Monday, 21 November 2011

Kesan Sampingan / Healing Crisis

Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam2 result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam2, ada yang miuntah2, ada yang naik ruam dan sebagainya.

Apakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?

Jawapannya TIDAK.

Shaklee adalah produk dari bahan2 semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami perkara2 seperti kelesuan, pening, muntah2, demam dan sebagainya. Ini adalah disebabkan KRISIS PEMULIHAN atau healing krisis. Namun sayangnya ramai yang salah anggap, menganggapnya sebagai kesan sampingan.


Apakah yang menyebabkan krisis pemulihan?

1. Krisis pemulihan adalah petanda yang baik kerana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang anda ambil.

2. Krisis pemulihan adalah tanda sel badan dan organ dalaman anda sedang dirawat.

3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.(Jika perlu customer disarankan mengambil herb-Lax untuk penyingkiran toksik)

4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.

Biasanya yang mengalami krisis pemulihan adalah mereka yang tidak pernah mengambil sebarang vitamin sebelumnya, terdedah kepada pencemaran, kurang rehat, badan terlalu penat/lemah, stress dan mempunyai penyakit.

Usah dirisaukan sekiranya anda mengalami krisis pemulihan kerana ia adalah sementara dan satu petanda yang amat bagus. Cara untuk mengatasinya ialah dengan menambah kuantiti air yang diambil, dah berdoa sebanyak-banyaknya.

Vitamin tidak sesuai?

Ya, ada beberapa golongan yang tidak sesuai untuk mengambil sesetengah vitamin.

1. Mereka yang menghidap diabetes TIDAK SESUAI mengambil soy protein..

2. Mereka yang menghidap SLE (lupus)dan masalah buah pinggang. tidak sesuai mengambil alfalfa.

Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk SLE.

Lain-lain, yakin dengan apa yag kita ambil, dan lenhkapka n pengetahuan seperti di atas, agar kita tidak terlepas dari mendapat kebaikan Shaklee. Jika anda berhenti selepas mengalami healing crisis (krisis pemulihan), anda telah melepaskan satu peluang untuk membekalkan tubuh badan sengan nutirisi yang lebih baik.


Credit dari Ibu AddinNusa.

Sekain, Salam dari Healthy by Nature

No comments:

Post a Comment