Menjadi Pelupa adalah sebahagian daripada kehidupan seorang ibu, kata saintis.
Menjadi pelupa merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakkan ibu yang melahirkan anak. Bukanlah kita lupa nak bagi anak makan gitu.. Tapi lebih kepada perkara seperti lupa nama-nama rakan, tidak boleh ingat mengapa anda hanya pergi ke dapur, lupa apa yang nak dicakapkan dan macam-macam lagi.Ramai ibu-ibu baru yang bimbang tentang masalah ini, melihat ia sebagai satu tanda kelemahan dan takut keadaan ini akan terus berlaku selama-lamanya.
Menurut DailyMail UK, kajian telah mendapati faktor-faktor utama yang menyebabkan kegagalan memori disebabkan oleh beberapa perkara termasuk perubahan hormon, keletihan, dan tekanan menjaga anak baru lahir.
Seorang ibu baru sudah pasti akan meletakkan bayi mereka sebagai keutamaan nombor satu atas segala-galanya. Ini membuatkan perkara-perkara yang kurang penting dilupakan, atau sekurang-kurangnya diletakkan ke kawasan yang kurang aktif dalam otak.
Perubahan hormon estrogen juga mempunyai pengaruh keatas perkara ini. Di penghujung kehamilan, estrogen adalah sangat tinggi dan ia terus menurun sehingga hampir tiada selepas melahirkan anak. Estrogen bertindak sebagai neurotransmitter, menghantar isyarat dalam otak.
Satu lagi penyebab kenapa jadi adalah : terlalu penat.
Para penyelidik menganggarkan bahawa seorang wanita boleh kehilangan sehingga 700 jam tidur, bersamaan dengan dua jam setiap malam, pada tahun pertama bersama bayi mereka.
Ibu menyusukan anak sememangnya akan kurang tidur, dan keletihan mempengaruhi sangat-sangat keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara.
Keletihan ni seolah-olah pembunuh kepada ingatan.
Jika kurang tidur daya ingatan tentang peristiwa yang berlaku dalam sehari tidak boleh disatukan ke dalam ingatan jangka panjang."
Satu lagi penyebabnya bagi ibu yang menyusukan anak.. Sejenis hormon akan dihasilkan jika ibu menyusukan anak. Hormon ini membantu ibu-ibu berehat terutamanya semasa menyusukan anak. Pernah tak anda tertidur semasa breastfeeding? Hormon ini menggalakkan ibu relax dan kurang fokus.
Beberapa tips untuk anda:
1) Cuba dapatkan rehat atau tidur yang secukupnya.
2) Fokus satu perkara pada setiap masa
3) Buat senaman ringan - ini membantu lebih banyak oksigen dihantar ke otak
4) Buat senarai perkara yang anda perlu buat
5) Makan makanan untuk kesihatan otak - sekadar untuk meningkatkan fungsi otak
Perkara selalu lupa ini bukanlah untuk selama-lamanya. Ia hanyalah masalah jangka pendek, jadi janganlah terlalu risau pasal phenomena ini.
Saya cadangkan beberapa makanan tambahan untuk kesihatan otak...
Mahu order Shaklee.... PM me ya...
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
No comments:
Post a Comment