Tuesday, 22 January 2013

MENYUSUKAN BAYI DENGAN SELAMAT

Hello,  Isu baby tercekik semasa menyusu mungkin isu lama tapi saya masih ingin kongsikan cara-cara dan tips2 menyusukan baby dengan selamat. Ini terutamanya bila menyusukan baby secara berbaring... Sememangnya car ni memang paling selesa dan senang, khasnya pada waktu malam, namun pastikan semuanya selamat ya.. Mari teruskan membaca.. Info sangat berguna ya moms...

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menyusukan Bayi dengan Selamat
Ibu bapa, terutamanya ibu-ibu, harus sedar akan aspek keselamatan dan langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diamalkan ketika menyusu.
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan

Penyusuan susu ibu adalah salah satu pengalaman yang penuh dengan kasih sayang dan mengeratkan keintiman di antara anda dengan bayi. Anda juga disyorkan untuk menyusu bayi anda secara eksklusif bagi 6 bulan pertama hidupnya dan seterusnya, jika boleh. Selain itu, posisi dan aspek keselamatan semasa penyusuan adalah penting. Terutamanya, setelah berlaku beberapa kes kematian bayi semasa penyusuan.

Kes 1

Bayi berusia dua bulan tercekik mati semasa menyusu susu ibu. Bayi tersebut mengalami pneumonia pengaspiratan yang menyebabkan peparunya dipenuhi dengan cecair. Akibatnya, bayi mengalami kesukaran untuk memuntahkan susu yang berlebihan kerana dia berbaring di atas katil ibu bapanya dengan mukanya menghadap ke atas.
*New Straits Times, 11hb Jun, 2007.

Kes 2

Seorang bayi berusia sebulan telah ditemui mati selepas ibunya tertidur sambil menyusukannya di rumah. Ibu tersebut bangun pada waktu pagi dan mendapati anaknya telah mati dengan mulut berbuih.
*New Straits Times, 31hb Mac, 2012.




Posisi berbaring adalah sangat baik untuk ibu-ibu yang menjalani pembedahan Caesarean atau jika bahagian bawah mereka berasa sakit selepas kelahiran. Permintaan untuk penyusuan juga menjadi lebih mudah kerana ibu dapat berehat atau tidur ketika menyusu. Walaupun tidur bersama dan menyusu dengan berbaring mungkin menyebabkan bayi anda tercekik atau sesak nafas; jika ia dilakukan dengan betul, masalah seperti kes-kes di atas tidak akan berlaku.


Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda untuk menyusu bayi anda dengan berbaring.

  • Untuk keselesaan. Pastikan anda menumpukan berat badan anda pada bantal supaya tidak menyebabkan ketegangan pada bahagian pinggul dan tulang belakang bawah anda.

  • Letakkan bayi anda pada sebelah yang menghadap anda dengan puting anda selaras dengan hidungnya. Jika anda menyusu dari payudara kanan, anda harus berbaring di sebelah kanan anda.

  • Dengan menggunakan tangan anda yang bebas, gerakkan payudara anda ke dalam mulut bayi anda. Apabila bayi anda telah mula menghisap, anda boleh menolak bahu bayi anda menghala ke arah anda.

  • Elakkan dari melentur leher bayi anda terlalu jauh ke belakang kerana ini akan menyukarkannya untuk menelan.

  • Anda boleh sama ada meletakkan lengan di bawah kepala bayi anda atau meletakkan kepala bayi anda pada katil dengan tangan anda bebas. Pilih mana-mana posisi yang lebih selesa untuk anda.

  • Sentiasa pastikan bayi anda bebas untuk gerakkan kepalanya supaya dia dapat bebaskan diri jika dia mengalami kesukaran untuk bernafas atas apa-apa sebab.

  • Apabila bayi anda telah habis menghisap payudara pertama golekkan diri anda dan bayi anda ke sisi yang satu lagi atau hanya bersandar supaya bayi anda boleh melekap payudara yang satu lagi sambil dalam posisi penyusuan yang sama.

  • Sendawakan bayi anda selepas menyusu. Untuk melakukan ini, biarkan bayi anda duduk atau pegang bayi pada bahu anda dan menggosok atau menepuk belakang bayi anda dengan perlahan. Bukan semua bayi akan sendawa; jadi jika anda tidak mendengar bunyi 'buurp!', jangan risau.

Nota: Sesetengah ibu mungkin berasa lebih mudah bagi bayi melekap dahulu dan kemudian berbaring dengan perlahan-lahan.

Tip-tip penting

  • Sentiasa pastikan bayi tidur berbaring untuk mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak.
  • Jangan sekali-kali tidur dengan bayi anda di atas sofa atau di ruang yang sempit.
  • Pastikan papan kepala dan kaki katil tidak mempunyai lubang atau potongan yang boleh memerangkap kepala bayi anda.
  • Pastikan tilam adalah padan dengan bingkai katil supaya bayi anda tidak terperangkap.
  • Kurangkan peralatan di tempat tidur dan elakkan bantal dan selimut yang besar dan gebu.
  • Pastikan kepala bayi anda tidak ditutupi oleh mana-mana peralatan tempat tidur.
  • Adik-beradik yang lebih tua tidak harus berkongsi katil dengan ibu yang menyusu dan bayi kerana ia merbahaya bagi bayi anda.
  • Bayi harus diletakkan di sebelah ibu, dan bukannya di antara ibu dan ayah.
  • Jika anda mempunyai rambut yang panjang, pastikan ia diikat semasa anda tidur untuk mengelakkan sebarang kejadian tercekik yang tidak sengaja.

Ia adalah sangat penting anda TIDAK mengambil sebarang ubat, alkohol, atau bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan anda pening-pening atau kurang responsif kepada bayi anda (seperti ubat batuk waktu malam atau alat bantu tidur). Jika anda perlukan bahan-bahan ini, pastikan ada orang lain yang boleh menjaga bayi anda.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya ambil kesempatan untuk mempromosi Set Penyusuan Shaklee.. biarpun untuk meningkatkan nutirisi susuibu atau anda mempunyai masalah kurang susu..

 Apa Fungsi Vitamin bagi Ibu Menyusu?

Vitamin hanya membantu ibu kekal sihat, bertenaga, aktif, mood yang sihat, bebas dari sebarang tekanan. Vitamin ini secara langsung memperkayakan nutrisi yang terdapat dalam susuibu. Bila ibu sihat dan bebas dari tekanan maka secara langsung membantu menjayakan penyusuan.


KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI SET BREASTFEEDING YANG SESUAI UNTUK ANDA..




Salam Mesra dan senyum selalu...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com


**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


No comments:

Post a Comment