Tuesday, 22 November 2011

6 LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN KULIT CANTIK

Kulit yang berseri dan gebu adalah langkah pertama untuk kelihatan cantik.

Didunia moden ini, kulit sebegini boleh kita miliki dengan rawatan kulit yang mahal, kulit produk high-end atau lapisan solek yang tebal.


Tetapi rahsia sebenar untuk mendapatkan kulit yang cantik adalah lebih kepada beberapa perkara asas. Ini mempunyai kaitan dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua faktor inilah yang paling penting yang mempengaruhi keadaan kulit anda.


Amalkan 6 tips dibawah untuk mendapatkan kulit cantik secara natural. 





 

Vitamin Power
 

Perbaharui kulit anda dengan pengambilan vitamin setiap hari.

i. Vitamin A membantu membaiki tisu tubuh badan, menghalang kulit kering dan melambatkan proses penuaan. Sila pastikan untuk tidak mengambil vitamin A berlebihan kerana ia memudaratkan. Pastikan anda mendapat vitamin A dengan meminum susu dan memakan cheese, telur, butter, bayam, broccoli, carrot and fish oils.

ii. Vitamin B memingkatkan proses kitaran kulit dan warna kulit. Ianya vitamin larut air, maka boleh dimakan setiap hari. Sumber vitamin B adalah yoghurt, brown bread, wheatgerm, yeast, cereal and sayuran hijau.


iii. Vitamin C membantu mengekalkan level kalogen. Kalogen adalah unsur protin pada kulit yang penting untuk proses penyembuhan kulit dan mengekalkan kulit licin, 'firm' dan kelihatan sihat. Vitamin C juga vitamin larut air, maka boleh dimakan setiap hari.Makan banyak buah-buahan citrus, strawberry, blackcurrants, ubi, cabbage, broccoli and sprouts.


Air, Pastikan Minum Air Mencukupi

 

Air mengeluarkan toksin dari tubuh badan, maka perlu minum banyak air.

Pastikan meminum air sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari.




Tidur Untuk Kecantikan

 

Kulit kita yang sering terdedah kepada berbagai agen kerosakkan pada siang hari dibaiki semasa kita tidur.

Berapa jam perlu tidur bergantung kepada induvidu. Ada yang memerlukan 8 hingg 9 jam, manakala, ada yang hanya memerlukan 5 jam sahaja untuk membaiki kerosakkan kulit.


Ingat, Perlu tidur untuk mendapatkan kulit cantik.



Jangan Stress
 

Stress dan tension mempercepatkan pembentukkan garis-garis penuaan pada bahagian mata kita.

Kalau boleh, jangan stress selalu. Mengamalkan Yoga dapat menggurangkan stress.

 

Alam Sekitar dan Kulit Anda

Pencemaran dan pendedahan kepada sinar ultraviolet akan merosakkan kulit anda.


Adalah penting untuk menggunakan krim atau losyen sunblock untuk menlindungi kulit anda.


Pililah SPF (Sun Protection Factor) yang bersesuaian dengan corak hidup anda.

Kalau anda selalu menghabiskan masa di rumah atau pejabat, SPF 15 sudah memadai.
Kalau anda akan berada diluar selama 1 hingga 2 jam, SPF 30 mungkin diperlukan.
Kalau anda mempunyai aktiviti luar selama 2 jam atau lebih, SPF 50 mungkin diperlukan.


Hadkan tabiat kurang sihat


Kita semua maklum bahawa pengambilan alkohol, merokok dan dadah bukanlah langkah kearah kulit yang cantik. Jika diambil berlebihan sudah tentu kulit kita kelihatan tidak sihat.


Salam Sayang dari Heathy by Nature....

No comments:

Post a Comment