Monday, 22 October 2012

Kebaikan Kacang Soya Pada Kecantikan Kulit

Kacang soya sering dikatakan berbeza daripada makanan tumbuhan lain. Ini adalah kerana kandungan proteinnya yang berkualiti tinggi. Soya juga mengandungi serat dan isoflavon. Isoflavon adalah sejenis sebatian tumbuh-tumbuhan yang dipanggil fitoestrogen. Ia yang mempunyai aktiviti estrogenik. Pengambilan makanan soya boleh mengurangkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, soya mungkin mempunyai beberapa kesan positif pada kulit. Sebagai bahan penjagaan kulit, soya dikatakan dapat membantu mengurangkan kedutan, membaiki kerosakan disebabkan oleh cahaya matahari dan juga membantu menegangkan kulit kendur.
Dibawa ini adalah beberapa kebaikan soya kepada kulit.



Pelembap Pintar

Soya mungkin amat bermanfaat untuk orang dengan kulit kombinasi. Soya kadang-kadang dirujuk sebagai pelembap "pintar" kerana mempunyai kebolehan semula jadi untuk melembapkan kawasan kering dan pada masa yang sama mengurangkan kulit berminyak di bahagian kulit lain. Pelembap yang mengandungi soya dikatakan dapat membantu melembutkan dan melicinkan kulit serta meratakan warna tona kulit.
 



 Kedutan (Wrinkles)

Sejenis isoflavon yang terdapat dalam soya dipanggil aglycones telah menunjukkan dapat membantu dalam memperbaiki penampilan penuaan kulit, termasuklah mengurangkan garis-garis halus kedutan.

Satu kajian dari Jepun yang diterbitkan pada Februari 2007 dalam
"Journal of Nutritional Science and Vitaminology" menyimpulkan bahawa pengambilan 40mg soya aglycones mg setiap hari, selama lebih 12 minggu, telah memperbaiki kulit 26 sukarelawan wanita antara umur dari 30-an lewat 40-an awal.

Walaupun penemuan ini menggalakkan, Klinik Mayo menunjukkan penyelidikan tambahan diperlukan untuk menyokong peranan soya dalam penjagaan kulit anti-penuaan.



Menegangkan Kulit

Soya membantu dalam meningkatkan ketegangan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen. Ia juga menggalakkan pembaikan fiber elastin dalam kulit. Kolagen dan fiber elastinlah yang bertanggung jawap dalam ketengangan kulit. Semakin usia meningkat, fiber elastin akan menjadi lemah dan menyebabkan kulit mengendur.



Sebenarnya banyak manfaat meminum atau makan kacang soya ni. Ini baru bab kulit, belum lagi bab kesihatan.. Di Shaklee produk soya, ESP ( Soy Protein Isolate Powder)  adalah antara produk yang terlaris.
Ramai yang telah menggamalkannya dan nampak peningkatan dalam kecantikan kulit mereka.. Ni diantaranya...







Ok, setakat disini dulu untuk hari ni. Cuba tambah ESP dalam diet anda dan lihat perbezaannya.. Apa2 pertanyaan, PM saya untuk info ya....


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE 


 **These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any diseas




No comments:

Post a Comment