Sumber: http://www.nichd.nih.gov/health/topics/gestational_diabetes.cfm
Gestational Diabetes
Apa itu gestational diabetes?
Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM, adalah diabetes semasa mengandung. Ini adalah sejenis diabetes timbul apabila seorang perempuan mengandung tetapi tidak mempunyai diabetes semasa belum mengandung.
Selalunya, perut dan usus akan menghadam karbohidrat dalam makanan dan menukarnya menjadi glucose. Selepas tu, glucose akan disalurkan ke dalam darah untuk membekalkan tenaga.
Penyaluran glucose ke sel-sel badan memerlukan hormon insulin. Hormon ini dihasilkan oleh pankreas. Sekiranya anda mempunyai diabetes, tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau sel tubuh badan tidak dapat mengunakan glucose seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan glucose terkumpul dalam darah dan menyebabkan diabetes atau kandungan gula tinggi dalam darah.
Menurut kajian (ni yang saya baca di web ya), 5% perempuan yang mengandung mempunyai GDM.
Macam Mana Nak tau jika anda ada GDM?
Selalunya ujian gula (glucose) akan dilakukan pada usia kandungan 24 - 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, maka doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.
Mengikut pengalaman saya, air ketumban saya sangat banyak. Sebab inilah doktor arahkan untuk membuat ujian gula.
2 cara Ujian GDM
1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 - 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula macam ribena tapi sangat pekat. Lepas 2 jam buat lagi pengukuran bacaan gula dalam darah.
2) Cara kedua ni simple sikit. Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika gagal kena buat prosedur No. 1.
Adakah GDM akan memberi kesan pada Baby?
Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mantain penambahan berat badan yang sihat. Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan kepada kandungan dan baby. Ini adalah beberapa risiko:-
Apa nAk buat jika ada GDM?
- Tubuh badan baby dalam kandungan lebih besar dari normal. Dalam kes ni mungkin perlu menjalankan pembedahan c-section untuk melahirkan baby.
- Kandungan darah dalam badan baby terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk mula breastfeed secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada baby. Dalam kes berat, baby mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip terus ke darah baby.
- Baby mungkin akan mempunyai jaundis.
- Baby mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.
- Baby mempunyai level mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot 'twitching' (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral pada baby.
Apa nAk buat jika ada GDM?
Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. Beberapa cara umum untuk terus sihat adalah:-
- Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.
- Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.
- Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal level gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.
- Mantain berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.
- Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.
Apa Berlaku Selepas Kelahiran?
Bagi kebanyakan wanita, level gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan level gula adalah normal. Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.
Merunut kajian anak yang mana ibunnya mempunyai GDM berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes. (Namun setakat ni saya tengok anak saya ok saja)
Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini..
Sekian untuk hari ni... Semoga diberkati selalu...
Berminat dengan produk Shaklee? Contact saya ya.....
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE
EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Info yg menarik... teringat kisah saya.
ReplyDeletesama mcm saya get GDM for 2nd prgnt. Minum air gula seawal 9minggu sebab melahirkan ank pertama seberat 4kg even by that time bebas dr GDM... Setiap bln ambil darah dan stop pd minggu ke 38. 1x bacaan tinggi dan admit ward.. sebab tak jaga makan.. Walaubagaimanapun kenaikan berat bdn kurang 5-6kg berbanding 1st prgnt. Dan hasilnya anak yg ke2 lahir kurang 0.7kg dr abgnya hihiii..:)) and free diabetes after labor.
Ada juga dgr anak GDM akan terdedah kpd diabetes.. i choose bfeeding for him.. almost 14months :)
Thanks for the info ya!