Hai.... Selalu tak anda dengar pasal makanan tambahan EVENING PRIMROSE yang selalu dicadang kepada wanita terutamanya di pertengahan usia dan juga menopaus? Ia juga sangat-sangat popular untuk kesihatan kulit.
Minyak Evening Primrose atau dikenali ramai sebagai EPO merujuk kepada minyak yang diperolehi daripada biji tumbuhan yang bernama Evening Primrose.
Minyak ni sebenarnya tinggi kandungan Asid Gama Linolenik (GLA). Asid ni tergolong dalam asid lemak
omega-6 (asid lemak poli tak tepu). Pengambilannya popular di kalangan wanita ekoran hasil penyelidikan yang menunjukkan ia banyak memberi kesan positif ke atas masalah berkaitan wanita.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum saya meneruskan kebaikan GLA... Di Shaklee kami tidak mempunyai EPO tapi kami mempunyai GLA COMPLEX... diekstrak dari biji bunga Borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding EPO... 3 kali lebih berkesan......
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Asid-asid lemak poli tak tepu merupakan komponen penting pada dinding setiap sel kulit. Pengambilan yang mencukupi penting untuk menjadikan dinding-dinding sel lebih lembut dan mengurangkan kehilangan air. Kekurangan asid-asid lemak dalam diet akan menjurus kepada kulit kering, memandangkan dinding-dinding sel akan menjadi kurang berkesan dalam mengekalkan lembapan serta proses penyembuhan yang lemah.
Sebenarnya pengambilan GLA tidak hanya terbatas kepada wanita, tetapi juga lelaki disarankan di atas masalah-masalah tertentu. Penghidap ekzema contohnya seringkali mengalami kulit yang merah, radang, kulit pecah serta merekah dan berdarah. Kawasan lazim yang terjejas termasuklah muka, jari, jari kaki, siku, lutut serta mana-mana bahagian tubuh bagi kes-kes yang ekstrem. Kawasan yang terjejas akan terasa lebih kasar dan kering serta gatal. Bagi kebanyakan penghidap ekzema, kegatalan merupakan simptom paling teruk.
Asid-asid lemak perlu memainkan peranan penting dalam mengubah keadaan kulit seseorang melalui beberapa cara seperti:
"Ia mewujudkan lapisan kulit yang berkesan untuk mencegah kehilangan air. Dengan itu peningkatan paras asid-asid lemak poli tak tepu dalam kulit. Ini boleh mengurangkan kehilangan air dan memperbaiki masalah kulit termasuk kelembapan kulit.
"Pengambilan asid lemak poli tak tepu seperti GLA boleh meningkatkan paras Prostaglandin dan mengurangkan keradangan kulit (Prostglandin adalah bahan anti radang yang dihasilkan oleh tubuh apabila asid lemak mencukupi).
Hasil tindakan antiradang akan mengurangkan tompok kemerahan yang gatal pada kulit di kalangan penghidap ekzema. Kajian telah membuktikan perubahan dalam kelicinan kulit di kalangan mereka yang normal dan juga di kalangan mereka yang mempunyai kulit bermasalah.
Untuk masalah berkait kitaran haid, pengambilanya dicadangkan memandangkan asid lemak ini membantu mengawal penghasilan prostaglandin. Ia membantu mengurangkan kesan hipersensitiviti tisu-tisu tubuh terhadap paras prolaktin yang normal (sejenis hormon dalam tubuh wanita). Selain itu, penghidap artritis reumatoid juga memperolehi manfaat dengan pengambilan asid lemak perlu, terutamanya yang menggabungkan omega-3 dan omega-6.
Itulah beberapa kebaikan GLA ni pada kulit, banyak sebenarnya... Ini beberapa lagi kebaikannya ya....
Klik gambar ya....
Sekian dan salam sayang ya.....
Berminat nak tahu pasal supplement ni?? PM saya ya...
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
No comments:
Post a Comment