Seperti mana yang kitra semua maklum, susuibu merupakan makanan yang paling sesuai dan paling penting bagi bayi yang baru lahir, namun ia menjadi lebih lagi penting sekiranya bayi adalah pramatang.
Tubuh badan kita memang sangat special.. Bila melahirkan bayi pramatang, tubuh badan akan menghasilkan susuibu yang sesuai untuk bayi pramatang. Susuibu yang dihasilkan mengandungi lebih banyak kalori, vitamin dan protin. Susuibu mengandungi sel-sel yang hidup yang penting untuk melindungi bayi dari jangkitan atau infeksi. Ini sangat penting terutamanya bagi bayi pramatang yang belum mempunyai imun sistem yang cukup matang.
Selalunya, apabila bayi pramatang dilahirkan, bayi belum pandai menghisap puting lagi. Pihak hospital akan memberi minum susu dengan menggunakan tiub atau 'syringe'. Sehinggalah bayi tahu menghisap barulah pihak hospital akan membenarkan bayi didiscaj. Ada juga hospital yang tidak membenarkan bayi discaj sehinggalah bayi mula bertambah berat.
Pada masa ini, ibu sangat-sangat di galakkan untuk mengepam susuibu mereka kerana agar dapat diberikan pada bayi pramatang. Pamlah setiap 2-3 jam untuk memberi ransangan seolah-olah sama dengan bayi menyusu.
Apabila bayi dah pandai menghisap, adalah perlu untuk menyusukan bayi secara lansung sekerap mungkin. Selalunya penyusuan adalah setiap 3 jam. Namun ada bayi yang kelihatan lapar selepas 2 jam.
Masalah disini adalah bayi pramatang cepat letih dan mereka akan sering tidur. Amat sukar untuk mengetahui jika bayi adalah lapar... bukan seperti bayi lahir cukup bulan dimana akan menangis bila lapar...
Bayi pramatang juga mungkin akan minum sedikit susu sahaja setiap kali penyusuan. Oleh sebab ini, perlulah mengepam setiap kali lepas bayi menyusu untuk menggelakkan susuibu berkurang dan lama - kelamaan tidak akan dihasil oleh tubuh badan.
Memang satu cabaran yang sangat besar bagi ibu-ibu...
Sekiranya bayi asyik tidur dan tidak bangun untuk menyusu maka perlulah fikirkan sesuatu apa yang perlu dibuat. Ada ibu-ibu yang akan mengesel-gesel dan memasukkan puting payu dara ke mulut bayi. Atau boleh cuba untuk membuka tuala balutan bayi dan baju bayi agar bayi tidak rasa selesa dan mencari keselesaan dengan menghisap payudara..
Boleh juga urutkan payu dara sehingga susuibu keluar dan letakkan titisan susuibu pada mulut bayi untuk menggalakkan bayi untuk minum dan seterusnya menghisap.
'APA-APA PUN INGATLAH SUSUIBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK UNTUK BAYI ANDA'
Ibu perlu terus mencuba memujuk baby untuk belajar menghisap payu dara dan pada masa yang sama mengepam dengan konsisten untuk memastikan penghasilan susuibu tidak terjejas atau terhenti... Dalam kes ini sudah tentu teknik Power Pumping akan sangat2 membantu...
Jika anda ingin mengetahui cara dan tips-tips untuk mendapatkan stok yang banyak bolehlah menghubungi saya atau dalam blog ni banyak entry berkenaan perkara ini.. Jika nak tahu supplemen yang membantu melancarkan penghasilan susuibu KLIK DISINI YA
Berikut adalah satu carta bulatan yang menunjukkan langkah-langkah untuk menyususkan bayi pramatang..
Entry ini adalah bersumberkan pada pembacaan saya khasnya dari Babycenter.com...
Sekian untuk hari ini ya, Salam mesra dari Healthy by Nature... Selamat Breastfeeding mommies....
Nak beli Vitamin Shaklee? Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Sy lahirkan bayi kembar pramatang 28 minggu pd 24 july 13..skrg sy msh tidak dpt keluarkan susu..bayi masih dijagaan hospital
ReplyDeleteHi Aina.. taniah Aina.. Memang satu cabaran besar menghasilkan susuibu dengan keadaan Aina.. Aina boleh cuba pam setiap 2 jam. minimum 20 minit setiap belah breast. Jangan putus asa ya
ReplyDelete