Tahap Kolestrol kini menjadi satu kerisauan khasnya pada golongon yang sudah berumur. Jika saya bercerita berkenaan kesihatan dengan beberapa kawan yang sebaya dengan saya, ramai yang takut tahap kolestrol tinggi walaupun mereka belum lagi membuat pemeriksaan kolestrol. Jika nak order makanan di restoren, mesti cakap, udang biar seorang makan satu je, kolesterol tinggilah...
Ramai yang mencari vitamin atau suplemen terlebih dahulu sebagai pencegahan.
PENGAWALAN KOLESTEROL; APA YANG BOLEH MEMBANTU???
Makanan Seimbang dan Aktiviti Fizikal
Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan
aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit
masyarakat masa kini. Mungkin kita sudah jemu mendengar
cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan
hingga kini.
Kebanyakan daripada kawan-kawan yang beragama Islam boleh melihat perubahan yang positif selepas
sebulan berpuasa. Penurunan berat badan atau perut yang
lebih kempis antara kesan yang sering diperolehi. Namun, selepas berhari raya selama sebulan, ramai juga yang akan mengeluh keadaan kembali kepada asal. Begitu juga dengan
masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol.
Makan secara berlebihan, tidak terkawal dan tidak sihat memang agak sukar untuk ditolak. Makanan yang sedap-sedap seperti kek,
pelbagai biskut, kuih-muih banyak mengandungi lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak yang
tidak sihat. Tidak terkecuali hidangan lain seperti rendang ayam,
daging, sate yang rata-ratanya mengandungi kolesterol dan lemak tepu
yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh yang demikian, hadkan
pengambilannya dan makanlah secara sederhana.
Supplement Untuk Pengawalan Kolestrol
Selain pengawalan dalam pemakanan, mengambil
suplemen untuk mengawal kolesterol mungkin berbaloi untuk
dipertimbangkan. Antara yang telah dikaji dan disyorkan adalah Red Yeast Rice yang mengandungi sejenis statin semula
jadi hasil dari penapaian beras dan yis merah. (Sumber: UtusanOnline - saya tak jual beras ni ya)
Kita dinasihatkan agar menjauhi pengambilan lemak berbahaya,
sebaliknya pengambilan lemak baik seperti asid lemak omega-3 akan
memberi manfaat kesihatan.
Asid lemak omega-3 tergolong dalam kumpulan
asid lemak yang diperlukan tetapi tidak boleh dihasilkan tubuh. Kita perlu memperolehinya
daripada makanan. Bagi masalah kolesterol, pengambilan asid
lemak omega-3 seharusnya diambil sebagai suplemen harian kerana ia membantu dalam mengawal peningkatan
kolesterol.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kombinasi Red
yeast rice dan asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai boleh bantu
mengawal peningkatan kolesterol setara dengan pengambilan ubat anti
kolesterol.
Asid lemak omega-3 daripada ikan atau suplemen minyak ikan boleh
membantu mencegah masalah jantung di kalangan individu yang sihat dan
juga bermanfaat kepada mereka yang sudah ada penyakit jantung. Asid
Eikosapentaenoik (EPA) dan Asid Dokosaheksaenoik (DHA) yang terkandung
dalam minyak ikan dari kumpulan omega-3 dibuktikan bermanfaat kepada
jantung dengan menstabilkan plak pada arteri dan tekanan darah.
Amalan pengambilan minyak ikan juga diketahui mengurangkan risiko
aterosklerosis; iaitu pembekuan arteri akibat pemendapan lemak, serangan
jantung dan kegagalan jantung. Sumber omega-3 yang baik termasuklah
salmon, sardin, trout, herring dan beberapa lagi. Bagaimanapun, ramai
yang mempertimbangkan pengambilan suplemen minyak ikan untuk memperolehi
jumlah yang mencukupi untuk perlindungan jantung yang optimum.
No comments:
Post a Comment