Sunday 26 February 2012

APA YANG MEMBUATKAN SUSUIBU SUSU TERBAIK UNTUK ANAK ANDA

Hello.. Entry ini saya petik dari www.americanpregnancy.org. Saja, saya nak share info tentang susuibu.....


The American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan penyusuan eksklusif untuk tempoh enam bulan pertama dan diteruskan sekurang-kurangnya 12 bulan. Sebenarnya penyusuan susuibu memberi kebaikan bagi kedua-dua bayi dan ibu. Untuk bayi, ia boleh melindungi daripada jangkitan dan mengurangkan kadar masalah kesihatan kemudian, termasuk kencing manis, obesiti, dan asma.

Bagi ibu-ibu pula, menyusukan bayi membantu kontraksi rahim  dan pendarahan terhenti lebih cepat selepas bersalin. Penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari dan juga menyediakan satu cara yang baik untuk ibu-ibu menjalinkan hubungan yang rapat dengan bayi mereka.


Kebaikan susuibu pula tersangatlah banyak.. Susu ibu sumber pemakanan yang terbaik terutamanya untuk bayi baru lahir. Banyak komponen dalam susu ibu dapat membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan dan penyakit. Protein dalam susu ibu lebih mudah dihadamkan berbanding dalam formula atau susu lembu. Kalsium dan besi dalam susu ibu juga lebih mudah diserap.

Berikut adalah gambaran ringkas mengenai komponen dan nutrien yang disalurkan kepada anak melalui susuibu:-


 
Protein
Susuibu mengandungi dua jenis: whey protein dan kasein. (Casein adalah kandungan protin yang terkandung dalam susu. Whey protein merupakan serum susu). Kira-kira 60% whey, manakala 40% adalah kasein. Peratus kandungan protein ini membolehkan pencernaan yang cepat dan mudah. Jika susu tiruan atau formula, mempunyai peratusan kaseinnya lebigh tinggi, ini menyebabkan ia lebih sukar dicerna. Kira-kira 60-80% semua protein dalam susuibua ialah protein whey. Protein ini memainkan peranan yang besar dalam perlindungan daripada jangkitan penyakit.
Dibawah disenaraikan beberapa protein khusus yang dijumpai dalam susuibu:
Laktoferin -  menghalang pertumbuhan bakteria yang bergantung kepada zat besi dalam saluran gastrousus. Ini menghalang organisma tertentu, seperti koliform dan yis, yang akan mengunakan zat besi yang kita makan.
    
 

Secretory IgA - berfungsi untuk melindungi bayi daripada virus dan bakteria. Ia juga membantu memberi perlindungan terhadap bakteria E. Coli dan juga mungkin beberapa alahan. Imunoglobulin lain, termasuk IgG dan IgM, di dalam susu ibu juga membantu melindungi daripada jangkitan bakteria dan virus. Memakan ikan boleh membantu meningkatkan jumlah protein ini dalam susuibu anda.
    
 

Lysozyme merupakan enzim yang melindungi bayi terhadap E. Coli dan Salmonella. Ia juga menggalakkan kesihatan usus dan mempunyai fungsi anti-radang.
   
 

Bifidus factor menyokong pertumbuhan lactobacillus. Lactobacillus adalah bakteria yang berguna untuk melindungi bayi daripada bakteria berbahaya. Ia mewujudkan persekitaran berasid di mana bakteria jahat tidak boleh hidup

Lemak

Susuibu juga mengandungi lemak yang penting untuk kesihatan bayi. Lemak penting untuk perkembangan otak, penyerapan vitamin larut lemak, dan merupakan sumber kalori. Asid lemakseperti omega 3 diperlukan untuk otak, retina, dan pembangunan sistem saraf. Asid lemak ini disimpan di dalam otak semasa trimester terakhir kehamilan dan juga didalam susu ibu.
 

Vitamin
Jumlah dan jenis vitamin dalam susuibu sangat berkait dengan pengambilan vitamin oleh siibu. Oleh sebab inilah penting untuk memastikan pemakanan yang mencukupi, termasuklah vitamin. Vitamin larut lemak, termasuk vitamin A, D, E, dan K, adalah penting untuk kesihatan bayi. Vitamin larut air seperti vitamin C, riboflavin, niasin, dan asid panthothenic juga tidak kurang pentingnya. Oleh kerana keperluan vitamin adalah penting, maka kebanyakkan penyedia penjagaan kesihatan dan perunding laktasi akan menyarankan ibu-ibu susu terus vitamin pranatal mereka.
 

Karbohidrat

Laktosa ialah karbohidrat utama yang ditemui dalam susuibu. Ia menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah kalori yang disediakan oleh susu ibu. Laktosa membantu untuk mengurangkan jumlah bakteria yang tidak sihat di dalam perut agar penyerapan kalsium, fosforus dan magnesium dapat ditingkatkan. Ia  juga membantu untuk melawan penyakit dan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang sihat di dalam perut.

 
SUSUIBU is the BEST
Susu ibu mempunyai kombinasi sempurna protein, lemak, vitamin, dan karbohidrat. Tiada kombinasi yang lebih baik untuk kesihatan bayi anda. Leukosit merupakan sel hidup yang hanya dijumpai dalam susu ibu. Ia membantu melawan jangkitan. Ia adalah antibodi, sel-sel hidup, enzim dan hormon yang membuat susu ibu merupakan susu terbaik. Ini tidak boleh ditambah kepada formula.


Saya saja nak tambah kenapa kami cadangkan supplemen 3M kepada ibu2 menyusu? Kerana 3M mengandungi Vitamin, zat galian dan Protin, sejajar dengan kandungan susuibu itu sendiri...


Nak lebih info lagi, hubungi saya:-

EMAIL:   juliemauryn@yahoo.com
SMS:      0122395501
atau Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL (PM saya ok)
Salam Sayang dari Heathy by NAture...
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment