Wednesday, 17 October 2012

KOMPUTER: KESANNYA TERHADAP KESIHATAN MATA

Pengenalan

Peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan- tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat telah menimbulkan kebimbangan akan kesannya terhadap fungsi penglihatan. Dianggarkan 25% hingga 93% pengguna komputer mengalami simptom-simptom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer.

Gejala dan tanda

Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah:

1. Sengal-sengal mata (eyestrain)
2. Kabur penglihatan
3. Mata kering (dry eyes)
4. Ketidakselesaan penglihatan
5. Sakit kepala.
6. Simptom-simptom lain yang turut disebabkan oleh penggunaan komputer seperti sakit dibahagian tengkuk dan juga belakang badan (back and neck pain).

Semua simptom-simptom diatas boleh digolongkan sebagai tanda-tanda bagi sindrom penglihatan penggunaan komputer (computer vision syndrome).

Dua Perkara yang penting semasa berhadapan dengan komputer adalah:-

Pencahayaan

Pencahayaan adalah amat penting di dalam menentukan keselesaan penggunaan komputer. Pencahayaan yang sesuai meningkatkan tahap keselesaan dan meminimumkan gangguan serta keletihan visual (visual fatigue).

* Persekitaran yang ideal ialah persekitaran yang mempunyai tahap kecerahan yang sekata pada keseluruhan medan penglihatan pengguna komputer.
* Sumber cahaya yang berlebihan (seperti cahaya dari tingkap) perlu dikurangkan dengan penggunaan langsir atau menggelapkan tingkap terbabit. Namun begitu, sekiranya sumber-sumber cahaya yang berlebihan berkenaan tidak dapat dielakkan, maka tukarlah posisi meja atau komputer anda.
* Penggunaan penapis anti-silau juga dapat membantu mengurangkan silau dan meningkatkan kontras paparan komputer. Ini dapat membantu mengurangkan pantulan cahaya seterusnya mengurangkan ketidakselesaan visual.


Ergonomik

Di samping itu juga, suai-letak paparan computer juga memainkan peranan dalam memberikan keselesaan terhadap penggunaan komputer. Prinsip asas seperti berikut boleh diamalkan :

* Jarak skrin paparan daripada mata supaya berada di antara 16 hingga 30 inci.

Skrin paparan berada 10 hingga 20 darjah di bawah paras mata. Dengan cara ini, simptom-simptom fizikal akibat postur yang salah dapat dielakkan, dan keselesaan penggunaan komputer juga dapat ditingkatkan.





Masalah Berkaitan Penglihatan Seseorang

1. Penglihatan Lesu (Visual Fatigue)

Penggunaan komputer yang berterusan untuk jangka masa yang lama didapati menyumbang kepada masalah-masalah yang berkaitan penglihatan. Adalah disarankan supaya pengguna komputer berehat selepas menggunakan komputer berterusan untuk sesuatu jangka waktu :
* Rehatkan mata dengan memandang objek-objek jauh dua kali setiap jam selama satu hingga dua minit sebelum meneruskan tugasan komputer. Ini membolehkan sistem penglihatan direhatkan seterusnya dapat menghindari masalah-masalah seperti kabur penglihatan sementara serta sengal-sengal mata yang lazim dialami akibat penggunaan komputer secara berterusan.

2. Sindrom Mata Kering (Dry Eye Syndrome)
Satu lagi kesan penggunaan komputer yang berpanjangan ialah Sindrom mata kering. Apabila kita terlalu lama memandang komputer, mata akan kurang mengelipkan menyebabkan air mata pra-kornea lebih cepat tersejat ke persekitaran. Ini boleh mengakibatkan rasa iritasi dan juga kepedihan mata.
* Titisan lubrikasi seperti titisan air mata tiruan (artificial tears) yang boleh didapati di farmasi-farmasi boleh digunakan. Namun begitu, konsultasi daripada optometrist adalah penting sebelum sebarang cecair lubrikasi digunakan khususnya jika anda mengunakan kanta sentuh. Cecair lubrikasi ini mempunyai kandungan bahan pengawet tertentu yang mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan dan juga merosakkan kanta sentuh yang dipakai oleh pengguna.

3. Rabun Penglihatan

Bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun jauh, rabun dekat dan juga presbiopia (akibat peningkatan umur), penggunaan komputer pada jangka waktu yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah terhadap sistem penglihatan.
*Pengguna komputer yang menggunakan komputer lebih daripada satu jam sehari, disarankan memakai cermin mata khusus bagi penggunaan komputer (computer glasses). Terdapat pelbagai jenis cermin mata khas bagi penggunaan komputer. Di antaranya ialah cermin mata jenis bifokal, multifocal, trifoxal dan juga progresif. Pemilihan jenis cermin mata adalah bergantung kepada keperluan pengguna serta nasihat dan konsultasi daripada optometrist bertauliah. Optometrist perlu menjalankan pemeriksaan refraksi khas bagi tujuan ini untuk membolehkan cadangan dan saranan dikemukakan kepada pengguna bagi memilih jenis cermin mata yang besesuaian dengan kehendak dan keperluan pengguna komputer.


Apakah makanan yang meningkatkan kesihatan mata?




Vitamin A: Tomato, buah betik, carot dan susu
Vitamin C:  Buah Oren, strawberri, peppers dan broccoli.
Vitamin E:  kakacang dan bebiji
Zeaxanthin dab Lutein: sayuran hijaun, mangga, kiwi, honeydew, peas, broccoli, jagung, anggur merah dan buah oren.

Apakah makanan tambahan dari Shaklee yang menyokong kesihatan mata?

Carotomax.



 
Kandungan: 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpair laut, tomato bukan GMO, biji anggur, Pot MArigold, Epal, Strawberi, Minyak sawit, Brokoli, ubi kentang, cantaloupe dan karot.

Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk kesihatan mata, kulit dan membran mukosa.

1) Alpha dan Beta Carotene: Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan.

2) Lycopene: Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ

3) Lutein: Menyekat katarak

4) Zeaxanthin: Melindungi mata, menuras gelombang biru pendek berbahaya.



 Apa2 pertanyaan, PM saya untuk info ya....


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE 


 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment