Wednesday, 30 January 2013

KATAKAN 'YES!!!' PADA PENYUSUAN SUSUIBU

Jika anda kini mengandung atau tengah cuba-cuba mengandung, cuba luangkan sedikit masa untuk berfikir dan mengetahui jika anda ingin menyusukan anak anda bila lahir nanti... Keputusan ini amat penting kerana ia mungkin akan menjadi faktor terbesar yang akan mendorong anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu anda nanti....



KENAPA NAK KATA "YES!!!" ?

Susu ibu adalah makanan yang sempurna bagi  baby anda. Ia membekalkan tenaga dan nutrien dalam kadar yang tepat untuk bayi yang sedang membesar. Jika baby anda menerima susu ibu yang mencukupi, baby tidak memerlukan makanan tambahan (ataupun air) sehingga berumur 6 bulan, apabila baby sudah bersedia mengambil makanan pejal. Namun adalah baik jika dapat teruskan pemberian susu ibu sehingga baby berumur 2 tahun. Susu ibu adalah makanan asas yang terbaik untuk bayi anda.

Antara Kebaikan Penyusuan Ibu

Untuk Baby
  • Susu ibu membekalkan bayi dengan tenaga, lemak, karbohidrat, protein, vitamin & mineral yang diperlukan sehingga dia diberikan makanan pejal.

  • Kolostrum, susu kekuningan yang dihasilkan pada permulaan penyusuan, adalah kaya dengan antibodi yang boleh melindungi bayi anda daripada dijangkiti penyakit.

  • Susu ibu juga mengandungi sel limfosit dan makrofaj yang mencegah pertumbuhan bakteria, serta bifidus untuk mengekalkan persekitaran sihat dalam usus bayi.

  • Asid lemak dalam susu ibu adalah penting untuk pertumbuhan mental dan sistem saraf bayi.
Untuk Ibu
  • Anda boleh menggunakan sebanyak 500 kalori dalam sehari. Ini membantu anda mengurangkan berat badan berlebihan selepas bersalin.

  • Penyusuan ibu juga dapat membantu mengecutkan rahim anda supaya kembali pada saiz yang biasa.
Untuk anda dan bayi anda
  • Penyusuan membolehkan bayi anda merasakan keselesaan tubuh badan anda. Bagi anda, ini adalah masa yang tepat untuk menikmati kemesraan antara anda dengan bayi anda. Semasa menyusukan baby, usaplah baby dan bercakap kepadanya dengan nada yang perlahan dan lembut. Ini akan merupakan pengalaman yang istimewa yang boleh menjalinkan hubungan antara ibu dan bayi selamanya.

Jadi???   Katalah "YES!!!!"

Tahniah jika telah memutuskan untuk menyusukan bayi anda. Sekarang adalah masanya untuk anda mengetahui tentang penyusuan susu ibu dan membuat perancangan yang diperlukan.

Amat penting untuk mengetahui kesemua perkara mengenai penyusuan susu ibu ni. Mula-mula sekali baca ni.....

Jelaskan fikiran anda
Penyusuan susu ibu lebih kepada psikologi berbanding fizikal. Ini adalah beberapa tip persediaan yang dapat membantu anda:
  • Mengambil satu sikap yang positif serta yakin bahawa anda boleh dan akan berjaya.

  • Rancang tempoh anda akan menyusukan bayi anda. sebulan, 6 bulan atau 2 tahun???

  • Berbincang dengan suami anda dan jika boleh, cuba hadiri ceramah antenatal di mana cara penyusuan susu ibu akan diterangkan. Kalau boleh pergi dengan suami, lagi best..
  • Pastikan anda dikelilingi dengan orang yang menyokong anda. Jangan berasa tawar hati dengan komen-komen yang negatif dari individu yang mungkin salah faham atau mempunyai tanggapan yang tidak benar mengenai penyusuan susu ibu.
Membuat perancangan
Maklumkan suami atau ahli keluarga mengenai keputusan anda untuk menyusukan bayi anda:
  • Pastikan mereka diberitahu supaya tidak memberikan air atau susu formula kepada bayi anda melainkan terdapat keperluan dari segi perubatan.

  • Bayi anda tidak diberikan puting kosong kerana mungkin baby akan keliru dan tidak mahu menyusu ibu lagi.
Pastikan anda memaklumkan petugas kesihatan anda supaya:
  • Mereka tahu bahawa anda akan menyusukan bayi anda secepat mungkin setelah melahirkan bayi anda.

  • Pihak hospital menempatkan bayi anda bersama anda untuk memudahkan anda menyusukan bayi ketika bayi lapar.
Untuk maklumat lanjut
  • Berbincang dengan doktor anda mengenai penyusuan susu ibu.

  • Berbual dengan ibu-ibu yang telah berjaya menyusukan anak-anak mereka.

  • Berbincang dengan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu atau pakar penyusuan.

  • Baca mengenai penyusuan susu ibu. 

Semoga anda terus katakan YES!!! YES!!! YES!!!!...
Jika anda mencari supplement utnuk menyokong sepanjang perjalanan penyusuan anda, boleh pilih Supplement Shaklee, Selamat untuk baby dan ibu.....




Jangan malu  Contact saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment