Wednesday, 5 June 2013

MENGUBAH TABIAT MAKAN ANAK ANDA

Terus terang, saya sendiri mempunyai masalah anak tak nak makan sayur.. memilih makanan. Biarpun saya campurkan sayur yang dah lumat dalam nasi, masih juga ditolak oleh anak saya...



Jika anda juga mengalami masalah cara pemakanan anak, dan ingin mengubah ke corak pemakanan yang lebih sihat, saya sharekan beberapa tips yang telah saya baca secara online ya....


- Cuba tunjukkan contoh yang baik dengan tabiat pemakanan anda sendiri.

- Hidangkan makanan dan kudapan yang menyihatkan pada waktu biasa untuk mengelakkan "curi makan" sepanjang hari.

- Jangan benarkan anak anda makan sambil menonton TV atau menyiapkan kerja rumah.

- Jadikan waktu makan suasana yang gembira dengan menjamu selera seisi keluarga.

- Galakkan anak anda untuk 'memberi perhatian kepada perut mereka' dan makan hanya apabila lapar dan bukan mengikut tabiat.

- Ajar anak-anak untuk mengunyah makanan dengan lebih perlahan dan nikmati makanan tersebut. Mereka akan lebih cepat kenyang dan kurang kemungkinan untuk terlebih makan pada waktu makan.

- Jangan menyimpan banyak makanan ringan berlemak tinggi yang tinggi kandungan gulanya.

- Jangan jadikan kunjungan ke restoran makanan segera sebahagian daripada rutin mingguan.

- Cuba libatkan anak-anak apabila menyediakan makanan kerana ini akan menyedarkan mereka tentang apa yang dimakan. 

- Jangan jadikan makanan sebagai umpan menenangkan anak-anak - sebaliknya beri perhatian, dengar dan dakap mereka.

- Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran kerana ia akan mengukuhkan idea bahawa makanan adalah sumber ketenangan. Contohnya elakkan makan makanan segera untuk meraikan laporan peperiksaan yang menggembirakan, sebaliknya belikan hadiah, tonton wayang, atau jemput rakan-rakan bermalam di rumah.

- Apabila kanak-kanak yang perlu memperbaiki tabiat pemakanan meningkat dewasa, mereka digalakkan menyimpan diari makanan, untuk mencatat apa yang mereka makan berserta waktunya. Penting untuk kita menyedari 'waktu bahaya' mengambil makanan ringan dan mencari strategi untuk mengalih perhatian daripada makanan, atau ke arah pilihan yang lebih menyihatkan.

- Kajian menunjukkan bahawa menyusukan bayi, walaupun seketika, boleh mengurangkan risiko obesiti pada usia tua.

- Ibu bapa yang menggemari diet sihat yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar adalah contoh yang baik untuk anak-anak mereka. Semakin kanak-kanak meningkat dewasa mereka cenderung untuk berpegang pada pola makan yang telah diamalkan di rumah.

- Galakkan kegiatan jasmani sebaik sahaja mereka boleh berjalan.

********************************************************************************

Itulah beberapa tips yang saya sendiri amalkan sekarang. Saya juga terus mencuba memperkenalkan makanan baru pada anak2. Dan yang penting terangkan kepadanya kebaikan makanan tersebut. Pastu, selalu juga bagi tahu keadaan di luar sana seperti sekolah, belum tentu ada makanan yang digemarinya.. Jadi kenalah belajar makan makanan lain...

Pada satu ketika dulu kesihatan anak saya amat merisaukan.. Sering sakit, sering diserang asma..
Saya berpendapat ianya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang..
Maka, saya bekalkan MEAL SHAKES pada anak-anak saya..





Sejak tu, tahap kesihatan memang meningkat. Asma juga kini jarang menyerang... Nak baca cerita anak saya ?? KLIK DISINI

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang MEAL SHAKES, PM saya ya...



DAPATKAN MEAL SHAKES DI BULAN JUN INI.... 
SEMENTARA PROMO SEDANG BERJALAN YA!!!!!


Sekian dan salam sayang ya.....

Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 





* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment