Pertama-tamanya saya nak cakap, saya memang paham bukan senang nak turunkan berat badan.. Terdapat banyak cara untuk menurunkan berat badan, sehingga kadang-kadang jadi keliru pula. Bagi saya, berikut adalah 7 tips yang saya percaya telah membantu saya menurunkan berat badan (dan membakar lemak berlebihan) saya selepas melahirkan anak no 1 saya...Jika anda mempunyai masalah menurunkan berat badan, ini pasti dapat membantu anda...
1) MAKAN SIHAT, 6 KALI SEHARI, KUANTITI YANG KECIL
Mungkin agak pelik kan kena makan banyak kali.. Rasa pasti berat naik kan??? Namun, ini adalah satu strategi yang telah membantu saya bakar banyak lemak. Dengan memakan kuantiti kecil tetapi banyak kali, ia akan meningkatkan metabolisma anda, mengurangkan keinginan nak makan dan membolehkan anda kenyang.
Yang penting, makanan yang dimakan perlulah makanan yang betul-betul sihat dan kuantiti yang kecil. Terlebih makan akan menyebabkan anda naik berat, jadi kawal size hidangan yang dimakan.
Makan 2 atau 3 kali sehari mungkin tidak akan berkesan. Anda mungkin akan menjadi sangat lapar dan makan dengan banyaknya.
Peraturan yang umum berkenaan saiz mekanan adalah protin tanpa lemak bersaiz telapak tangan ('palm') karbohidrat komplex bersaiz telapak tangan dan sayuran berfibre sebesar tangan anda.
2) MINIMUM KARBOHIDRAT KOMPLEX SELEPAS MAKAN TENGAH HARI
Peraturan ini agak sukar untuk dipenuhi tapi ia pasti akan berkesan. Metabolisma anda menurun secara beransur-ansur selepas makan tengah hari. Atas sebab ini, kurangkan pengambilan karbohidrat yang berkanji. Gantikan sumber karbohidrat seperti nasi, mee dengan memakan sayur yang banyak pada waktu petang dan malam.Tambahkan protin dan sedikit minyak sihat untuk melengkapkan makan anda. Selain dari nasi dan mee, makanan ini juga perlu dikurangkan atau dielak pada waktu malam; ubi, ubi manis, roti, pasta, dan banyak lagi.
3) HANYA MAKAN MAKANAN YANG SESUAI
Makanan yang kita makan menunjukkan 80% bentuk badan anda. (tapi ni bukan untuk orang yang kurus ya, makan banyak tapi tak pandai naik berat). Jika anda makan makanan yang sesuai dan sihat, anda akan turun berat lebih cepat. Makanan yang sesuai adalah protin tanpa lemak, sayuran, karbohidrat yang tidak diproses dan minyak/lemak yang sihat.
Nak contoh makanan ni, email saya ya.... boleh saya bagi contoh...
4) SENAMAN KUNCI UNTUK MEMBAKAR LEMAK
Diet sahaja tidak akan membawa anda jauh. Diet yang sihat adalah penting untuk menurunkan berat badan tetapi jika anda ingin keputusan yang lebih baik, anda perlu bersenam. Senaman adalah cara paling efektif untuk menghilangkan 'love handles' - lemak berlebihan. Ia juga kunci utama untuk menghilangkan selulit. Untuk kesan yang terbaik cuba bersenam 4-5 kali seminggu. Senaman secara 'interval' dan 'weight training' adalah antara senaman yang membakar lemak dan kalori yang tinggi.
5) Menghalang diri anda dari memakan makanan kegemaran hanya akan membuat anda sengsara, dan ini mungkin akan menyebabkan anda makan banyak tanpa berfikir. Sememangnya untuk menurunkan berat badan, kita sepatutnya elak dari memakan makanan berlemak. Namun jika kita makan sedikit, ia tidaklah seteruk mana. Kunci utama adalah untuk bersenam dan makan kurang kalori sebelum atau selepas anda makan makan ini. Inilah yang dipanggil 'cheat meals'. Janganlah pula makan cheat meals setiap hari ya..
6) DISIPLIN DIRI ADALAH AMAT PENTING
Tanpa pendirian "disiplin diri," penurunan berat badan akan menjadi sangat sukar, malah mungkin menjadi mustahil. Bagaimana anda nak kuatkan kuat disiplin diri? 'Practise make perfect'. Lebih banyak kali anda mengatakan sesuatu seperti contoh; tidak untuk sekeping kek, lebih mudah ia menjadi. Cuba bayangkan diri anda bila kurus nanti. Ini akan membuat anda lebih kuat. Untuk lebih mudah, lekatkan gambar model inspirasi anda pada cermin
atau peti sejuk dan pastikan ia kelihatan apabila anda ingin menipu dalam diet anda.
7) PERJALANAN YANG BERTERUSAN
Apabila anda telah mencapai berat ideal anda atau peratus lemak badan yang diingini, perjalanan tidak berakhir disini.
Jika anda ingin menjaga berat badan, anda tidak boleh kembali kepada tabiat lama makan anda. Berbuat demikian hanya akan membuat anda naik berat badan semula. Perjalanan anda kearah badan yang sihat dan tubuh badan yang lebih baik perlu menjadi satu sepanjang sepanjang hayat. Patuhilah 7 peraturan asas ini sepanjang hidup. Anda boleh ringankan sedikit diet anda apabila berat matlamat telah dicapai, tetapi jangan sekali kembali kepada cara makan yang telah membuat anda naik berat badan pada asalnya.
KESIMPULAN
Inilah peraturan asas yang telah membantu saya dulu, dan saya pasti bahawa ia boleh memberi kesan yang sama untuk anda. Jika anda serius dalam mengurangkan berat badan, ikuti peraturan-peraturan ini, dan anda akan mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.
Sumber: Burn the fat, Feed the muscle
Firm and Flatten Your Abs
http://www.flattenyourabs.net
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda ingin mendapatkan supplement untuk menyokong pemakanan harian anda sepanjang proses penurunan berat badan, pm saya ya... saya boleh syorkan.. Beberapa contoh supplement yang membantu adalah seperti Lecithin - bantu membakar lemak. ESP- sumber protin untuk membina otot. Performance drink - untuk memastikan kandungan air dalam badan semasa dan selepas bersenam... dan banyak lagi... PM je la ya....
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN
No comments:
Post a Comment