Sunday, 17 June 2012

BREASTFEEDING DAN BULAN PUASA

Hello.. Bulan puasa akan tiba tidak lama lagi. Ramai ibu-ibu menyusu sudah mula rasa risau berkenaan supply susuibu mereka akan menurun pada bulan puasa ini. Tambahan pula stok mereka pada masa kini tidak banyak..

Menyusukan anak yang bergantung sepenuhnya pada susuibu adalah lebih mencabar berbanding menyusukan anak berumur 1 tahun keatas. (1 tahun keatas boleh mendapat sumber makanan lain selain susuibu.)

Disini saya tuliskan beberapa faktor yang perlu anda tahu sekiranya anda menyusukan anak di bulan puasa.


Adakah berpuasa akan membahayakan bayi yang menyusu?

Berpuasa tidak akan membawa kesan pada bayi anda ataupun menjejaskan mutu susuibu anda.

Menurut babycenter.com, satu kajian telah menunjukkan bahawa berpuasa selama 20jam tidak membawa kesan kepada penghasilan susuibu. Tetapi kajian ini dibuat dengan membenarkan wanita meminum air. Kesimpulan dibuat adalah: Tubuh badan akan menyesuaikan kekurangan makanan atau cecair dengan menghasilkan lebih banyak tenaga.


Adakah berpuasa dan menyusukan anak membahayakan kesihatan siibu?

Berpuasa dan menyusukan anak boleh membuatkan anda berasa dahaga. Apabila anda 'dehydrated' atau ternyahhidrat, ini akan membuatkan anda berasa tidak sihat. Apabila ini berlalu beberapa simptom yang berlaku adalah:-

  • Rasa dahaga
  • Air kencing akan menjadi pekat atau berwarna kuning gelap dan barbau bau kuat
  • RAsa pening, nak pengsan, lemah atau letih
  • Sakit kepala atau demam panas dan terasa amat lesu

Untuk mengelak berlakunya dehydration ini, adalah penting untuk minum sekurang-kurangnya 12 gelas jus buah-buahan, susu, minuman bernutrien  dan air sebelum puasa bermula dan perlu dilakukan setiap hari setiap hari. Juga penting untuk mendapatkan nutrien, kalori daripada makanan pepejal. Perlu memakan kira-kira 400-500 kalori tambahan. Amat sukar untuk memenuhi keperluan pemakanan ini kerana anda juga perlu tidur di malam hari.

Terdapat pengesyoran untuk bersahur dengan makanan yang indeks glisemik rendah (GI). GI adalah pengukuran kesan karbohidrat keatas tahap gula dalam darah kita. Secara umumnya, karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai GI yang tinggi. Manakala karbohidrat yang dicernakan perlahan dan melepaskan glukosa secara perlahan ke dalam saluran darah, mempunyai GI yang rendah. Beberapa contoh makanan dengan GI yang rendah adalah sebilangan sayur-sayuran, kacang, dal, mee dan nasi.

Apabila berbuka pula, adalah penting untuk minum jus bernutrien sama ada jus buah-buahan, yogurt atau air barli – tujuannya ialah untuk mendapatkan semua nutrien dan cecair dalam satu minuman.




Adakah penghasilan susuibu akan terjejas jika berpuasa?

Sekiranya keperluan pemakanan dan minuman dipenuhi pada waktu malam (tidak berpuasa), penghasilan susuibu sepatutnya tidak akan terjejas. Apa yang terjejas adalah lemak dalam susuibu akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, hanya bayi mungkin akan cepat rasa lapar dan kerap menyusu. Atau bayi mungkin akan meragam kerana tidak puas menyusu. Ini dapat diminimakan dengan memakan diet yang mengandungi lemak yang cukup. Tambahlah mentega, keju atau minum milkshake untuk memenuhi keperluan ini.

Tanda-tanda bayi tidak mendapat susu yang cukup:-

  • Bayi tidak kerap buang air ( Bayi baru lahir perlu buang air kecil sekurang-kurangnya lapan hingga 10kali sehari)
  • Tangisan nyaring yang berpanjangan atau meragam
  • Penurunan berat badan atau berat tidak bertambah
  • Bayi mahu menyusu lebih kerap atau resah dan meragam setelah menyusu

Tips untuk menggelak masalah kesihatan dan supply susuibu

Persediaan awal sebelum masa berpuasa dapat membantu agar masalah tidak timbul

  • Selesaikan tugas-tugas berat, yang memerlukan tenaga sebelum puasa bermula, supaya boleh berehat semasa puasa.
  • Sentiasa bertenang dan berehat sebanyak mungkin pada waktu siang
  • Amalkan membuat diari pemakanan supaya anda boleh memastikan jumlah makan dan minum cukup pada malam hari

Sumber: Babycenter.com

Ini sahaja buat hari ini.. Saya akan buat beberapa entry lagi berkenaan bebepara produk Shaklee yang boleh membantu semasa bulan puasa ini.. Nantikan ya...

* Penulisan saya berkenaan penyusuan dan puasa adalah berpandukan lamn-laman web berkenaan penyusuan, pengalaman kawan-kawan yang telah mengharungi menyusukan anak di bulan puasa.

Nak cuba produk Shaklee?  Boleh hubungi saya dengan berbagai cara:-



EMAIL: juliemauryn@yahoo.com
SMS: 0122395501
Add saya di facebook: JULIE MAURYN GUMPIL  
Atau like kat Fan Page:  HEALTHY BY NATURE
Salam Sayang dari Heathy by Nature...

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment