Sejak dari tahun lepas lagi, beberapa anty dan uncle yang makan ubat kolestrol, dinasihatkan oleh doktor mereka untuk makan supplemen COQ10. Even minggu lepas ada yang bertanya pasal supplemen ni. Kata mereka supplemen COQ10 ni, penting agar kita tak rasa ngatuk atau lemah bila makan ubat kolestrol.
Sebenarnya begini situasinya...
APA ITU COQ10
COQ10 (Coenzyme Q10) adalah sejenis enzim yang diperlukan oleh sel tubuh badan.
Enzim COQ10 boleh dibina oleh tubuh badan kita, namun semakin meningkat usia, semakin berkurang pembinaan enzim ini.
Enzim ini amat diperlukan oleh sel-sel badan dalam pembebasan tenaga. Pembebasan tenaga membolehkan sel kita terus hidup dan berfungsi dengan sempurna. Dan seterusnya membolehkan tubuh badan berfungsi dengan sempurna.
UBAT BIASA UNTUK MENURUNKAN KOLESTROL
Statins adalah:
-Sejenis ubat yang amat
mujarab dan berkesan dalam menurunkan kolesterol
secara mendadak
-Dikenali
sebagai HMG-CoA Reductase Inhibitor.
-Juga dapat mengurangkan risiko serangan jantung
Statins menghalang pensensitisan kolesterol dengan menyekat enzim
HMG-CoA Reductase. Kesan ini adalah tidak secara berpilih, kerana ia
menghalang pengeluaran CoQ10.
Kajian mendapati bahawa terdapat
pengurangan yang ketara dalam paras CoQ10 di dalam jantung, otot rangka
dan dalam tisu hepar selepas dirawat dengan ubat statin, lebih-lebih
lagi jika ubat itu diambil dengan dos yang tinggi.
Sesetengah orang yang mengambil ubat statin melaporkan banyak
mengalami kesan sampingan termasuk sakit-sakit otot, lemah badan,
keletihan, daya ingatan yang bermasalah dan juga mati pucuk (erectile dysfuntion).
Masalahnya, gejala tersebut merupakan rungutan yang biasa didengar
berkaitan dengan peningkatan usia, oleh itu ramai orang menganggap
perkara ini tidak perlu dimaklumkan kepada doktor mereka. Menurut Dr.
Julian M. Whitaker M.D., kesan sampingan ini mungkin disebabkan oleh
penghakisan CoQ10 oleh ubat statin.
No comments:
Post a Comment