Thursday, 15 December 2011

APABILA PEMAKANAN TIDAK LENGKAP (testimoni dari pengalaman saya)

     Saya sangat bersyukur kerana masih lagi mampu meneruskan perjuangan saya dalam menyusukan anak kedua saya. Pada ketika dulu, saya hanya bercita-cita untuk menyusukan anak saya sehingga anak saya berumur 18 bulan. Tapi kini rasa sayang pulak untuk berhenti, lagipun menurut pembacaan saya, banyak manfaatnya jika diteruskan sehingga 2 tahun.

     Tentu ramai yang telah mengetahui tentang masalah yang telah saya alami semasa anak saya berumur 14 bulan. Saya telah mendapati tumbeseran anak saya telah jatuh ke peratus yang lebih rendah. Doktor juga agak risau, katanya, "kita pantau bulan depan. Kalau masih berlaku, perlu buat sesuatu." Pada masa itu juga, saya sering diserang demam dan batuk yang berlarutan seolah-olah tidak pandai sembuh. Saya juga mengalami sakit belakang, dan pada satu ketika saya terasa badan saya rasa lain semacam.Bila berjumpa doktor, katanya stress perlu berehat. Saya cuma diberi ubat, "muscle relaxer". Doktor tersebut pula menasihatkan saya untuk menjaga pemakanan untuk menyokong kesihatan.

     Saya sangat risau berkenaan keadaan anak saya kerana ramai yang mengatakan anak saya kecil, gigi pulak lambat tumbuh. Anak saya juga asyik diserang demam dan batuk. Dalam hati saya bertanya, kenapakah anak saya sakit sedangkan dia menyusu? Bukankah orang cakap kalau anak menyusu jarang sakit? Pada masa itu pengetahuan saya berkenaan penyusuan sangatlah cetek. Yang saya tau perlu makan banyak kalori untuk menyokong penyusuan.

     Pada masa inilah saya terbaca Post FB kawan saya mengenai supplemen dan penyusuan. Kawan saya menasihatkan saya untuk mencuba trialpack. Saya juga menambah ESP sebab saya memang tahu pengambilan Protin boleh membantu jika kita hendak membakar lemak.

     Selepas tiga hari memakan vitamin Shaklee, susu saya terus bertambah. Kena tambah sesi pengepaman. Batuk anak saya yang telah berlarutan sembuh. Saya semakin cergas dan bertenaga. Selepas dua bulan, berat dan tinggi anak saya meningkat dengan baik. Bila jumpa doktor, katanya, ok, tak payah nak risau.

     Kini anak ahli keluarga dan kawan2 mengatakan, tiba-tiba je anak kamu jadi tinggi. Gigi anak saya pun keluar tumbuh, sekali 2 biji keluar. Saya sangat gembira bila mendengar kata-kata mereka... Syukur betul saya jumpa Shaklee....

Sekiranya anda ingin mengetahui apa vitamin untuk menyokong pemakanan semasa penyusuan, sila teruskan membaca:-

Vitalea with iron formula : memastikan ibu cukup iron agar tidak mudah pitam atau rasa pening disebabkan kurang darah. Penting untuk pembesaran bayi yang disusukan. Kekurangan iron boleh menyebabkan berat bayi tidak selari dengan pembesarannya.

Bcomplex: membantu ibu cergas, dan ceria ( membantu penghasilan oksitosin dengan lebih baik bila si ibu itu dalam kea...daan tekanan yang terkawal)

Vitamin C: membantu ibu mengatasi tekanan yang dilalui. untuk sistem imun ibu dan anak.
Alfalfa sebagai Booster, tapi awas ada kesan ceret beret kalau makan banyak.
Kalsium: utk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukam kalsium untuk memastikan tiada risiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Protien sangat perlu untuk pembentukan sel. Sel kita terbentuk dari protien. Badan memerlukan 9 asid amino ( protien ) yang tidak dapat dihasilkan dari badan. Sel yang sihat terbentuk dari protien yang seimbang.
Bagi anda yang ingin menyusukan anak mahupun yang tengah menyusu, Jagalah pemakanan anda. Jangan jadi macam saya, bila anak dah mengalami masalah baru nak cari supplemen... Itu pun nasip jumpa supplemen yang baik..... NAMUN SAYA INGIN SARANKAN BAHAWA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSUIBU BUKAN SEKADAR MEMAKAN VITAMIN. KERANA VITAMIN HANYA MENYOKONG PEMAKANAN KITA, YANG MEMBANYAKKAN SUSU ADALAH DEMAND DARI ANAK.. LEBIH BANYAK PAYU DARA DIKOSONGKAN, LEBIH BANYAKLAH SUSUIBU DIHASILKAN.
Sekian my dear friends.. Terima kasih kerana sudi membaca... Kalau minat nak cuba vitamin Shaklee PM saya ok. Atau email di juliemauryn@yahoo.com.. Atau sms 0122395501... 
Salam Sayang dari Healthy by Nature....


2 comments: