Monday, 25 June 2012

PERCUTIAN MENYUSU ATAU NURSING VACATION: ANTARA CARA MENINGKATKAN SUSUIBU ANDA

Salam sayang semua.... Pernah tak ibu-ibu dengar istilah 'Nursing Vacation' atau jika saya terjemahkan adalah 'Percutian Menyusu'? Nursing Vacation adalah salah satu cara yang boleh dibuat untuk meningkatkan penghasilan susuibu anda.



Nursing Vacation boleh dilakukan pada hujung minggu atau pada masa anda bercuti dari pekerjaan harian anda. Konsepnya adalah mudah, anda cuma perlu meluangkan sepenuh masa anda dengan bayi anda semasa percutian ini. Ini bukan bermaksud anda perlu tempat peranginan ok.. Dirumah saja.... Apa yang perlu dibuat apabila anda dalam Nursing Vacation adalah:-
 

1) Susukan bayi atau pam sekerap mungkin.
 Susukan anak anda sekurang-kurangnya setiap 1 1/2 hingga 2 jam pada siang hari dan sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada waktu malam. Ini perlu dibuat walaupun anda terpaksa menyedarkan bayi anda dari tidur. Setiap 1 1/2 - 2 jam diukur dari setiap permulaan waktu bayi menyusu. Jika boleh, susukanlah bayi dengan cara 'direct' atau lansung dari ibu. Ini adalah lebih baik berbanding mengepam kerana akan merangsang payudara anda dengan lebih berkesan agar lebih banyak susuibu akan terhasil.
 

2) Susukan bayi pada kedua-dua  payudara sehingga bayi sendiri berhenti menyusu dan menarik dirinya sendiri daripada payudara anda, atau sehingga bayi tertidur.

3) Susukan bayi dengan kedua-dua payudara setiap kali menyusu.




4) Sekiranya bayi tidak boleh menyusu secara direct, gunakan pam elektrik untuk mengepam. Double pumping adalah lebih effektif (seperti Pam Freestyle Madela, Ameda dual Pump dlll). Pengepaman kedua-dua payudara secara serentak telah terbukti dapat meningkatkan tahap Prolaktin. Prolaktin adalah hormon yang merangsang pengeluaran susu. Pamlah selama 10-15 minit setiap sesi.

5) Sekiranya bayi tidak dapat memenuhi penyusuan setiap 1 1/2 - 2 jam, mungkin kerana bayi tidur lama, gunalah pam untuk mengosongkan payudara. Anda juga mungkin perlu mengepam beberapa minit tambahan (5-10) selepas bayi selesai menyusu secara direct. Ini akan memberi signal pada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.

6) Selalunya bayi suka menghisap untuk tujuan menyusu mahupun untuk merasa selesa. Biarkan bayi memenuhi semua keperluan menghisapnya di payudara anda. Elakkan dari memberi sebarang botol atau puting pada masa ini. Ini akan memberi ransangan kepada payudara dan justeru itu penghasilan susuibu pun boleh meningkat.

 
7) Makan secukupnya dan makanlah makanan yang kaya dengan protein dan kalsium.
 

8) Minum cukup air untuk memuaskan dahaga anda. 

9) Berehat dengan seberapa banyak yang boleh. Tidurlah bersama bayi anda dalam tempoh masa ini. Ini akan meningkatkan hubungan kulit ke kulit antara bayi dan ibu. Selain memberi ransangan pada hormon penyusuan, ia juga menggalakkan bayi untuk menyusu lebih kerap.

 10) Sesetengah ibu mendapati bahawa herba atau halba, membantu untuk meningkatkan penghasilan susuibu. Kesann ini bertindak lebih baik apabila siibu kerapkan penyusuan atau pam. Kebanyakan ibu notis pertambahan susuibu selepas memakan herba atau halba selama 1-3 hari. Ia adalah selamat untuk bayi anda. Namun ada ibu mengadu mengalami cirit-birit ketika mengambil herba ini. Ceret beret ini akan hilang apabila mereka berhenti mengambilnya. Jika anda menghidap asma, gejala anda mungkin menjadi lebih buruk dengan halba. Antara herba yang sering digunakan untuk meningkatkan bekalan susu adalah fenugreek, Blessed Thistle dan Alfalfa. Bagi sesetengah ibu, kombinasi herba beberapa herba berfungsi lebih baik daripada penggunaan satu herba sahaja.

Saya ingin mengambil perhatian anda pada makanan yang kaya dengan protein dan kalsium, yang mana kita jarang beri perhatian.



Ibu menyusu memerlukan 1200mg kalsium sehari. Ini adalah bersamaan dengan jumlah yang terkandung dalam empat gelas susu rendah lemak. Jika pengambilan kalsium anda rtidak mencapai jumlah yang disyorkan, maka kalsium akan ditarik dari tulang dan gigi anda, ini menyebabkan kesihatan tulang anda akan terjejas.

Untuk protin pula, sebanyak 70 gram protein yang diperlukan untuk ibu-ibu yang menyusu. Sebagai contoh, ini adalah bersamaan dua gelas susu, 5-auns daging ayam dan dua cawan yogurt.

Saya sendiri sebenarnya tidak dapat mengikuti diet ini. Sebab itulah (pendapat saya ok), bekalan susu badan saya pernah berkurang pada tahap kritikal. Saya telah memutuskan untuk mengambil pemakanan tambahan Shaklee untuk mengisi jurang pemakanan harian saya.

Selepas melihat hasilnya, dari 6 oz meningkat kepada 12 auns setiap hari, saya meletakkan kepercayaan saya dalam supplement Shaklee kerana ia sumber asli dan terbukti berkesan pada saya ....


 Sekian saja untuk hari ini.. Jumpa lagi.... Cubalah Nursing Vacation ini untuk meningkatkan susuibu anda...

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-

EMAIL: juliemauryn@yahoo.com


SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment