Fahami
Sistem Pertahanan Anak Anda
Memahami sistem pertahanan
anak anda membolehkan
anda melindunginya dengan lebih baik lagi.
Oleh Profesor Madya
Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Imunologi
Pediatrik & Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia.
Persekitaran hidup kita penuh dengan ‘musuh
kecil’, dalam bentuk virus, bakteria dan parasit,
yang boleh ‘menyerang’ kita pada bila-bila
sahaja.
Si manja terdedah kepada musuh ini, menjadikan
dia mudah mendapat jangkitan kerana sistem imunnya belum
cukup matang.
Selain mendapatkan pengimunan atau pelalian, anda boleh
melindungi sistem imun si manja anda secara berkesa.
Bagaimana ia bertindak
Pada asasnya, badan si manja anda boleh melindungi dirinya
sendiri menerusi sistem pertahanan badan – yang
terbina daripada rangkaian sel, tisu dan organ.
Sistem
imun kita melindungi kita, mula-mula dengan membina benteng
sekatan – yang menghalang ‘penyerang’
daripada memasuki badan kita.
Benteng sekatan ini mematahkan
serangan daripada luar badan kita.
|
|
|
|
A. Benteng pertahanan pertama: Imuniti
tidak spesifik (imuniti semulajadi)
- Kulit. Sekatan fizikal, yang mengeluarkan
sebum dan peluh antiseptik yang ringan.
- Mata. Air mata membersihkan kotoran dan
mengandungi bahan antiseptik.
- Mulut. Air liur, campuran mukus &
enzim bantu membersihkan mulut.
- Saluran pernafasan. Mukus yang dikeluarkan
di sini memerangkap organisma, yang dihantar ke tekak oleh
bulu halus dinamakan silium.
- Perut. Asid hidroklorik dalam perut membunuh
kebanyakan organisma yang menyerang.
- Saluran kemaluan dan kencing. ‘Bakteria
baik’ di dalamnya mencegah pertumbuhan organisma yang
bahaya.
- Usus. Mukus melindungi dinding usus daripada
bahan kimia penghadaman dan organisma berbahaya.
- Pertahanan selular. Jika penyerang membolosi
benteng pertahanan awal ini, sistem imun mengeluarkan sel
darah putih, bahan kimia lain dan protein untuk menentang
dan membinasakan patogen. Penyerang dicari dan dihapuskan
sebelum ia boleh membiak. Malah, jika ia sempat membiak, sistem
imun bertindak balas dengan meningkatkan produktiviti untuk
memusnahkannya.
B. Benteng pertahanan kedua: Imuniti spesifik (imuniti
diperolehi)
- Limfosit. Sejenis sel darah putih. Jenis
utama sel T dan B akan kenalpasti dan memusnahkan molekul
asing (antigen). Ini berlaku beberapa hari selepas pendedahan
mikroorganisma asing.
- Antibodi. Protein dihasilkan oleh sel
jenis B memusnahkan mikroorganisma dengan mengikat pada antigen.
Hanya sel T menyerang secara langsung.
- Sel memori T dan B. Apabila mikroorganisma
dimusnahkan, beberapa sel aktif T dan B menjadi sel memori.
Jika pertemuan mikroorganisma yang sama berlaku, pertahanan
benteng kedua akan bertindak lebih pantas.
|
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu adalah artikel yang saya telah petik dari sebuah majalah. Seperti yang diterangkan, nutrisi adalah asas kepada kesihatan. Nutrisi awal adalah amat penting untuk pertumbuhan optimum dan menguatkan imun sistem..
Di Shaklee terdapat kumpulan vitamin yang boleh diambil oleh kanak-kanak untuk membantu meningkatkan lagi kesihatan mereka. (Nampak banyakkan?? camna anak nak mkn?? tak pe PM saya untuk consultasi.....)
Manfaat Vitamin ni adalah:
Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
Meningkatkan tahap kepekaan
Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan yang sihat
Menguatkan fungsi imun
* These products are not intended to diagnose, treat,
cure, or prevent any disease
No comments:
Post a Comment