TURUN 4KG DALAM SEBULAN....
Itulah yang dikatakan oleh bisnes partner saya. Beliau menceritakan kisah kawannya yang telah mengamalkan lecithin dan alfalfa 2 minggu sebelum bulan puasa hingga hari ini (2 minggu dah berpuasa).
Soalan pertama yang saya ajukan adalah: 'Dia bersenam tak'?
Sebab terfikir juga jika bersenam di bulan puasa ini membawa kemudaratan atau tidak..
Jadi untuk perkongsian saya hari ini, saya ingin share artikel dari MyMetro tentang membakar lemak di bulan puasa... Selamat atau tidak? Happy reading ya....
BAKAR LEMAK DI BULAN PUASA
(sumber: My metro)
Secara umumnya, kalori karbohidrat dalam badan akan berkurangan dan secara semula jadi badan akan menggunakan kalori lemak untuk dijadikan tenaga.
Justeru, peratusan lemak dalam badan dapat dikurangkan.
Selain itu, jika tidak bersenam, otot menjadi lemah dan badan mudah berasa letih. Ini kerana kalori masih perlu dibakar biarpun pada bulan puasa.
Malah, kajian yang disiarkan dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam.
Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak dalam badan dan dapat mengurangkan masalah berat badan.
Jika anda mahu amalkan senaman kardio, berlari atau bersukan ketika bulan puasa, beberapa aspek penting perlu diambil perhatian bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
SENAMAN KARDIO SEMASA BERPUASA
Antaranya, aktiviti kardio dan bersukan pada bulan puasa bukan soal makan, tetapi lebih kepada kurangnya air. Masalah ini boleh membawa kepada dihidrasi dan akhir sekali tentunya memudaratkan kesihatan anda.
Namun, dari sudut positifnya, melakukan aktiviti seperti berjoging secara sederhana pada waktu petang membantu badan anda membakar lemak.
Oleh itu, melakukan senaman kardio atau bersukan secara sederhana ketika berpuasa adalah baik dan boleh diteruskan, tetapi anda harus peka dengan keadaan fizikal diri sendiri terlebih dulu.
Pastikan anda berhenti melakukan aktiviti berkenaan sekiranya mula berasakan diri mengalami pening kepala atau lemah badan yang melampau.
SENAMAN KARDIO SELEPAS BERBUKA
Selepas waktu berbuka puasa, tiada masalah untuk anda melakukan senaman namun seperti biasa, jika anda bersenam pada atau selepas jam 8 malam, elakkan daripada makan berlebihan ketika berbuka. Cukup sekadar mengalas perut dengan makanan dan minuman yang ringan saja.
Sekiranya anda menjamu selera dengan makanan berat ketika waktu berbuka, berikan masa kepada badan anda terlebih dulu untuk menghadam makanan dengan betul. Masa yang diperuntukkan untuk anda rehat adalah dalam kira-kira 60 hingga 90 minit.
SENAMAN ANGKAT BERAT ATAU BEBAN SEBELUM DAN SELEPAS BERBUKA
Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah. Justeru, anda tidak digalakkan untuk melakukan latihan ini sebelum berbuka. Kalau bertegas hendak melakukannya, harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan akan memecahkan otot untuk sumber tenaga.
Bagaimanapun, ia memang lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan jika anda melakukan senaman ini ketika berpuasa.
Tiada masalah langsung untuk anda meneruskan latihan mengangkat berat selepas berbuka puasa. Tetapi, jika anda mahu menambahkan berat badan pada ketika ini, ia bukanlah satu idea yang bijak.
Mengikut pengalaman saya, secara praktikalnya adalah lebih sukar untuk mencapai sasaran menaikkan berat badan pada bulan puasa walaupun anda sudah makan dengan sekuat hati.
Kesimpulannya, latihan angkat berat pada bulan puasa boleh diteruskan, tetapi selepas anda berbuka dan jangan paksa diri anda melakukan latihan berkenaan dalam keadaan kekenyangan.
Akhir sekali, anda harus tahu keupayaan diri sendiri dengan mengelakkan bersenam sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman akibat demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi kencing manis.
Persediaan secara psikologi juga memainkan kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan ketika berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.
---------------------------------------------------------
Kini anda tahu pasal cara selamat bersenam di bulan puasa.. Bagaimana pula yang tak bersenam tapi risau berat akan naik? atau kolestrol naik?
Anda boleh cuba tambahkan supplement ini dalam diet semasa berpuasa.. Makan lepas berbuka....Lecithin - terkenal sebagai 'Fat Emulsifier' membantu melarutkan/memecahkan lemak dan kolestrol. Bertindak sebagai pembersih salur darah, membantu metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid.
Alfalfa - Sebagai sumber serat/fiber untuk membantu mengankut lemak. Awas perlu minum banyak air tau. jadi dapatkan consultasi dari pengedar tentang cara makan ya... Kalau cari saya, pasti saya terangkan dengan jelas..
PM me ya...
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
No comments:
Post a Comment