Sunday, 23 October 2011

MENGATASI MASALAH KULIT BERMINYAK, JERAWAT DAN JERANGAT CARA MORDEN.

Zaman remaja, proses peningkatan individu ke alam dewasa menjadi lumrah alam bila hormon kita dikatakan tidak stabil dan menyebabkan kulit mudah berminyak dan paling teruk apabila mempunyai masalah kulit seperti jerawat. Ramai  melalui kulit yang sangat berminyak, sehingga menyebabkan kelahiraan jerawat halus seterusnya jerawat batu.... Bagi saya, muka saya adalah berjenis kering dan dulu selalu kelihatan penat dan tua.

Kita selalu menyangka kekacang akan membuat jerawat keluar tapi selepas saya mengenali Shaklee dan membanyakkan bacaan mengenai kepentingan makanan, kekacang merupakan salah satu sumber protien yang lebih mudah dihadamkan berbanding sumber haiwan seperti daging dan ayam.

Melalui pembacaan, saya mendapati kulit berminyak mempunyai kaitan dengan banyak aspek...luar dan dalaman seseorang iaitu dari segi pemakananan.Pemakanan juga menyumbangkan ke arah kecantikan luaran seseorang. Elakkan makanan berminyak seperti kulit ayam goreng terutamanya.

Dari segi dalaman, pengambilan vitamin yang membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik ialah :

Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan tompokan hitam bekas jerawat, boleh cuba amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin yang dinyatakan atau selain itu boleh amalkan pengambilan supplement jika mampu. Tidak salah kita peruntukan sedikit kewangan untuk kecantikan diri sendiri.


Boleh email saya di juliemauryn@yahoo.com atau PM saja saya di FB ok...
Salam sayang dari Healthy by Nature

No comments:

Post a Comment