Satu artikel yang sangat menarik perhatian saya.. Semoga memberi manfaat ya..
Pilihan Susu
Keputusan untuk menyusukan si manja
atau menggantikan susu ibu dengan susu lain adalah sangat peribadi dan
penting. Beberapa fakta berikut boleh membantu anda membuat pilihan yang
betul untuk anda dan juga bayi anda.
Oleh Dr Gan
Yoke Cheng, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi
Penyusuan ibu adalah pengalaman yang sungguh mengagumkan bagi ibu dan
juga anak. Selain itu, susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik dan
utama bagi bayi kerana ia mengandungi kombinasi nutrien yang betul dan
ideal, khususnya protein, lemak, vitamin, karbohidrat, kolesterol, asid
dokosaheksanoik (DHA), taurina, antibodi/antimikrob, sel hidup dan
sebagainya. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa bayi yang diberi susu ibu
adalah lebih sihat. Mereka kurang berkemungkinan mendapat penyakit
berjangkit, seperti meningitis (jangkitan membran dalam otak), cirit-birit,
jangkitan saluran pernafasan dan jangkitan saluran kencing.
Sesetengah ibu memilih untuk tidak menyusukan bayi mereka atas pelbagai
sebab. Ini termasuk kurang sokongan, maklumat salah, kurang pengetahuan,
dan banyak sebab lain seperti kesenangan mendapatkan susu formula, botol
susu dan puting getah, serta kemudahan pensterilan. Dalam keadaan seperti
ini, kebanyakan ibu memilih susu formula atau susu daripada haiwan tenusu
seperti lembu dan kambing. Sungguhpun susu formula atau susu tenusu mungkin
bukan pilihan pemakanan yang terbaik untuk bayi, ia mengandungi beberapa
nutrien dan vitamin yang diperolehi bayi daripada susu ibu.
Susu formula sebagai alternatif
Susu formula bayi adalah alternatif kepada susu ibu kerana ia menyerupai
susu ibu dari segi kandungan nutrien. Namun, ia tidak sebaik susu ibu. Susu
formula ini boleh didapati dalam bentuk susu tepung, cecair pekat atau
formula sedia untuk digunakan, dan boleh dikategorikan ke dalam 2 jenis
utama : formula berasaskan susu lembu dan formula
berasaskan soya.
- Formula berasaskan susu lembu pada asasnya diperbuat daripada susu lembu yang telah diubah untuk menyerupai susu ibu. Susu formula ini mengandungi imbangan nutrien yang betul dan mudah dihadam. Susu formula sesuai untuk sesetengah bayi, tetapi bayi yang alah kepada protein dalam susu lembu mungkin perlu mengambil susu formula jenis lain.
- Formula berasaskan soya. Formula susu bayi berasaskan soya mungkin satu pilihan bagi bayi yang tidak toleran atau alah kepada formula berasaskan susu lembu atau laktosa, gula yang terdapat secara semula jadi dalam susu lembu.
Sungguhpun dari segi kandungan nutrien susu formula untuk bayi mempunyai
beberapa persamaan dengan susu ibu, susu formula tidak dapat menandingi
kekompleksan susu ibu. Di samping itu, ia mahal, menghasilkan lebih banyak
gas dan menyebabkan bayi sembelit. Paling penting, susu formula bayi tidak
mengandungi antibodi penting yang terdapat dalam susu ibu untuk menentang
jangkitan dan penyakit.
Adakah susu tenusu (FRESHMILK) penuh baik untuk si manja saya?
Bayi bawah umur satu tahun tidak sepatutnya diberi susu tenusu tetapi
hendaklah diberi susu ibu atau susu formula bayi. Ini adalah kerana susu
lembu dan susu kambing tidak mengandungi zat besi, serta vitamin C dan E
yang secukupnya. Susu lembu juga mempunyai kandungan natrium, kalium dan
klorida yang tinggi berbanding susu formula bayi.
Sebaik sahaja bayi berusia 1 atau 2 tahun, susu tenusu boleh
diperkenalkan untuk membekalkan kalsium, protein dan karbohidrat.
Bagaimanapun, tugas menghadamkan kandungan protein dan galian yang tinggi
dalam susu lembu boleh membebankan ginjal bayi yang masih belum matang,
manakala kekurangan kandungan zat besi dan vitamin C boleh menyebabkan
sesetengah bayi mengalami anemia yang berpunca daripada kekurangan zat
besi. Susu lembu penuh boleh diberikan selepas usia bayi mencecah 1 tahun
dengan syarat si manja juga diberi makanan pejal.
Susu kambing pula dikatakan mempunyai kandungan kalsium yang tinggi dan
lebih mudah dihadam daripada susu lembu disebabkan kandungan proteinnya.
Bagaimanapun, Akademi Pediatrik Amerika tidak menggalakkan pemberian susu
tenusu jenis ini kepada bayi kerana ia boleh menyebabkan alahan dan
jangkitan yang boleh mengancam nyawa. Di samping itu, susu kambing tidak
mengandungi segala nutrien, khususnya vitamin B-12 dan asid folik yang
diperlukan oleh bayi untuk membesar.
Susu manusia adalah khusus untuk bayi manusia, sama seperti susu spesies
mamalia lain adalah khusus untuk anak masing-masing. Bagaimanapun, bagi ibu
yang tidak dapat menyusukan bayi atas pelbagai sebab, susu formula bayi
boleh diberikan sebagai ganti untuk bayi yang sedang membesar, manakala
susu lembu tidak digalakkan untuk kanak-kanak bawah umur satu tahun.
Semua ibu perlu mendapatkan maklumat yang tepat supaya mereka boleh
membuat keputusan berasaskan pengetahuan, sama ada untuk menyusukan bayi
masing-masing atau memberi susu dalam botol. Bincangkan perkara ini dengan
pakar pediatrik/penyusuan sebelum ketibaan si manja anda. Ingatlah, susu
ibu adalah pemakanan yang paling baik untuk bayi manusia.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi moms semua, pilihlah yang terbaik bagi baby anda. Jika anda terpaksa memilih susu formula, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka itulah yang terbaik.
Bagi moms yang memilih breastfeeding, tapi risau supply susuibu tak cukup etc., saya boleh share pengalaman saya disamping memberi motivasi untuk terus berjuang....
Dan jika yang cari supplement sepanjang penyusuan, pilihlah Shaklee.. Ia selamat dan berasaskan bahan semulajadi....
PM kalau berminat ya...
No comments:
Post a Comment