Monday, 9 April 2012

MENGANDUNG DAN PEMAKANAN HARIAN

HAII.. Entry hari ni saya petik dari buku/majalah HealthToday: newparents special edition... Saya suka baca majalah HealthToday ni sebab banyak info pasal kesihatan... Saya ingin share sikit2 kat sini... Tajuk:

Mengandung dan Nutrisi

Apabila anda mengamalkan pemakanan yang sihat semasa mengandung, ini akan mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi terlalu awal atau terlalu kecil. Anda juga mungkin dapat mengurangkan masalah-masalah semasa mengandung.

Target Peningkatan Berat Badan Yang sihat

Peningkatan berat badan yang terbaik semasa mengandung adalah secara perlahan tetapi stabil. Jika anda berumur dalam lingkungan 20an, cadangan pemakanan nutrisi harian (RNI) adalah 2,000 kcal. Manakala bagi yang berumur 30-50 adalah 2,180 kcal. Kementerian Kesihatan mencadangkan tambahan kalori sepanjang masa mengandung adalah seperti dibawah:-

Trimester pertama: + 0 kcal
Trimester kedua: +360 kcal
Trimester ketiga: +470kcal

Tambahkan Protin

Anda patut mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan protin (RNI: +7.5g/sehari). Protin diperlukan untuk membina sel-sel baru untuk bayi yang sihat. Tambahkan protin kepada pemakanan biasa (sebelum mengandung) dengan memakan sekeping cheese, segelas susu atau sepotong daging sebesar kotak mancis.

Air

Minum sekurang-kurangnya 8 - 10 gelas air setiap hari kerana bayi dalam kandungan memerlukannya. Air juga membantu dalam masalah sembelit, mengeluarkan toksik dan bahan buangan, dan dapat membantu menghindarkan jangkitan pada pundi kencing. Air merupakan minuman yang terbaik tetapi pilihan lain adalah:
Air dengan hirisan lemon atau limau (dapat membantu dengan masalah ketidakselesaan perut)
'Clear Soup' dengan sedikit garam sahaja

Makanan yang perlu di hadkan
  • Caffein
  • Pemanis tiruan
  • Garam
  • Makanan tinggi lemak

Makanan yang perlu dielak

  • Alkohol
  • makanan tenusu dan jus yang tidak di 'pasteur'
  • Daging, ikan, telur, daging dari hasil ternakan yang tidak dimasak penuh
  • Makanan yang diawet
  • Pewarna tiruan

Ubat dan Supplemen

Sentiasa bertanya pada Doktor sebelum mengambil ubat. Ini termasuklah vitamin untuk mengandung.
Kebaikan supplemen:-

Zat besi - membantu dalam penghasilan darah yang diperlukan oleh tubuh badan
Asid Folik- menghindarkan spina bifida (kecacatan kelahiran pada saraf tunjang atau penutupnya)
Kalsium- membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat
Zinc- menghindarkan kelahiran pra-matang dan 'pre-eclampsia'
Vitamin C- menyokong perkembangan bayi sihat, terutamanya pada trimester ketiga

Inilah beberapa kepentingan memakan secara sihat sepanjang masa kita mengandung... Ditambah pula kepentingan pengambilan supplemen... Jika anda mencari supplemen semasa mengandung (kalau tak nak makan ubat dari hospital k).. Boleh cuba Set mengandung supplement Shaklee....
Di bawa ini testimoni dari seorang kawan yang tak serasi dengan supplemen dari Klinik Swata di Thailand...

 Sekian untuk hari ini...



Nak beli produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 




No comments:

Post a Comment