Monday, 18 February 2013

PANDUAN MENYUSUKAN BAYI KEMBAR

Selepas mendapat tahu seorang kawan saya telah melahirkan anak kembar, saya nak sangat tulis entry pasal menyusukan anak kembar ni.. Bayangkanlah seorang baby pun adakalanya kita jadi kelam kabut, inikan pula kembar... Saya berharap petua dibawah dapat memberi manfaat pada ibu-ibu ya...



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memang dah sedia maklum, susuibu merupakan makanan terbaik bagi anak. Ia merupakan sumber nutrien terbaik disamping mengeratkan hubugan ibu-anak dengan simanja. Namun bukan semua perjalanan penyusuan akan berjalan licin. Ada yang mempunyai pengalaman yang mengecewakan dan memenatkan.


Petua berikut dapat membantu anda menyusu anak kembar anda secara selesa dan berkesan.

Susukan Serentak.
Cuba susukan baby seperti dalam ilustrasi di bawah untuk mendapatkan kedudukan yang selesa dan terbaik. Anda boleh menggunakan bantal menyusu kalau perlu. Ubah kedudukan bayi setiap kali menyusu supaya kedua-dua payudara menghasilkan kuantiti susu yang sama banyaknya. Ini juga mengurangkan kemungkinan duktus tersumbat. Anda mungkin terpaksa mengejutkan baby yang sedang tidur apabila salah seorang kembar anda telah sedia untuk menyusu.





Untuk mengelakkan baby nak menghisap pada payudara yang sama saja, tukarkan baby pada pertengahan sesi menyusu. Ini membolehkan kedua2 kembar akan menyusu kedua-dua belah payudara. Ini juga akan membantu agar saiz kedua-dua payudara seimbang.


Beli Pam Yang Baik.
Mengepam akan merangsangkan lagi pengeluaran susu. Anda boleh menyimpan lebihan susu untuk waktu penyusuan botol ketika anda tiada di sisi bayi. Gunakan pam untuk memerah susu daripada kedua-dua payudara pada masa yang sama. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik.

Kira Bilangan Penukaran Lampin. 
Kira berapa kali si manja anda membasahkan lampin dan perhatikan pembuangan air besarnya. Bayi seharusnya kencing sekurang-kurangnya sekali dalam 24 jam pertama selepas lahir, dua kali pada hari berikutnya, tiga kali pada hari ketiga, dan seterusnya. Selepas minggu pertama, anda seharusnya menukar lampin tujuh hingga lapan kali sehari bagi setiap bayi. Anda boleh menjangkakan si manja menyusu lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Sediakan carta waktu penyusuan untuk membantu pemantauan anda.

Dapatkan Bantuan.
Minta bantuan keluarga,  kawan, mentua atau suami. Mereka boleh membantu membawa bayi kepada anda untuk menyusu, menukarkan lampin dan sendawakan bayi selepas penyusuan untuk mengeluarkan angin. Anda juga boleh mendapatkan sokongan daripada ibu bapa lain yang mempunyai anak kembar dan belajar daripada pengalaman mereka.

Bertenang..
Menyusukan bayi adalah keutamaan anda. Cari tempat yang senyap agar tidak terganggu. Renung, usap, dan dodoikan bayi kembar anda dan laluilah saat-saat bahagia ini bersama mereka. Jangan lupa untuk menjaga diri anda sendiri. Dapatkan rehat secukupnya, minum banyak air dan makan makanan yang berkhasiat. Jika anda lebih bertenaga semasa menyusu, anak anda juga merasa lebih selesa.

Pemakanan
Menyusukan baby akan membakar banyak kalori. Penting bagi seorang ibu menyusukan anak kembar makan 1,000 kalori tambahan satu hari. Ingat anda makan untuk anda dan anak kembar anda. Jika anda rasa letih atau tidak boleh menghasilkan cukup susu,  mungkin anda memerlukan lebih kalori. Kalori tambahan anda sepatutnya dari sumber makanan yang sihat seperti protein, makanan kaya dengan vitamin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Bila menyusukan, walau apa pun anda makan itulah menjadi makanan untuk bayi anda.

(sumber: positif parenting)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah beberapa tips, harap dapat memberi info sedikit ya...
Seperti yang dinyatakan tadi, pemakanan amat penting untuk penghasilan susuibu. Bagi saya, selain kalori, nutrisi juga saya titik beratkan. Agar kesihatan saya terjaga sepanjang perjalanan menyusukan anak. Kerana apabila nutrisi tidak cukup, maka akan diserap nutrisi simpanan kita. Lama kelamaan akan berkurang dan disitulah bermulanya sakit-sakit belakang, cepat letih dan lain-lain lagi kesan kekurangan nutrisi..

Saya telah memilih untuk mengambil supplemen untuk tujuan ini... Dan sudah pastinya saya pilih yang terbaik, selamat, berkesan dan natural... PM jika berminat ya...




Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease





3 comments:

  1. twins sy mmg suka menyusu sm2.skng ni pandai sudah dorang btolak-tolak time menyusu.hehe..nti ada ms,sy tulis bf journey sy sm twins..

    -rani charlene jerome-

    ReplyDelete
  2. Hi Pren Rani... ko jaga sorang-sorang ka pren? Ya, tulislah, saya pun mo tau juga susah senang menjaga anak twins ni..
    Pren, saya tertanya-tanya ni, kalau baby twins menyusu serentak, macam mana mo kasih burp tu bila lepas menyusu?

    ReplyDelete