Monday, 27 February 2012

TESTIMONI EVERGREEN : MENIKMATI KEHIDUPAN SEKALI LAGI

Hi, ingat tak beberapa minggu lepas saya tulis entry Evergreen Testimoni? Ini ada satu lagi yang saya ingin coretkan disini... Ingat ya, saya petik cerita ini dari buku nota kumpulan, Rasanya fotokopi dari Majalah Shaklee...

Tajuk Testimoni: Menikmati Kehidupan Sekali Lagi

Apabila orang memuji mengenai wajah Hamidah yang sihat berseri, beliau hanya tersenyum dan mula bercerita mengenai Shaklee. Pengalaman peribadinya dengan produk Shaklee telah mengubah suri rumah anak lima sepenuh masa ini sebagai pembantu kepada suaminya, Kamaruzaman Bin Deraman dalam membina perniagaan Shaklee mereka. Tidak ramai yang menyangka bahawa dua tahun yang lepas kehidupan beliau pernah menerima tamparan hebat.

Kisah Hamidah
Pada 1998, saya telah melahirkan anak perempuan yang mengidap jantung berlubang. Saya juga tidak sihat kerana sering diserang sakit kepala dan muntah-muntah, dan sepanjang masa perlu menjaga bayi saya. Akhirnya doktor mendiagnosis penyakit saya sebagai Hepatitis B. Tiada ubat yang dipreskripsikan tetapi doktor memberi sedikit vitamin untuk menguatkan kesihatan saya, tetapi ia tidak memberi kesan. Akhirnya bayi saya meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapi dan saya amat sedih serta berfikir bahawa saya juga akan mati.

Penyakit saya membuatkan kaki dan tangan saya membengkak. Saya berasa mengantuk sepanjang masa dan saya kerap tidur sepanjang pagi. Secara fizikal, saya kelihatan pucat, tidak bermaya dan kulit saya berwarna kekuningan. Saya tidak mempunyai tenaga untuk melakukan sebarang kerja rumah - walaupun memasak untukkeluarga. Saya hanya ingin tidur! Tiga anak saya berada di sekolah berasrama dan anak perempuan dan lelaki saya yang berusia dua dan tujuh tahun, ditinggalkan sendiri sepanjang masa. Saya tidak boleh melakukan kerja yang mudah seperti menjawap telefon dan anak-anak saya akan mengambil pesanan untuk saya. Kamaruzaman akan membantu pada waktu petang apabila pulang dari kerja. Saya begitu lemah untk melakukan sebarang kerja dan ia amat membebankan kehidupan keluarga saya!

Saya teringat bahawa Kamaruzaman pernah seketika mengambil produk pemakanan Shaklee dan berjaya mengubati penyakit gastriknya. Malangnya suami saya tidak lagi berhubung dengan pengedar Shaklee. Satu hari kami amat gembira kerana ternampak pejabat cawangan Shaklee dan terus membeli beberapa produk. R. Vanitha yang kemudiannya menjadi rakan baik saya menasihatkan saya agar mendaftar supaya dapat membeli produk pada harga pengedar. Saya bermula dengan beberapa pemakanan asas seperti Instant Protein, Vita-Lea, Vita-C dan B- Complex, dan amat berharap agar kesihatan saya pulih semula.

Selepas hampir dua minggu mengambil produk, saya berasa lebih letih. Walaupun selera saya meningkat, saya masih tidak bermaya untuk makan. Vanitha kemudiannya mengesyorkan agar mengambil Meal Shake dan Fiber Plan Daily Mix sebagai pemakanan tambahan. Anak-anak saya juga mula mengambil produk pemakanan Shaklee untuk meningkatkan kesihatan mereka. Kemudian saya diperkenalkan kepada Hajjah Zaradah yang begitu baik hati dan memberi nasihat pemakanan tambahan untuk meningkatkan lagi kesihatan saya. Dengan keyakinan saya terhadap kebaikan produk Shaklee saya ikuti nasihat beliau.

Kini saya mengambil rangkaian produk Shaklee dan doktor memberitahu bahawa kesihatan saya telah pulih. Saya teruskan juga mengambil produk untuk mengekalkan kesihatan saya. Kini saya menikmati kehidupan semula dan bukannya tidur sepanjang masa. Berat saya 44kg ketika mula diserang penyakit tersebut, tetapi kini berat saya 50kg. Mata saya tidak ladi layu dan saya kelihatan cergas. Wajah berseri menggantikan kulit saya yang pucat dan kekuningan. Saya tidak lagi merasa tertekan, malah saya semakin memberi lebih perhatian terhadap penampilan saya. Saya juga tidak lagi mengalami sakit kepala dan loya. Saya boleh melakukan semua kerja rumah dengan sendiri dan memasak untuk keluarga. Malah saya juga berupaya membantu menambah pendapatan keluarga dengan mengasuh kanak-kanak dan saya masih mempunyai masa untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang yang saya kenali. Bukan itu saja, saya juga berpeluang melakukan hobi kegemaran saya iaitu kraftangan. Begitu indah dapat menikmati kehidupan ini semula! Terima kasih Vanitha dan terima kasih Shaklee kerana membantu saya menikmati kehidupan semula!

Inilah testimoni dulu-dulu.. Saja share dengan u all semua. Namun sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, apa kata beri makanan tambahan peluang.. Mungkin ia boleh membantu....

Nak lebih info lagi, hubungi saya:-

EMAIL:   juliemauryn@yahoo.com
SMS:      0122395501
atau Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL (PM saya ok)
Salam Sayang dari Heathy by NAture...
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment