Tuesday, 16 October 2012

COLIC (KOLIK) pada baby

Teringat kembali 11 tahun dahulu, baby kakak saya yang berumur 2 bulan asyik menangis tak henti-henti. Lebih kurang pukul 6 petang, baby Cyn akan menagis kuat. Dipeluk, didukung sambil digoyang-goyang pun tak berhenti, masukkan dalam ayunan pun menanggis.. Ini berlaku hinggalah baby Cyn tertidur. Kadang-kadang pukul 8-9 tertidur, terjaga pada pukul 10mlm, nangis lagi... Kakak saya masa tu memang stress, kami dirumah pun sangat risau. Sehingga saya berpendapat mungkin Baby Cyn nampak sesuatu.. ye la kan waktu senja.... Banyak yang dibuat, namun akhirnya bila berjumpa pakar kanak-kanak, dikatakan baby Cyn ada Colic (Kolik).

Sebenarnya adalah perkara biasa untuk bayi untuk melalui satu jangkamasa dimana baby akan menangis tanpa sebarang sebab. Minum semuanya cukup tapi menangis keresahan atau kesakitan. Ini adalah salah satu siptom Colic. Beberapa simptom baby yang mengalami Colic adalah seperti berikut....


*Klik jika tidak boleh lihat sepenuhnya

Colic adalah kesakitan yang teramat sakit dialami oleh bayi. Ia biasanya dikategorikan sebagai sakit akut perut dengan kekejangan yang teruk. Memandangkan bayi tidak boleh menggambarkan apa sebenarnya yang mereka alami, maka adalah sukar bagi ibu bapa untuk mengetahui punca sebenar keresahan bayi mereka.

Colic biasanya berlaku pada usia bayi : beberapa minggu ke 4 bulan. Jarang sekali ia berterusan sehingga bayi berumur 6 bulan keatas.  Pakar kanak-kanak selalu menggunakan "Rule of Three" untuk mengdiagnos baby colic. 

 "Rule of Three" to diagnose colic: "A baby that cries for three or more hours per day, at least three times per week, within a three month period"

- Bayi menangis 3 jam (atau lebih dari 3 jam) dalam sehari, sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu, dalam masa 3 bulan. 


Apa penyebab Colic?

Tidak diketahui penyebab sebenar colic ni. Tapi beberapa faktor dibawa ini mungkin menjadi faktor terjadinya colic

-Bayi mempunyai sistem penghadaman yang belum matang, dan belum pernah mencerna makanan sebelum bayi dilahirkan. Sistem penghadaman bayi ini masih dalam proses 'belajar' untuk berfungsi dengan betul. Otot yang menyokong sistem penghadaman belum lagi mencapai corak pergerakan yang optimum untuk mengerakkan makanan dalam usus. Bayi yang baru dilahirkan juga kekurangan flora bakteria (probiotik) yang membantu penghadaman. Ini menerangkan mengapa hampir semua bayi mengalami colic dalam tempoh enam bulan pertama.

- Jika  ibu meyusukan baby, mungkin terdapat makanan yang dimakan oleh ibu-ibu menyusu mengandungi bahan kimia atau alergen yang boleh membuat bayi colic.Melalui susuibu, beberapa makanan mungkin menghasilkan gas yang menyebabkan perut bayi kembung.

- Baby mungkin tertelan udara semasa menyusu atau ketika menangis.



Bagaimana Untuk Mengatasi Colic?

Terdapat berbagai petua untuk menggurangkan colic ni. Ada yang memberi bayi mereka Gripe water, gosok minyak kayu putih atau minyak yu yee atau minyak telon pada perut bayi.... Saya tidak berani mencadangkan petua yang melibatkan bayi minum atau makan sesuatu sebab semua ni perlulah mendapat nasihat doktor. Namun jika anda adalah ibu menyusu, mungkin perlu kaji pemakanan kita. Mungkin ada yang menyebabkan bayi colic. 

Sekiranya baby anda mempunyai simptom colic, bawalah berjumpa doktor. Kakak saya dahulu pun begitu. Tension memikir ni, itu, cuba ubat kampung, herba.. Selepas berjumpa doktor, diberi ubat... beberapa hari baby Cyn bertambah ok dah....

Berikut adalah beberapa bahan semulajadi yang dikatakan dapat membantu melegakan sakit perut...  Jangan bagi makan kat baby ya...



Pic are credit to:
http://coliccalm.com/baby_infant_newborn_articles/baby_colic_treatment.htm  

Sekian saja untuk hari ini ya... 

Apa2 pertanyaan tentang produk shaklee, PM saya ya....


EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL
Atau like kat Fan Page: HEALTHY BY NATURE

No comments:

Post a Comment