Thursday, 21 November 2013

MASALAH PENYUSUAN: PEDIH !!! (PASTIKAN LEKAPAN BETUL)

Menyusukan bayi khasnya anak pertama tidaklah semudah yang disangka. Terdapat banyak cabaran yang perlu diharungi untuk mendapatkan sijil penyusuan 2 tahun.
"Sore nipple" antara masalah yang dialami oleh kebanyakkan ibu-ibu yang menyusukan anak.



Sore nipple adalah satu keadaan dimana puting rasa pedih seolah-olah luka apabila baby menyusu. Selalunya perkara ini berlaku pada peringkat awal apabila baby dan siibu masih dalam proses 'belajar' dalam penyusuan susuibu.

Terdapat beberapa sebab kenapa sore nipple berlaku:-

1) Lekapan yang tidak betul ( 'lacthing' tidak betul )
2) Infeksi Fungal
3) Infeksi Yis

Saya ingin sekali share pasal lacthing yang tidak betul..


APA ITU LATCHING/LEKAPAN YANG BETUL?

Latching adalah cara baby menyusu atau cara baby menerima Nipple.

Untuk mengelakkan masalah sore nipple, latching perlu betul dari hari pertama anda menyusukan anak.
Ini adalah gambar baby yang dengan latching betul.

Lihat keadaan Latch yang betul:-

PAstikan lekapan adalah betul untuk mengelakkan masalah nipple pedi


- Mulut terbuka luas dengan bibir bawa yang melengkung (turned back lips)

- Lidah baby menutupi gusi bhgn bawa

- Dagu baby mencecah payu dara dan hidung seolah-olah berehat diatas payu dara

- Semua atau Hampir semua aerola berada dalam mulut baby

- Terdapat pergerakan pada pipi baby hasil dari proses menghisap

- Terdapat nada dari baby menghisap dan telan, menghisap dan telan...




 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN LATCHING YANG BETUL

PAstikan lekapan adalah betul untuk mengelakkan masalah nipple pedih


* Dukung baby sebelum baby mula menangis. Lihat keadaan dimana baby sedia untuk menyusu.

* Ibu harus selesa, posisikan baby pada breast dan relax ya...

* Pegang breast dengan cara "C-hold". (ibu jari atas puting, jari lain di bawah)

* Sentuh bibir baby dengan nipple agar baby buka mulut dengan luas. Boleh juga bercakap dengan baby seperti, "buka mulut besar2 sayang"

* Tunggu sehingga baby buka mulut seolah-olah baby menguap

* Dekatkan baby pada nipple. Ingat dekatkan baby pada breast dan bukan dekatkan breast pada baby.

* Pastikan mulut baby merangkumi hampir seluruh bahagian aerola. (kawasan gelap dikeliling puting)





PAstikan lekapan adalah betul untuk mengelakkan masalah nipple pedi
 Contoh baby tidak lacthing dengan betul

Sekiranya anda rasa pedih atau sakit semasa baby menyusu, berhentikan baby menyusu.
Masukkan jari di tepi mulut baby sehingga baby berhenti menghisap.
Jauhkan baby dari breast.
Mulakan semula penyusuan. Pastikan mulut baby terbuka luas.

Anda boleh juga menolak dengan lembut dagu baby untuk membantu baby membuka mulut lebih besar. Ini boleh dilakukan apabila baby dah menyusu.



Sekian saja untuk hari ni ya..  Bagi ibu-ibu yang breastfeed, Keep the good work ya...
Add Fbook saya Julie Mauryn Gumpil , boleh kita chating terus...
Like fanpage saya: Healthy by Nature, untuk harga istimewa dan info kesihatan secara percuma
SMS : 012 2395501
Email: juliemauryn@yahoo.com 

 


* These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


No comments:

Post a Comment