Tabiat #1: Amalkan pemakanan seimbang.
Seperti yang ditunjukkan pada Piramid Panduan Pemakanan, diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi karbohidrat, lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, jumlah protein, susu dan produk tenusu yang sederhana, dan akhir sekali, lemak, minyak, gula dan garam yang minimum.
Tabiat #2: Pelbagaikan makanan anda.
Makanan yang berbeza memberikan gabungan nutrien yang berlainan (tenaga, karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan komponen makanan yang menyihatkan) dalam jumlah yang berbeza-beza. Makan makanan yang pelbagai bagi mendapatkan kebaikan daripada makanan yang berbeza.
Tabiat #3: Makan mengikut keperluan anda.
Perkembangan bayi dan juga perubahan pada tubuh menyebabkan penambahan keperluan tenaga harian anda. Jadi, adalah biasa sekiranya selera makan anda bertambah sedikit. Walaupun begitu, tubuh anda lebih cekap menggunakan apa yang telah dimakan dan ini menyebabkan ramai wanita mengalami peningkatan berat badan yang normal semasa hamil, tanpa perlu makan dengan banyak daripada biasa.
Tabiat #4: Makan dengan teratur.
Amalkan makan tiga sajian utama (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam) tiap-tiap hari. Sekiranya sajian utama anda kecil atau anda terasa lapar antara waktu makan, jangan raguragu untuk makan snek seperti susu atau dadih, biskut atau roti, mi atau buah-buahan di waktu pagi atau tengahari.
Tabiat #5: Pilih makanan yang kaya dengan vitamin & mineral.
Semasa hamil, anda memerlukan hampir kesemua vitamin dan mineral dengan jumlah yang lebih banyak. Kebanyakan peningkatan keperluan ini dapat dipenuhi dengan merancang dan mengamalkan diet yang berkhasiat. Anda seharusnya memilih makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C, vitamin A, vitamin B12, dan folat (asid folik). Mikronutrien tersebut boleh didapati dalam makanan yang tersenarai dalam jadual di bawah dan juga makanan yang telah diproses, sekiranya tercatat pada label zat pemakanannya.
Tabiat #6: Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
Makan dengan terlalu banyak semasa hamil menyebabkan peningkatan berat badan yang keterlaluan. Anda juga tidak harus mengamalkan diet pengurangan berat badan kerana kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan anda.
Tabiat #7: Imbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal.
Kehamilan merupakan peluang yang baik untuk anda mengamalkan kehidupan yang aktif. Sama ada berjalan, berenang, meregang badan ringan atau pun sebarang aktiviti fizikal ringan yang anda gemari, lakukannya untuk sekurang-kurang 30 minit sehari (dalam satu sesi atau 10 minit untuk setiap 3 sesi). Aktiviti ini membantu menggunakan tenaga daripada makanan dan memperbaiki penghadaman. Di samping itu, ia turut menyediakan tubuh anda untuk kelahiran dan kehamilan seterusnya.
Satu yang amat penting semasa mengandung adalah Vitamin. Selalunya doktor akan memberikan pil Asid Folic atau Obimin semasa mengandung. Vitamin ini amat penting dan perlu diamalkan setiap hari. Namun, ada diantara ibu-ibu mengandung tidak serasi dengan pil yang diberikan. Sebab itu mereka beralih ke vitamin Shaklee. Dalam kes ini, saya sarankan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya..
SET KEHAMILAN PRODUK SHAKLEE ADALAH:-
Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang berasaskan Zat besi Vitamin dan mineral membantu memenuhi setor-setor nutrisi badan supaya anda dapat zat yang mencukupi untuk anda dan bayi. Menyokong pelbagai fungsi dan proses untuk membolehkan bayi berkembang. Zat besi menyokong penambahan kandungan darah pada ibu dan bayi.
B Complex - Membekalkan asid folic kerana kekurangan asid folic boleh menyebabkan kecacatan bayi.
Vitamin C - Membantumembina placenta yang kuat, membantu penyerapan zat besi, membantu tubuh melawan jangkitan, menggalakkan pembentukan gusi, tulang, ligament dan gigi bayi.
Ostematrix - Membekalkan kalsium dan semua vitamin dan mineral yang diperlukan untuk membentukan tulang dan gigi. Dengan pengambilan supplement, ia membantu mencegah bayi dari 'mencuri' (demeneralisasi) kalsium ibu untuk memenuhi keperluan pembesarannya. Ini mengurangkan risiko siibu mempunyai tulang rapuh dikemudian hari. Juga membantu dalam masalah sembelit.
OmegaGuard - Minyak ikan yang mengandungi DHA membantu perkembangan otak dan mata bayi.
Sekiranya anda ingin meneruskan vitamin dari doktor, anda boleh teruskan pengambilan Ostematrix dan OmegaGuard sahaja. OmegaGuard hanya diambil pada trimester ke 2 dan 3.
Sekian
saja untuk hari ni ya.. Nak info PM saya ya....
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
No comments:
Post a Comment