Pre-eklampsia merupakan suatu keadaan atau gangguan yang terjadi pada masa kehamilan, umumnya berlaku pada usia kandungan 27 minggu keatas. Antara simptom Pre-eklampsia yang umum adalah tekanan darah tinggi, pembengkakan yang tidak pandai sembuh dan jumlah protein pada air kencing yang tinggi.
Preeclampsia selalunya terjadi pada kehamilan pertama seorang wanita. Juga pada wanita yang memiliki sejarah preeclampsia di keluarganya. Risiko ini meningkat jika siibu memiliki banyak anak, ibu hamil pada usia remaja, dan wanita hamil pada usia 40 tahun keatas. Selain itu, wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi atau mempunyai masalah ginjal sebelum hamil juga berisiko tinggi untuk mengalami preeclampsia.
Simptom Pre-eklampsia
Selain dari tekanan darah tinggi dan kandungan protin yang tinggi dalam air kencing, simptom berikut juga mungkin petanda Pre-eklampsia:
- Tiba-tiba bengkak berlebihan pada muka, tangan atau kaki
- Sakit Kepala yang teruk
- Masalah penglihatan seperti kabur penglihatan atau melihat bintik2
- Atau sekadar rasa kurang sihat
Namun tidak semestinya petanda ini menunjukkan siibu mempunyai preeclampsia.
Apa penyebab Pre-eklampsia
Belum dapat dipastikan apa sebenarnya penyebab Pre-eklampsia. Namun menurut Baby Center.com Ia mungkin terjadi akibat dari perkembangan placenta yang tidak betul.
Apa ujian yang akan dibuat?
Selalunya pada appoinment kehamilan, Doktor atau bidan akan memeriksa:
- Tekanan darah
- Ujian darah untuk menguji ginjal dan hati
- Ujian air kencing untuk protein
- Memeriksa segala pembengkakan (tetapi tangan dan kaki umumnya bengkak ketika hamil)
- Ultrasound akan memeriksa pertumbuhan bayi Anda dan CTG (atau Kardio-Tokograf) akan memeriksa denyutan jantung bayi Anda.
Risiko Preeclampsia pada ibu dan bayi
Apabila pre-eklampsia menjadi serius, ia akan mula mengganggu sistem tubuh badan siibu..
Lanjutan dari Pre-eklampsia adalah Eklampsia. (Tapi ini adalah jarang berlaku ya)... iaitu gangguan lajutan Pre-eklampsia dengan serangan toxemia yang boleh mengakibatkan sangat serius bagi ibu dan bayinya.
Pada bayi, preeclampsia boleh menghalang penyaluran darah ke plasenta (jalur penyaluran udara dan makanan untuk janin). Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan oksigen ( hypoxia ) dan makanan. Hal ini mungkin menyebabkan kurangnya berat badan bayi ketika lahir dan mungkin juga menimbulkan masalah lain pada bayi, seperti kelahiran premature.
Jangan risau ya... wanita yang mempunyai preeclampsia tetap melahirkan bayi yang sehat. Ini karena preeclampsia dapat dikesan lebih awal apabila calon ibu rajin buat check up kehamilannya.
Rawatan
Sekiranya Pre-eklampsia adalah pada tahap tidak serius, maka siibu mungkin akan dinasihatkan untuk berehat dan ubat untuk merendahkan tekanan darah akan diberikan. Ubat ini selalunya selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.Sekiranya siibu belum melahirkan anak pada kandungan 39 atau 40 minggu, doktor mungkin akan mencadangkan untuk bersalin secara induce.
Sekiranya Pre-eklampsia adalah pada tahap serius, mungkin siibu akan diadmit di hospital untuk dipantau oleh pihak hospital dengan lebih dekat.
Bagaimana bayi akan dilahirkan?
Jika tekanan darah sisibu stabil, mungkin doktor akan membenarkan bersalin secara normal. Jika tidak, mungkin terpaksa bersalin secara induce atau pembedahan.
Setelah bayi lahir
Pre-eklampsia biasanya sembuh setelah kelahiran tetapi mungkin memakan waktu beberapa hari atau bulan.
Bagaimana pula untuk kehamilan yang berikutnya?
Penting agar Anda memberi tahu bidan atau doktor jika anda pernah mengalami masalah pre-eklampsia. pre-eklampsia boleh dikawal, pastikan ibu2 mengandung hadir pada appointment sepertimana yang disarankan oleh doktor...
Berminat dengan produk Shaklee???
Contact saya:
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
atau Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com
Salam...pengalaman sy dulu ketika dh masuk trimester ke-3, high protein in urine...so kena warded kat UMRA...pas settle part tu, dlm 36 weeks cmtu, high blood pressure plak...huhuu...warded lagi kat UMRA...tp syukur segalanya ok :)
ReplyDeleteSyukur.. berapa umur sis masa tu?
ReplyDeleteBaru 25+...pdhal xde darah tggi sblm ni, pas bersalin semua kembali normal :)
Delete