Anggapan susuibu tidak mencukupi merupakan antara masalah penyusuan yang umum khasnya bagi ibu-ibu breastfeeding yang baru. Ramai yang berpendapat mereka tidak menghasilkan susuibu yang mencukupi tetapi pada hakikatnya ia adalah disebaliknya. Ini adalah biasa, kerana ramai ibu baru kekurangan
kesejahteraan emosi dan keyakinan diri untuk menyusui bayi
mereka secara eksklusif.
Bila breastfeed secara lansung atau direct, kita tidak tahu berapa oz baby kita minum. Ini menjadi punca beberapa ibu memutuskan untuk mengepam sahaja biarpun usia baby baru beberapa hari. (Ingat : cuba elak mengepam tanpa directfeeding pada usia baby 1-2 bulan kecuali terpaksa)
Secara amnya, ada beberapa cara yang menentukan jika ibu
mempunyai bekalan susu mencukupi:
- Kenaikan berat badan - Bayi mendapat kembali berat lahir selepas dua minggu. Berat lahir berganda pada 5-6 bulan, dan tiga kali ganda pada satu tahun.
- Lampin - Sekurang-kurangnya 4-6 kain lampin basah dalam masa 24 jam. Bayi akan membuang air besar yang lembut, kuning, dan berdadih.
- Tanda lain - Bayi mempunyai warna kulit baik, cerah, mata terang dan mempunyai tempoh berjaga tertentu pada siang hari
Sekiranya perkara diatas tidak dipenuhi maka cuba selidik dan bincanglah dengan Doktor kenapa perkara ini berlaku.
Ada kalanya, bayi mungkin menyusu lebih daripada biasa
ataupun lebih cerewet. Ini menyebabkan ibu menganggap
bekalan susu mereka berkurangan. Namun ada juga sebab lain bekalan
susu berkurangan. Anda harus periksa jika anda sedang
mengalami situasi berikut, terutamanya jika berat badan bayi tidak
meningkat atau pergerakan usus yang tidak mencukupi.
- Pelekapan yang tidak betul: Pelekapan payu dara yang tidak betul menyebabkan payu dara tidak cukup terangsang, menjejaskan penghasilan susu optimum.
- Bentuk puting: Bentuk puting boleh mempengaruhi sama ada bayi boleh melekap dengan betul atau tidak. Puting yang leper atau tenggelam menyukarkan bayi untuk menyusu.
- Puting sakit: Kesakitan puting merekah atau luka boleh mengganggu refleks pengaliran susu; anda juga mungkin cenderung untuk melewatkan penyusuan kerana rasa sakit dan tidak selesa.
- Penyusuan yang tidak kerap: Susukan bayi dengan secukupnya, lebih kurang 8 kali penyusuan (atau lebih) dalam masa 24 jam, boleh merangsang proses penyusuan.
- Penggunaan susu formula: Ini boleh mengurangkan bekalan susu, kerana bayi yang kenyang selepas minum susu formula bayi tidak akan menyusu dengan kerap.
- Stres: Kebanyakan ibu akan melalui stres, terutamanya mereka yang baru menjadi ibu. Ia mungkin sebab kekurangan penghasilan susu.
.Satu lagi paling penting adalah pemakanan. Untuk ibu yang menyusu, mengambil makanan seimbang dan air
yang mencukupi amat penting dalam memastikan bekalan susu
mencukupi.
Jika semua langkah diatas telah diambil, masih ada
kemungkinan anda akan mempunyai kekurangan bekalan
susu cubalah berbincang dengan doktor. Mungkin doktor akan memberi ubat yang boleh membantu meningnatkan hormon penyusuan.
Atau jika anda rasakan pemakanan harian anda tidak lengkap dan seimbang, apa
kata cuba mengambil supplement Shaklee... Ia membantu memenuhi kekangan
makanan harian anda.. Ramai yang telah mencuba dan amat berpuas hati...Ni kata-kata salah seorang ibu... seorang dari entah berapa banyak yang telah mencuba dan terus mengamalkannya, termasuklah saya sendiri....
Sekian sahaja untuk hari ni.. Semoga diberkati selalu dan Salam Mesra.....
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
No comments:
Post a Comment