Sunday, 30 September 2012

GASTRIK

Hari ni saya share pasal penyakit yang saya sendiri tidak suka.. Gastrik... Dari bangku sekolah lagi saya perlu makan berat seperti nasi, kalau tidak gastrik mesti naik. Kalau bangun pagi tidak makan atau minum, lepas satu jam mesti naik gastrik. Kalau minum nescafe aduii.. sampai ke petangnya akan rasa gastrik tu.. Saya sharekan disini info pasal gastrik ni ya... (sumber: http://pmr.penerangan.gov.my)

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
gastritis


Tip Untuk Mengelak Gastrik
  • Minum banyak air kerana ini membantu melancarkan pelinciran dalam perut dan meningkatkan fungsi perut dan lain-lain sistem penghadaman dan penyingkiran seperti usus besar dan kecil.

  • Bersenam akan membantu meningkatkan fumgsi seluruh tubuh badan termasuklah perut dan organ hati. Bagi saya, apabila bersenam, gas2 yang terperangkap dalam tubuh akan keluar secara 'burp'..

  • Jangan skip makan. Ini akan menyebabkan perut berasid dan menyebabkan gastrik

  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan gastrik. Seperti contoh minuman berkafein, cuka, citrus, coklat, air limau dan lain-lain lagi.

  • Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Elakkan makanan yang berlemak
  • Elakkan merokok dan alkohol. Ini akan meransangkan penghasilan asid dalam perut

  • Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung sebab makanan-makanan nie membuatkan perut berangin dan kembung.

  • Amalkan rutin masa makan yang sama pada setiap hari. Jangan ubah-ubah masa
     Inilah beberapa tips yang saya sendiri amalkan ya... Dari segi supplement pula, terdapat beberapa yang membantu dalam masalah ini. INi termasuklah Vivix, Zinc, Alfalfa, Carotomax, OmegaGuard, Namun 2 yang penting adalah
    Energizing Soy Protein dan Meal Shakes.. Campurkan kedua-dua ini untuk diminum 3 -4 kali sehari... Jika tidak mampu, ESP sahaja pun boleh.
    Ostematrix - Kerana sifat alkalinya

    Saya kongsikan pengalaman seorang pengamal Shaklee ya....

     

    Ok. Jika anda mempunyai masalah gastrik, janganlah biarkan ia menyusahkan hidup anda.. Buatlah sesuatu, ikutilah tips2 diatas ya... Dan kalau berminat dengan supplement jangan segan cari saya....


    EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
    SMS: 0122395501
    Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
    Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE


    **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment