Friday, 15 March 2013

MENINGKATKAN BERAT BADAN: MAKANAN FAKTOR NO. 1

Sebenanrnya ramai yang berminat nak naikkan berat badan... Khasnya para wanita, saya dah banyak kali ditanya soalan ni: Mealshakes tu boleh naikkan berat badan tak???
Terus terang saya juga adalah dalam kategori Kurus... Cuma perut dan bahagian paha tu memang berlemak, semuanya berlaku selepas saya melahirkan anak...

Perkara yang paling utama jika nak naikkan berat badan adalah pemakanan/nutrisi... Inilah faktor pertama dalam meningkatkan berat..

IF YOU DON’T EAT MORE CALORIES THAN YOU BURN YOU WILL NOT GAIN MASS NO MATTER HOW HARD YOU TRAIN.


Makan makanan berkalori tinggi: 
Ini adalah langkah mustahak dalam penambahan berat badan.
Cuba kira berapa kalori yang anda perlukan setiap hari.. Lepas tu kira berapa banyak kalori sehari yang anda makan... (Jangan terkejut jika kalori yang kita makan tu lebih rendah dari apa yang kita perlukan..)
Jika nak naikkan berat badan, Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500-1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda.
Macammana nak kira kalori? boleh google je.. atau boleh email saya.. nanti saya bagi links...


Makan mengikut jadual: 
Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya tiga kali sehari bersertakan snek di antara waktu makan. Maksudnya makan sarapan, snek pagi, lunch, snek petang, dinner dan kalau boleh supper. "Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan anda!"

Snek pada waktu lewat malam (atau supper)  dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.


Makan Daging/protin: 
Daging mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika kita pelbagaikan pemakanan kita untuk mendapat hasil yang maksimum.


Makan dan berehat secukupnya: 
Tiada gunanya anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6-8 jam setiap hari sudah cukup mamadai. 


Minum jus buah-buahan dan susu: 
Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Lagi satu cara yang mudah dan enak untuk menambahkan kalori adalah dengan meminum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.


Itu beberapa tips dari segi makanan... Namun, bagi saya, bila makan makanan yang tidak sihat, lemak-lemak akan terkumpul di bahagaian paha dan perut... bahagian tangan semua masih lagi kurus.. Sebab itulah saya sangat percaya dalam membina otot. Apa yang kita mahukan di sini adalah penambahan berat melalui pertumbuhan otot-otot dan bukan hanya lemak semata-mata. Satu tips berkenaan senamanan ni...


Bersenam untuk membina otot-otot: Pilih rutin senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Sebaiknya anda lakukan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak. Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini adalah untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula. Tetapi anda diingatkan bahawa penambahan atau pembinaan tisu otot-otot anda adalah bergantung kepada susuk badan dan juga ciri-ciri genetik yang anda warisi.

(rujukan: utusan online)

Khas untuk semua, ada offer Ostematrix di bulan Mac 2013 ni... Beli 6 free 1 botol.. 1 botol tu tahan sebulan je.. Jika nak info pasal supplemen, Sila;

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN 
 

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease





1 comment: