Thursday, 20 September 2012

BLACKHEAD.. cara mengatasinya

Sudah beberapa mesej yang saya terima berkenaan supplement untuk kulit muka yang mempunyai banyak blackhead. Ingin pula saya kongsikan apa itu blackhead agar kita benar-benar paham dan seterus mengerti mengapa saya syorkan supplement berkenaan.



APA ITU BLACKHEAD

  • Blackhead - nama dalam keperubatan adalah Open Comedo.
  • Ia adalah kandungan yang menyumbatkan 'pores' pada kulit.
  • Selalunya berlaku pada hidung, pipi, kawasan tepi bibir dan dagu.
  • Ia berwarna kekuningan atau hitam. 



APA PENYEBAB BLACKHEAD

  • Blackhead bukan berpunca dari kotoran di alam sekitar kita.
  • Blackhead terjadi apabila lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'
  • Apabila lebihan minyak ini terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. 
  • Sebab itulah jika kita picit keluar blackhead ni, warna hitam hanyalah pada bahagian atas sahaja.



Sekiranya pori-pori kita adalah kecil, maka pendedahan pada udara adalah kurang.
Maka tidaklah terbentuk blackhead tetapi whitehead.
Blackhead akan menjadi teruk jika terdapat kotoran dan serangan bakteria tersumbat sekali dalam pori-pori.
Ini mungkin akan menghasilkan pembentukan jerawat.

APAKAH CARA NAK MENGATASI MASALAH BLACKHEAD?

Hormon

Salah satu punca tubuh badan menghasilkan lebihan minyak pada muka adalah kerana hormon tidak stabil. Ini selalunya berlaku masa alam remaja dimana kita mengalami perubahan akil baligh. Hormon akan bercelaruan dan ini antara kesannya. Begitu juga pada beberapa wanita yang mana jerawat akan naik bila period nak datang. Nak stabilkan hormon? teruskan membaca...

 
Rajin-rajinlah mencuci muka

Perlulah kita mencuci muka agar kekotoran dan minyak lebihan yang tersembat dapat dikeluarkan. Ini mungkin memerlukan skincare yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika anda ingin memicit keluar blackhead, gunalah cara yang betul agar kulit tidak luka dan seterusnya terjadi serangan bakteria.
Bagi saya, saya suka buat facial untuk tujuan ini. Atau gunakan skincare seperti 'srcub'.. Namun apa2 pun biarlah sesuai dengan muka anda ya...

Makan makanan yang membantu dalam mencantikkan kulit

Makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran, bijirin penuh dan ikan. Ini akan membantu mengurangkan pengeluaran minyak dan membantu hormon menjadi stabil. Makanan bergoreng, bergula dan berkafein menyumbang kepada penghasilan jerawat. Pengurangan makanan ini daripada diet anda akan mengurangkan kecacatan kulit. Jika anda merokok, Berhentilah. Rokok menghalang fungsi hormon yang stabil. 
Satu lagi yang paling penting, minum air banyak....


Tidur secukupnya

Dapatkan tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada waktu malam. Ini untuk memastikan tubuh badan betul-betul berehat dan kulit boleh membuat proses pemulihannya. Tidur akan membantu menenangkan segala tekanan yang dialami oleh kulit anda.


Bersenam

Bersenamlah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana ini membantu hormon kita berfungsi dengan lebih stabil. Jika tidak dapat melakukan senaman penuh, amalkan senaman berjalan kaki.


Daripada info diatas, saya kini ingin cadangkan beberapa supplement untuk membantu memenuhi pemakan harian anda kearah mengatasi masalah blackhead dan seterusnya ke kecantikan kulit.


GLA Complex - GLA adalah satu supplement yang membantu menstabilkan hormon baik lelaki mahupun perempuan. Apa yang best dengan GLA Complex Shaklee adalah ia di padukan dengan vitamin E..

Vitamin E complex - Seperti yang kita sedia maklum vitamin E adalah vitamin yang sudah femes untuk kecantikan kulit dan awet muda. Ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru. Namun jika anda mengamalkan Vitamin GLA, tidak perlulah memakan Vitamin E complex. Kalau nak juga makan kedua-duanya, hubungi saya untuk konsultasi ya...

Vitamin b complex - Membantu dalam sintesis dan tisu baru, membantu dalam pengagihan oksigen pada tisu, mengatur hormon, terlibat dengan pertumbuhan sel, membantu dalam keadaan stress, memelihara kulit dari dalam dan menghilangkan garis-garis halus pada muka..

Vitamin C - Membentuk Kalogen yang mengukuhkan sel kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing) untuk membantu pemulihan luka dan kudis.


Itulah supplement yang minimum ya.. kalau nak tambah ESP dan Carotomax lagi bagus..


Jika nak tambah skincare yang berasaskan bahan semulaji, ada Skincare dari Shaklee iaitu NutriWhite dan Enfuselle...


Interested dengan mana-mana produk Shaklee???.. hubungi saya di..

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com

SMS: 0122395501

Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL

Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE



**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

3 comments:

  1. guna la nivea extra large pore gerenti hlg blackhead tu wuwuwuw

    ReplyDelete
  2. Gud info.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. Betul Miss V... kena rajin keluarkan blackhead tukan...
    Welcome Cikgu...

    ReplyDelete