Wednesday 19 March 2014

STROK: Cegah sebelum ia menyerang!

Saban tahun, kira-kira 15 juta individu di seluruh dunia menderita kerana strok. Dianggarkan 50,000 rakyat Malaysia diserang strok setiap tahun. Angka itu bermaksud secara purata, seorang diserang strok bagi setiap 10 minit.

Strok atau juga dikenali sebagai angin ahmar adalah punca kematian ketiga di Malaysia. 

Sumber: myMetro



Terdapat 2 jenis penyebab strok yang dikenalpasti:-

 Strok Iskemik
  • Berlaku apabila terdapat sekatan atau pengurangan aliran darah dalam arteri yang membekalkan darah ke bahagian otak. 
  • Disebabkan oleh pemendakan kolestrol dan plak pada dinding arteri. Endapan kolesterol ini mampu menjadi cukup besar untuk menyempitkan pembuluh darah dan seterusnya mengurangkan aliran darah. Ia juga mampu untuk mengurangkan kemampuan arteri untuk anjal.
  • Darah beku yang bergerak dalam saluran darah. Berpunca dari bahagian lain seperti jantung atau arteri bahagian bawah yang kemudian menyekat laluan arteri yang membawa darah ke otak.
  • Risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas jantung seseorang (atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas kelancaran pengaliran darah dalam jantung. Ini menyebabkan darah bertakung dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah beku yang terbentuk di atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus ke otak dan menyebabkan strok.
                               
Strok Hemoragik 

  • Berlaku apabila pendarahan dalam dan di sekeliling otak yang menyebabkan berlakunya mampatan dan kecederaan pada tisu. 
  • Antara penyebab terjadinya pendarahan dalam otak adalah:
- Dinding arteri menjadi lemah, menyebabkan ia anjal dan mengembang.
- Hipertensi atau tekanan darah tinggi yang menyebabkan arteri arteri yang lebih kecil dalam otak pecah
- Terdapat keabnormalan pada pembuluh darah di mana arteri bersambung terus denganvena tanpa melalui jaringan kapilari terlebih dahulu. Tekanan dari darah yang
melalui arteri menjadi terlalu tinggi untuk diterima oleh vena dan ini
menyebabkan ianya mengembang. Pengembangan ini mampu menyebabkan
vena itu pecah dan berdarah.
- Kecederaan pada kepala.


                       ******************************************************



Kebanyakan rakyat Malaysia pernah mendengar dan tahu mengenai strok tapi yang menyedihkan ramai kita tidak mengambil langkah untuk mencegahnya. Strok mungkin menyerang dengan mengejut.

Pernah dulu seorang ayah, tiba-tiba jatuh di satu pesta kaamataan. Dan terus digegaskan ke hospital. Beliau telah diserang strok. DAn menjadi lumpuh separuh badan.

Terdapat beberapa langkah untuk mencegah strok. Penting bagi kita mengetahui faktor risiko strok seperti tekanan darah, kencing manis dan kolesterol. Jika kita tahu tahap kesihatan kita kurang baik, maka baik kita buat sesuatu sebelum terjadinya masalah lebih berat seperti strok.

Penting untuk banyakkan bersenam, kekalkan diet seimbang.
Kurangkan pengambilan alkohol, elakkan merokok dan lain-lain lagi agar risiko terkena strok dapat dikurangkan. Pernah seorang doktor berkata, kebanyakkannya kita di Malaysia ni sakit bukan kerana kurang makan tetapi terlebih makan. So, diet seimbang sangat penting.

Dikatakan pesakit kencing manis berisiko empat kali ganda untuk diserang strok. Oleh sebab tu, penting untuk pastikan paras gula dalam darah dalam keadaan baik. Pengawalan dan ujian gula dalam darah perlu kerap dibuat.

Saya nak share gambar Abang Rosli yang kesihatan bertambah baik lepas diserang strok. Beliau amalkan vitamin2 shaklee dlm masa sebulan je.

 Supplement yang diamalkan : VIVIX, GARLIC COMPLEX dan OMEGAGUARD.

Ambillah langkah bijak. Cegah strok dari awal-awal lagi... Jika nak tahu supplement apa yang sesuai, PM saya untuk penerangan lebih lanjut.



Sekian saja untuk hari ni.. 
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment