Wednesday 27 March 2013

KUATKAN MEMORI DAN KUASA OTAK ANDA



Entry berkenaan otak ini akan saya bahagikan kepada beberapa tajuk ya.. maka saya perlu beberapa hari untuk menyiapkannya.. Maka saya amat terharu sekiranya anda mengikuti semua entry-entry ni ya...

______________________________________________________________________________

Otak merupakan satu organ yang paling misteri dan kompleks dalam badan kita. Fungsi dan cara otak manusia bekerja telah menjadi topik utama penyelidikan sejak dulu lagi. Kenapa? kerana beberapa faktor berikut:-

Sejenis penyakit yang dinamakan Alzheimer kini telah menjadi agak lazim. Ia adalah satu keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit ini semakin lazim dan diramalkan akan meningkat lagi di masa hadapan. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institusi Gerontologi Universiti Putra Malaysia (UPM), kira-kira 300,000 rakyat di negara kita menghidap penyakit demensia dan 150,000 daripadanya adalah penghidap Alzheimer.Keadaan ini biasanya dialami mereka berumur 65 tahun ke atas, dan sering disalah anggap sebagai nyanyuk atau penyakit ‘orang tua’.

Satu lagi faktor penting ialah kebimbangan terhadap kanak-kanak dan pembangunan mereka. Terdapat kajian mengatakan kecerdasan otak kanak-kanak mula terbentuk pada beberapa tahun pertama mereka dan akan berterusan sehinggalah mereka mencapai belasan tahun. Namun kajian baru mengatakan otak sebenarnya terus berkembang biarpun kanak-kanak telah mencapai usia belasan tahun.

Sebenarnya walaupun, tidak kira apa peringkat usia anda, anda perlu bimbang dengan kesihatan otak. Apalagi bagi ibu-ibu yang telah melahirkan anak kerana ramai yang mengatakan mereka menjadi pelupa selepas melahirkan anak.

Jadi mari kita belajar bagaimana otak kita bekerja dan bagaimana kita boleh memaksimumkan potensinya.

Otak berat hanya kira-kira 3 paun dan terdiri daripada kira-kira satu trilion sel. Satu janakuasa yang besar kan?? Fungsi Otak termasuklah:

  • Mengawal setiap tindakan badan
  • Mampu berfikir secara kritikal
  • Pengawalan perasaan, emosi, pembelajaran dan memori
______________________________________________________________________________
Sekian untuk hari ini ya.. jumpa lagi di hari esok ok.......


Jika anda berminat nak cuba berShaklee... Cari saya di:

Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 


SALAM MESRA YA.....
Julie
HbN

**These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

No comments:

Post a Comment