes alergi yang teruk, dapatkan bantuan dari doktor untuk menanganinya.
5) Kurang tidur
Tidur merupakan masa untuk tubuh badan berehat dan sel-sel diperbaharuii.. Masa untuk 'RECAJ'... Tanpa tidur yang cukup, kita kurang tenaga. Tanpa tenaga 'you can't live your life'.. Bahkan, kurang tidur boleh menyebabkan kemurungan, cepat marah dan macam-macam lagi. Seorang dewasa memerlukan 7-9 jam tidur sehari. Tanpa rehat yang cukup, tubuh mampu membaiki dirinya dan menentang penyerang seperti virus pada masa anda berjaga.
6) Kebersihan diri
Basuh tangan dan mandi... he he.. Gunalah sabun yang boleh membantu membasmi kuman. Gosok tangan atau badan untuk membunuh kuman. Sel kulit yang mati atau kering pada badan boleh menjadi tempat kuman/bakteria membiak, dan ini akan membuat tubuh anda menjadi lemah.
Tahukah anda, memberus gigi dapat membantu dalam beberapa masalah kesihatan jantung?
7) Kebersihan rumah
Bersihkan rumah setiap minggu untuk membasmi kuman/bakteria yang membiak. Cadar, selimut, sarung bantal amat penting untuk dibasuh untuk membunuh hama. Ini sangat penting khasnya jika ada pesakit asma atau alergi yang tinggal dalam rumah.
8) Kurang bersenam
Banyak kajian menunjukkan senaman mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kanser, stroke, darah tinggi, penyakit sekatan pulmonari (COPD) dan kencing manis. Dengan senaman, tulang , ligamen dan tendon menjadi lebih kuat dan ini akan mencegah masalah reput tulang (osteoporosis) dan reput sendi (osteoarthritis) disamping itu ia mencegah masalah terjatuh akibat lemah otot dan sendi.
Faedah kesihatan dengan senaman bukanlah khusus kepada sejenis penyakit sahaja, tetapi ia mampu mencegah pelbagai jenis penyakit. Bersenam juga boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan kerana stress rendah dan menurunkan berat badan. Senaman menaikkan ‘ mood ’, meningkatkan tenaga, mencantik rupa fizikal dan membuatkan seseorang merasa lebih sihat secara umumnya. Bersenam adalah amalan untuk gaya hidup sihat.
Itulah antara sebab mengapa kita sering sakit. Faktor-faktor diatas menyebabkan merupakan faktor yang asas dan sering kita abaikan...
Jika anda sering sakit dan sebabnya adalah pemakanan yang kurang lengkap.. Cuba amalkan vitamin.. Dapatkan multivitamin yang sesuai untuk anda.
Sekiranya anda rasa imun sistem anda rendah, cuba makan vitamin C atau lebih baik Nutriferon...
Carilah yang sesuai dengan anda.. Seperti saya, saya sudah dapat yang terbaik, natural, selamat, dan pasti berkesan.... Shaklee....
Jom kita berShaklee bersama!!!
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN
No comments:
Post a Comment