Tuesday, 18 June 2013

SUSU BERKURANG SEJAK BEKERJA

Q: Saya adalah seorang ibu breastfeed yang baru masuk kerja. Sangat susah untuk saya nak pam selalu. Kini saya hanya mampu mengepam 0.5 - 1 oz sahaja, sebelum ini 4 - 5 oz... Bolehkah saya meningkatkan semula hasil perahan saya?



Soalan ini adalah antara soalan yang kerap saya terima dari ibu-ibu yang mempunyai masalah hasil perahan yang sedikit... Saya kongsikan disini berkenaan perkara ini ya...



Walapun anda hanya mendapat 0.5 oz, ianya masih lagi berbaloi untuk terus mengepam susu anda. Mengepam di tempat kerja anda akan meneruskan hubungan ibu dan bayi walaupun anda berjauhan. Ramai ibu yang mempunyai masalah yang sama, janganlah terlalu risau tetapi cubalah amalkan beberapa tips ini...


Think Positive! Mula-mula sekali, ubah pemikiran anda. Penyusuan susuibu ni sering dikaitkan dengan keyakinan diri. Relax dan janganlah terlalu risau dengan betapa sedikitnya hasil perahan anda kerana ini mungkin akan menggurangkan lagi hasil perahan. Disebaliknya, fokus kepada apa yang anda mampu perah. Bersyukurlah yang anda mampu breastfeed. Dan percayalah hasil perahan anda pasti akan meningkat.


Kenal pastikan masalah kenapa anda jarang mengepam. Ini amat penting untuk menruskan perjuangan anda. Janganlah rasa bersalah untuk meminta bos anda 15-20 minit untuk mengepam susu. Cari tempat yang sesuai untuk mengepam dan berbincanglah dengan majikan anda berkenaan hal ini. Ingat, ibu bekerja yang menyusukan anak akan kurang mengambil MC kerana anak akan kurang jatuh sakit. Jangan takut, dulu bos saya, seorang lelaki, pun memahami keadaan ini.


Tingkatkan ransangan hormon menyusu. Terdapat beberapa cara untuk merangsang 'refleks let down' susu anda. Boleh cuba urut payudara beberapa minit dan minum beberapa gelas air sebelum anda mengepam. Letakkan selimut atau sekeping pakaian bayi berdekatan dengan anda agar boleh menghidu bau baby. Letakkan gambar baby di mana anda boleh melihat semasa mengepam. Boleh juga menelefon untuk mendengar suara baby.  Sambil anda melihat, menghidu bau, dan mendengar suara bayi anda, gambarkan aliran susu anda mengalir. Amat penting untuk relax dan duduk untuk mengepam. Muzik yang menenangkan boleh membantu (gunakan Ipod atau walkman untuk mengurangkan gangguan).

Pam lebih kerap. Jika boleh, pam sekerap mana bayi anda akan breastfeed, sebaik-baiknya setiap dua hingga tiga jam. Mengepam lebih kerap dalam tempoh masa yang pendek lebih berkesan dalam merangsangkan refleks let down anda.

Pilihlah pam yang sesuai untuk anda. Klik disini untuk mengetahui faktor-faktor pemilihan breastpump.



Banyakkan directfeed semasa anda bersama baby. Cuba directfeed sepenuhnya semasa bayi anda berada bersama anda.  Hisapan bayi merupakan rangsangan yang amat berkesan berbanding dengan pam. Mintalah bantuan suami dalam menyelesaikan kerja rumah agar anda dapat meluangkan masa untuk menyusukan bayi anda dengan kerap.



Setakat ini yang saya mampu sharekan pada hari ini... Saya berharap ini sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan susuibu anda...


Jika anda ibu bekerja yang sering letih, stress dengan kerja kat ofis dan rumah.. sehingga menyebabkan susuibu anda merundum...  Apa kata cuba supplement Shaklee... Ia membantu membekalkan supplement untuk tubuh terus sihat, meningkatkan tenaga dan seterusnya membantu melancarkan penghasilan susuibu anda....

PM saya untuk mengetahui set-set breastfeeding yang ada ya....


Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
















No comments:

Post a Comment